Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2018

Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2018

TERMA & SYARAT CABUTAN WOW! SSPN 2018

  1. Pengecualian penyertaan dari kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak) serta kakitangan HLMT;

  2. Pendeposit perlu membuat pembukaan akaun baharu dan/atau penambahan deposit serta memastikan akaun aktif sehingga tamat tempoh promosi;

  3. Pendeposit SSPN-i Plus baharu atau sedia ada adalah layak untuk cabutan dengan syarat akaun kekal aktif tanpa tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan;

  4. Bilangan cabutan ditentukan daripada baki deposit SSPN-i Plus pada tarikh tamat tempoh promosi tersebut. Nilai deposit SSPN-i Plus adalah berdasar nilai pakej (jumlah simpanan + takaful);

  5. Bilangan cabutan Bulanan dan Sukuan adalah berdasarkan setiap RM50 bersamaan dengan satu (1) cabutan, manakala bilangan cabutan Tahunan adalah berdasarkan setiap RM100 bersamaan dengan satu (1) cabutan;

  6. Setiap pendeposit berpeluang memenangi hadiah berikut:

    Cabutan WOW! SSPN Plus (Bulanan)
    Tempoh : Mac – Disember 2018

    Hadiah Hadiah Bilangan Hadiah
    1 Pakej Percutian Keluarga Dalam Negara Bernilai RM4,000 + RM1,500 1
    Saguhati Tiket Percutian Keluarga ke Taman Tema Dalam Negara Bernilai RM1,500 + RM500 30
    Jumlah Keseluruhan  31

     

    CABUTAN WOW! SSPN (Sukuan)
    Tempoh : Januari - Mac 2018, April - Jun 2018 , Julai - September 2018 , Oktober – Disember 2018

    Hadiah Hadiah Bilangan Hadiah x 4 Sukuan Tahun
    1 Pakej Percutian Keluarga Ke Taman Tema Disneyland Jepun / Umrah Bernilai RM23,000 + RM3,000 1
    Jumlah Keseluruhan  4

     

    CABUTAN WOW! SSPN (Tahunan)
    Tempoh : Januari – Disember 2018

    Hadiah Hadiah (RM) Bilangan Hadiah
    1 100,000.00 1
    2 50,000.00 2
    3 10,000.00 3
      200.00 4000
    Jumlah Keseluruhan  4006

     

  7. Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan;

  8. Hadiah berbentuk ganjaran tunai akan didepositkan ke akaun peribadi pemenang sekiranya pemenang bersetuju menerima hadiah pakej pelancongan.

  9. PTPTN berhak untuk membuat pertukaran hadiah atau kaedah bayaran tanpa notis kepada pemenang;

  10. PTPTN berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya didapati pendeposit tidak layak dan tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan;

  11. Keputusan pemenang yang diumumkan oleh PTPTN adalah muktamad. Sebarang surat menyurat, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan;

  12. PTPTN tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kehilangan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan tersebut;

  13. Pemenang perlu menanggung semua kos tuntutan hadiah dan kehadiran ke majlis penyampaian hadiah; dan

  14. PTPTN berhak untuk menggunakan, menerbit dan/ atau mempamerkan nama, alamat, maklumat dan/ atau gambar pemenang untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/ atau

  15. Perdagangan tanpa memberi sebarang imbuhan mahupun pemberitahuan kepada pemenang.