Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Peraduan Nyam Nyam Beli & Menang! yang menawarkan hadiah menarik kepada pelanggan yang membeli produk Nyam Nyam sepanjang tempoh promosi. Peraduan ini berlangsung dari 15 Februari 2025 hingga 11 April 2025 dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Peraduan ini bukan sahaja memberi peluang kepada peserta untuk menikmati keenakan snek Nyam Nyam, malah turut menawarkan hadiah menarik berupa dana pendidikan Simpan SSPN Prime sehingga RM5,000. Ini secara tidak langsung dapat memupuk semangat menabung demi masa depan pendidikan anak-anak.
Kandungan:
1. Cara Penyertaan
2. Tawaran Hadiah Menarik
3. Hebahan Pemenang
Cara Penyertaan
Langkah 1
- Beli mana-mana produk Nyam Nyam terpilih di mana-mana kedai (dalam talian & luar talian) bernilai RM5.00 ke atas dalam satu resit.
Langkah 2
- Ambil gambar bukti pembelian (resit) yang jelas.
Langkah 3
- Imbas Kod QR yang boleh didapati di iklan promosi (termasuk poster dan wobblers) yang boleh di dapati di semua pasaraya yang mengambil bahagian seperti Pasaraya Besar, Kedai Serbaneka, Petrol Mart dan Pasar Mini sepanjang tempoh promosi; atau
- Klik di pautan http://nyam-nyam-buy-and-win.mypromotions.my/.
Tawaran Hadiah Menarik
Hadiah keseluruhan bernilai RM10,000 menanti para pemenang. Berikut adalah hadiah yang ditawarkan:
Pemenang | Jumlah Pemenang | Hadiah |
Utama | 1 pemenang | Dana Pendidikan melalui Simpan SSPN Prime bernilai RM5,000 |
Kedua | 2 pemenang | Dana Pendidikan melalui Simpan SSPN Prime bernilai RM2,500 |
Saguhati | 100 pemenang | Baucar Popular bernilai RM50 |
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk terma dan syarat Peraduan Nyam Nyam Beli & Menang!
Hebahan Pemenang
Senarai pemenang bagi Peraduan Nyam Nyam Beli & Menang! yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM10,000 telah diumumkan menerusi media sosial Instagram Nyam Nyam Malaysia. PTPTN merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang yang berjaya dan berharap inisiatif ini dapat memberi galakan kepada masyarakat untuk menabung sejak awal demi masa depan pendidikan yang lebih terjamin.