Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

PTPTN telah turun ke lokasi pertama Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) tahun ini di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Aktiviti yang dijalankan dari awal pagi melibatkan gotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa seperti kari daging, ayam masak nyonya, sambal tempe ikan bilis dan sayur campur goreng yang melibatkan pelajar dan kakitangan UniMAP serta pegawai PTPTN. Program seperti ini dapat memperkukuhkan nilai kebersamaan antara PTPTN dan warga UniMAP selain dapat menyemarakkan penghayatan bulan Ramadan dengan konsep saling bantu membantu dan berkongsi rezeki serta dapat mengeratkan ukhwah di antara PTPTN dan warga UniMAP.

Program ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN, YBhg. Prof. Dato’ Ts. Dr. Zaliman Sauli, Naib Canselor UniMAP, Encik Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, Encik Raja Syahriman Raja Halimul Rashid, Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Negeri Perlis dan Puan Che Anisah Aziz, Pengurus Besar PTPTN yang turut sama memeriahkan majlis berbuka puasa bersama warga UniMAP.

Semoga inisiatif seperti ini dapat memupuk nilai kebersamaan di samping mendapat keberkatan bulan Ramadan dengan aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada semua.

#PTPTNPrihatin
#KamiKongsiKamiBantu