GALERI SIMPAN SSPN
Kempen Stay Safe & Win
SSPN-i 2021
Saya mula menabung tahun 2014 semasa anak pertama saya dilahirkan, 2 bulan selepas dilahirkan saya terus membuka akaun PTPTN untuk anak saya. Selain daripada menang ini, saya rasa kita dapat dividen tahunan yang sangat kompetitf dan kita juga dapat insurans takaful percuma dan yang paling menarik dapat pelepasan taksiran cukai dan duit itu saya dapat menabung untuk anak saya. Saya sarankan semua ibu bapa di luar sana bukalah akaun PTPTN anda tidak rugi sebab banyak positif dan kelebihannya dan tabung pendidikan ini dijamin oleh kerajaan jadi anda tidak perlu risau tentang penabungan anda di PTPTN.
En. Hardave Singh Gill A/L Awtar SinghPemenang Utama Kategori Platinum Stay Safe & Win SSPN-i 2021
Saya mula menabung pada tahun 2017 semasa anak kelima berumur 7 tahun pada ketika itu pihak SSPN ada datang ke sekolah untuk memperkenalkan ini. Mulai daripada itu, saya membuat potongan daripada akaun setiap bulan sebanyak RM100 untuk tabung. Memang tidak rugi membuat simpanan dalam SSPN sebab seperti yang kita tahu sekarang nak belajar memang perlukan banyak kos dan tidak rugi kita buat potongan setiap bulan. Memang sangat baik.
Puan Nor Azizah Binti AbdullahPemenang Utama Kategori Gold Stay Safe & Win SSPN-i 2021
Untuk kami di negeri Terengganu, ada satu pakej mana-mana ibu bapa yang ada kelahiran anak-anak, pihak kerajaan negeri akan memberikan RM100 untuk menabung di SSPN-i. Jadi, anak pertama tahun 2015 dan diberi surat atau permohonan untuk memohon SSPN-i yang ditanggung oleh kerajaan negeri. Produk SSPN-i ini yang menariknya kita boleh simpan dia tiada had masa, kita ada duit kita boleh simpan dan kita tidak terbeban untuk bayar setiap hari atau setiap bulan. Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk kita sama-sama menyokong usaha ini yang telah dibuat oleh PTPTN dalam kita menyimpan duit untuk anak-anak kita supaya generasi akan datang tidak terbeban dengan bebanan kewangan yang banyak.
En. Abdul Hafiz Bin AlisPemenang Ketiga Kategori Silver Stay Safe & Win SSPN-i 2021
Previous
Next