Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Senarai Pemenang Kempen Link2Win

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama Bank Islam ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan yang telah mengambil bahagian dalam Kempen Link2Win yang berlangsung mulai 1 November 2025 hingga 31 Januari 2026. Kempen ini telah diperkenalkan bagi menggalakkan penggunaan Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN di samping memberi nilai tambah kepada pelanggan melalui peluang memenangi hadiah menarik.

Penyertaan kempen adalah terbuka kepada pelanggan yang memohon Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN, memautkannya bersama akaun Al-Awfar, serta membuat pelaburan minimum RM100 dalam akaun tersebut sepanjang tempoh kempen.

Berikut merupakan senarai pemenang Kempen Link2Win:

HadiahBil. PemenangSenarai Pemenang
Samsung Galaxy Z Fold 710

Penganjuran kempen ini membuktikan komitmen berterusan PTPTN dan Bank Islam dalam menyediakan kemudahan kewangan yang lebih menyeluruh kepada pelanggan. Selain memudahkan urusan transaksi harian secara selamat dan patuh Syariah, Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN turut menawarkan manfaat tambahan seperti pulangan tunai (cashback) di samping integrasi bersama akaun Simpan SSPN Prime untuk kemudahan pengeluaran dan pindahan melalui mesin ATM.

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.