Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) 2025 meneruskan perjalanan ke lokasi kelima di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, membawa semangat kebersamaan dan keberkatan Ramadan. Program ini dimeriahkan dengan aktiviti gotong-royong yang melibatkan kerjasama antara PTPTN, kakitangan, dan pelajar politeknik dalam penyediaan nasi minyak untuk diagihkan kepada pelajar, kakitangan, serta komuniti setempat.
Menyerikan lagi program ini ialah kehadiran YBrs. Puan Husna Abdul Rahaman, Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN. Turut hadir ialah YBrs. Encik Md Nor Abdul Halim, Pengarah Politeknik Kota Kinabalu, Encik Mohd Rusdi Ismail, Pengurus Besar Kanan PTPTN, Encik Ainudin Ramdan Ab Rashid, Pengurus Besar PTPTN, serta Puan Muliati Kamaruddin, Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Sabah.
IMRAN bukan sekadar program kebajikan, tetapi satu usaha membina jalinan erat antara PTPTN dan institusi pendidikan. Melalui inisiatif ini, diharapkan nilai silaturahim, kebersamaan, dan kasih sayang terus dipupuk, memperkukuhkan hubungan baik dalam masyarakat dan membawa keberkatan sepanjang bulan Ramadan.
#PTPTNPrihatin
#KamiKongsiKamiBantu