Sebagai usaha berterusan dalam menggalakkan budaya menabung demi masa depan pendidikan anak-anak, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menganjurkan Kempen Ibu Bapa Simpan, Generasi Harapan bermula 1 Mei hingga 30 Jun 2025.
Kempen ini memberi peluang kepada ibu bapa untuk berkongsi kisah sebenar mereka dalam usaha menabung di Simpan SSPN. Usaha ini bukan sahaja berjaya memperkukuh kesedaran awam tentang pentingnya merancang kewangan pendidikan, malah telah mencetuskan semangat positif dalam kalangan ibu bapa untuk mengambil langkah bijak demi masa depan pendidikan anak-anak.
PTPTN dengan sukacitanya mengumumkan seramai 23 pemenang yang telah berjaya dipilih berdasarkan kreativiti dan mesej yang disampaikan. Mereka menerima hadiah tunai keseluruhan berjumlah RM10,000 yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun Simpan SSPN masing-masing.
Pemenang | Hadiah Tunai | Bil. Pemenang | Senarai Pemenang |
Utama | RM3,000 | 1 | |
Kedua | RM2,000 | 1 | |
Ketiga | RM1,000 | 1 | |
Saguhati | RM200 | 20 |
PTPTN merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang atas penyertaan yang penuh inspirasi dan semangat. Sumbangan anda bukan sahaja memperkasa mesej kempen, malah turut menggalakkan lebih ramai ibu bapa untuk memulakan tabungan pendidikan sebagai langkah bijak membina masa depan anak-anak.