Setiap tahun, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus komited menggalakkan budaya menabung dalam kalangan rakyat Malaysia melalui Simpan SSPN. Salah satu inisiatif yang paling dinanti-nantikan setiap tahun adalah Cabutan WOW! Simpan SSPN, yang memberi penghargaan kepada pendeposit yang memilih untuk menyimpan demi masa depan pendidikan anak-anak mereka.
Bagi tahun 2025, Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025 kembali dengan lebih meriah yang menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM1.5 juta kepada 550 pemenang yang menyimpan melalui Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus sepanjang tempoh kempen dari 1 Januari sehingga 31 Disember 2025.
Cabutan ini terdiri daripada Cabutan Tahunan dan Cabutan Siri seperti berikut:
| Kategori | Cabutan | Tempoh Kempen |
| Cabutan Siri | WOW! Gong Xi Raya | 1 Januari 2025 – 30 April 2025 |
| WOW! Superheroes | 1 Julai 2025 – 31 Oktober 2025 | |
| Cabutan WOW! Tahunan | 1 Januari 2025 – 31 Disember 2025 | |
Selepas proses pemilihan dijalankan mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan, PTPTN dengan sukacitanya mengumumkan senarai rasmi pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025 seperti berikut:
Senarai Pemenang Cabutan WOW! Tahunan – Kategori Platinum
| Pemenang | Hadiah | Jumlah Pemenang | Senarai Pemenang |
| Utama | Mercedes Benz A250 4Matic AMG Line | 1 | |
| Kedua | Honda HRV 1.5L TV | 1 | |
| Ketiga | Tunai bernilai RM25,000 | 3 | |
| Saguhati | Tunai bernilai RM1,000 | 140 |
Senarai Pemenang Cabutan WOW! Tahunan – Kategori Gold
| Pemenang | Hadiah | Jumlah Pemenang | Senarai Pemenang |
| Utama | Honda Civic 1.5L RS | 1 | |
| Kedua | Toyota Vios 1.5G AT | 1 | |
| Ketiga | Tunai bernilai RM15,000 | 3 | |
| Saguhati | Tunai bernilai RM1,000 | 140 |
Senarai Pemenang Cabutan Siri – WOW! Superheroes
| Pemenang | Hadiah | Jumlah Pemenang | Senarai Pemenang |
| Utama | Tunai bernilai RM30,000 | 1 | |
| Kedua | Tunai bernilai RM15,000 | 3 | |
| Saguhati | Tunai bernilai RM1,000 | 126 |
Senarai Pemenang Cabutan Siri – WOW! Gong Xi Raya
| Pemenang | Hadiah | Jumlah Pemenang | Senarai Pemenang |
| Utama | Tunai bernilai RM30,000 | 1 | |
| Kedua | Tunai bernilai RM15,000 | 3 | |
| Saguhati | Tunai bernilai RM1,000 | 126 |
PTPTN merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang. Kemenangan ini bukan sahaja membawa kegembiraan, tetapi juga menjadi bukti bahawa kesedaran dan amalan menabung secara konsisten dalam merancang masa depan pendidikan anak-anak, secara tidak langsung mampu memberikan pulangan yang sangat bermakna.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025.




