Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN & Kempen Link2Win

Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN merupakan inisiatif yang diperkenalkan melalui kerjasama strategik antara PTPTN dan Bank Islam bagi kemudahan pelanggan melakukan transaksi selamat dan patuh Syariah. Kad ini berfungsi bukan sahaja sebagai alat pembayaran harian, malah menawarkan pelbagai manfaat tambahan yang menyokong keperluan kewangan pengguna, khususnya dalam mengurus simpanan dan bayaran balik pinjaman pendidikan.

Melalui kad ini, pelanggan boleh melakukan pembelian runcit dan dalam talian bagi transaksi domestik mahupun luar negara dengan lebih lancar. Apa yang lebih menarik, pelanggan PTPTN yang membuat simpanan dalam Simpan SSPN atau membuat bayaran balik pinjaman PTPTN menggunakan Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN turut berpeluang menikmati pulangan tunai (cashback). Pulangan tunai tersebut boleh dipindahkan terus ke akaun Simpan SSPN sebagai simpanan tambahan atau ke akaun pinjaman sebagai bayaran balik. Kemudahan pengeluaran dan pindahan Simpan SSPN Prime juga boleh dilakukan dengan lebih mudah dan cepat melalui mesin ATM dengan menggunakan kad ini yang telah diintegrasikan dengan akaun Simpan SSPN Prime.

Kad ini memudahkan urusan perbelanjaan harian, membentuk disiplin kewangan yang lebih teratur, sambil menawarkan ganjaran yang memberi nilai jangka panjang kepada pengguna.

Kempen Link2Win

Selaras dengan usaha memperluas penggunaan transaksi tanpa tunai, Bank Islam kini menganjurkan Kempen Link2Win bermula 1 November 2025 sehingga 31 Januari 2026, iaitu inisiatif galakan penggunaan Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN yang memberi peluang kepada pelanggan memenangi hadiah menarik.

Cara penyertaan juga sangat mudah. Ikuti langkah berikut:

  1. Mohon Kad Debit-I Bank Islam Visa PTPTN
  2. Pautkan bersama akaun Al-Awfar
  3. Buat pelaburan minimum RM100 dalam akaun Al-Awfar sehingga tamat tempoh kempen

 
Melalui kempen ini, pelanggan berpeluang memenangi hadiah cabutan berikut:

HadiahBilangan Pemenang
Samsung Galaxy Z Fold 710 pemenang

Kempen ini bukan sahaja menghargai kesetiaan pelanggan, malah menggalakkan peralihan kepada kaedah pembayaran digital yang lebih selamat, efisien dan seiring perkembangan sistem kewangan masa kini.

Pengenalan Kad Debit-i Bank Islam Visa PTPTN serta penganjuran Kempen Link2Win membuktikan komitmen PTPTN dan Bank Islam dalam menyediakan kemudahan kewangan yang lebih baik dan memberi nilai tambah kepada pengguna. Dengan manfaat pulangan tunai, integrasi bersama akaun Simpan SSPN serta peluang memenangi hadiah, kad ini memberi kelebihan menyeluruh kepada para pelanggan. Pengguna disarankan untuk memanfaatkan kemudahan ini sepenuhnya, sama ada untuk urusan harian, simpanan masa depan mahupun bayaran balik pinjaman pendidikan.