Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan sukacitanya akan menganjurkan Program Karnival Anak Warisan Simpan SSPN (KAWAN) peringkat negeri bagi tahun 2025. Program ini merupakan inisiatif utama dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pendidikan serta mempromosikan tabungan pendidikan melalui Simpan SSPN.
Program KAWAN akan berlangsung secara serentak di seluruh negara pada 26 Julai 2025 (Sabtu) di lokasi-lokasi strategik dengan kerjasama pihak sekolah, agensi kerajaan dan sektor swasta. Matlamat utama adalah untuk mendekatkan masyarakat, khususnya ibu bapa dan anak-anak dengan peranan Simpan SSPN sebagai instrumen penabungan pendidikan yang terbaik, selamat dan patuh syariah.
Program ini menawarkan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk seisi keluarga sambil menggalakkan amalan penabungan demi masa depan pendidikan anak-anak yang lebih terjamin. Diantara pengisian menarik sepanjang program adalah:
1. Pembukaan Kaunter/ Booth PTPTN
Peluang untuk ibu bapa dan pengunjung mendapatkan maklumat serta berurusan mengenai Simpan SSPN dan perkhidmatan lain PTPTN dengan lebih mudah.
2. Pemberian Goodies Bag
Goodies bag menarik berupa air mineral dan makanan ringan akan diberikan kepada 200 murid terawal yang hadir bagi menyertai aktiviti serta pertandingan.
3. Pembukaan Kaunter Agensi Kerajaan & Swasta
Agensi kerajaan, swasta atau badan korporat turut dijemput membuka kaunter/ booth.
4. Pertandingan Berkonsepkan Warisan
Pelbagai pertandingan yang berkonsepkan warisan akan dianjurkan seperti:
- Pertandingan Action Song Peringkat Negeri (Tertutup/ Berkumpulan)
- Pertandingan Kebudayaan (Tertutup/ Berkumpulan)
- Pertandingan Mewarna Simpan SSPN (Tertutup/ Individu)
- Pertandingan Sajak/ Syair/ Seloka (Tertutup/ Individu)
- Happy Hour dan banyak lagi!
Sertai kemeriahan KAWAN yang akan berlangsung di pelbagai lokasi terpilih seluruh negeri seperti berikut:

Jangan ketinggalan, ayuh bersama kami!