Cabutan WOW! Tahunan
1 Januari – 31 Disember 2025
Buat simpanan di Simpan SSPN sepanjang tahun untuk dapatkan ganjaran lebih WOW!
Cabutan WOW! Gong Xi Raya
1 Januari – 31 April 2025
Simpan angpau raya anda dalam Simpan SSPN hari ini. Lebihkan simpanan, gandakan peluang!
Cabutan WOW! Superheroes
1 Julai – 31 Oktober 2025
Jom jadi superhero sebenar anak-anak dengan membuat simpanan untuk masa depan mereka
PLATINUM
*simpanan bersih minimum RM12,000 dan ke atas
UTAMA x 1 Pemenang
Mercedes-Benz A250 4Matic AMG Line
KEDUA x 1 Pemenang
Honda HRV 1.5L TV
GOLD
*simpanan bersih minimum RM1,000 – RM11,999.99
UTAMA x 1 Pemenang
Honda Civic 1.5L RS
KEDUA x 1 Pemenang
Toyota Vios 1.5G AT
Bagaimana Cara Untuk Sertai?
Simpan melalui myPTPTN dan nikmati ganjaran hebat dengan lebih banyak cabutan!
Muat turun & log masuk myPTPTN
Buka akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus
Buat penambahan simpanan di akaun Simpan SSPN Pime atau Simpan SSPN Plus
Lakukan transaksi melalui myPTPTN/ potongan gaji/ debit terus untuk cabutan berganda
Lebih banyak anda simpan, lebih tinggi peluang untuk menang!
Realisasikan impian anda memiliki hadiah lumayan dengan setiap ringgit yang anda simpan!
Ada persoalan?
Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025 adalah kempen utama PTPTN yang menawarkan pelbagai kategori cabutan dan hadiah lumayan dengan jumlah keseluruhan lebih RM1.5 juta untuk dimenangi oleh 550 orang pemenang. Kempen ini adalah sebagai tanda penghargaan PTPTN kepada rakyat Malaysia kerana memilih Simpan SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan. Terdapat tiga (3) cabutan untuk disertai oleh semua pendeposit:-
Tempoh Pengekalan adalah tempoh di mana pendeposit tidak boleh membuat pengeluaran dan/atau pindahan simpanan semasa tempoh pengekalan daripada mana-mana akaun yang didepositkan dalam tempoh kempen untuk melayakkan cabutan.
Tidak perlu kerana kelayakan Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025 ini adalah automatik bagi pendeposit yang layak.
Pendeposit hanya LAYAK menyertai salah satu kategori sahaja bagi Cabutan WOW! Tahunan berdasarkan simpanan bersih yang dibuat dalam tempoh kempen.
Secara tentatifnya, tarikh cabutan adalah 20 hari selepas tamat tempoh setiap cabutan. Walau bagaimanapun, tarikh ini mungkin akan berubah mengikut keperluan dan keadaan semasa.
Ingin jadikan simpanan anda kepada hadiah impian?
Simpan sekarang dan jadikan simpanan anda lebih bermakna dengan peluang memenangi hadiah lumayan!