Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Kempen Pay & Win Points

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa komited memperkukuh budaya kewangan dalam kalangan masyarakat melalui pelbagai inisiatif digital yang inovatif. Sejajar dengan usaha tersebut, PTPTN memperkenalkan Kempen Pay & Win Points Iaitu kempen interaktif yang memberi ganjaran kepada pengguna myPTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman melalui myPTPTN. Menerusi pendekatan yang lebih menyeronokkan ini, PTPTN memperkenalkan mata ganjaran PT Points yang boleh dikumpul hasil daripada transaksi bayaran balik pinjaman serta penyertaan dalam permainan digital sepanjang tempoh kempen.

Kempen ini terbuka kepada semua pengguna berdaftar myPTPTN start on 10 Disember 2025 hingga 25 Disember 2025 dan dilaksanakan berasaskan konsep “first come, first serve” di mana pemberian mata ganjaran tertakluk kepada baki peruntukan PT Points yang masih tersedia. Sekiranya peruntukan tersebut habis lebih awal, kempen boleh ditamatkan sebelum tarikh akhir yang dinyatakan.

Participation Method

Sepanjang tempoh kempen, pengguna perlu membuat transaksi bayaran balik pinjaman PTPTN melalui myPTPTN. Lebih banyak transaksi dilakukan, lebih tinggi mata ganjaran yang boleh dikumpul.

ProductMinimum Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (RM)Mata Ganjaran PT Points*
Bayaran Balik Pinjaman PTPTNRM10020 mata ganjaran

*Tertakluk kepada tempoh kempen dan baki PT Points yang masih ada, mana yang terdahulu.

Selain itu, bagi setiap transaksi minimum RM100, pengguna turut menerima dua (2) peluang untuk bermain permainan Goncang & Menang dengan pemberian tambahan mata ganjaran seperti berikut:

ProductMinimum Bayaran Balik Pinjaman PTPTN (RM)Peluang Bermain**
Bayaran Balik Pinjaman PTPTNRM1002 kali

**Tertakluk kepada tempoh kempen dan baki PT Points yang masih ada, mana yang terdahulu.

PT Points akan dikreditkan secara automatik selepas transaksi dan permainan selesai dimainkan. Setiap pengguna boleh mengumpul sehingga 2,000 PT Points sehari.

PT Points yang diterima boleh ditukar kepada nilai wang bagi produk PTPTN sama ada bayaran balik pinjaman dan/ atau penambahan simpanan di Simpan SSPN Prime dan/ atau Simpan SSPN Plus. Penebusan boleh dibuat sebaik sahaja jumlah terkumpul mencapai minimum 2,000 PT Points. Mata ganjaran ini sah selama dua (2) tahun daripada tarikh dikreditkan dan boleh disemak pada bahagian REWARD dalam aplikasi myPTPTN.

Kesimpulannya, kempen ini menyokong usaha PTPTN untuk memupuk budaya bayaran balik yang lebih konsisten serta menggalakkan perancangan kewangan pendidikan yang lebih teratur dalam kalangan masyarakat. Oleh itu, pengguna myPTPTN digalakkan untuk mengambil peluang sepanjang tempoh kempen dengan membuat bayaran balik pinjaman melalui myPTPTN untuk peluang menikmati ganjaran berganda.