Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp
Poster senarai pemenang kempen myPTPTN Anytime, Anywhere! dengan ucapan syabas & tahniah

Senarai Pemenang Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere!

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menganjurkan Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere! yang berlangsung dari 1 Januari 2025 hingga 31 Mac 2025. Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan myPTPTN sebagai platform digital utama bagi menguruskan bayaran balik pinjaman pendidikan dengan lebih mudah, cepat dan selamat. Pendekatan ini selaras dengan hasrat PTPTN untuk menawarkan perkhidmatan yang lebih mudah dan mesra pelanggan.

Sepanjang tempoh kempen berlangsung, kempen ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada pengguna myPTPTN. Ini jelas membuktikan sokongan tinggi rakyat Malaysia terhadap inisiatif pendigitalan perkhidmatan PTPTN, di samping memupuk kesedaran mengenai kemudahan akses secara dalam talian tanpa perlu hadir ke kaunter.

Selain daripada kemudahan akses tanpa perlu hadir ke kaunter, penggunaan myPTPTN ini turut memberikan kelebihan kepada pengguna dari segi pengurusan masa dan transaksi yang lebih efisien. Kempen ini secara tidak langsung turut memupuk kesedaran mengenai kelebihan sistem digital yang ditawarkan oleh PTPTN dalam membantu peminjam menguruskan pinjaman pendidikan secara konsisten.

PTPTN dengan sukacitanya mengumumkan senarai pemenang yang telah berjaya membawa pulang hadiah tunai keseluruhan RM25,000. Seramai 25 orang pemenang telah dipilih seperti berikut:

Hadiah Tunai Bil. PemenangSenarai Pemenang
RM1,00025

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang! PTPTN amat menghargai sokongan dan penglibatan aktif semua para peminjam sepanjang tempoh kempen ini. Diharapkan agar semua pengguna terus memanfaatkan myPTPTN untuk pengalaman pengurusan pinjaman pendidikan yang lebih mudah, cepat dan selamat.

Baca Artikel Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere!