Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai agensi peneraju pembiayaan pendidikan tinggi negara. PTPTN berperanan membantu jutaan pelajar melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari melalui kemudahan pinjaman yang mudah dan inklusif, di samping mendidik masyarakat tentang pentingnya pengurusan kewangan yang berhemah.
Sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), PTPTN turut menyokong aspirasi Kerajaan dalam memastikan akses kepada pendidikan tinggi berkualiti dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. Sehingga 30 September 2025, seramai 4.18 juta peminjam telah menerima kemudahan pinjaman berjumlah RM76.67 bilion, sekali gus membuktikan peranan penting PTPTN dalam melahirkan graduan berkemahiran dan berdaya saing.
Kini, tiba masanya untuk para peminjam menunaikan tanggungjawab mereka dengan membuat bayaran balik pinjaman secara konsisten. Setiap bayaran balik yang dilakukan bukan sahaja membantu meringankan beban kewangan sendiri, malah menyumbang kepada kelangsungan dana pendidikan negara bagi manfaat generasi akan datang.
Sejajar dengan komitmen ini, PTPTN menganjurkan Bulan Mesra Pelanggan PTPTN 2025 yang dilaksanakan di Pejabat PTPTN Negeri dan cawangan di seluruh negara mulai 1 November hingga 15 Disember 2025. Inisiatif ini memberi peluang kepada peminjam untuk berunding, mendapatkan khidmat nasihat serta melaksanakan bayaran balik pinjaman dengan lebih mudah dan teratur, selaras dengan usaha berterusan PTPTN dalam memupuk budaya kewangan bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat.
Jangan lepaskan peluang untuk nikmati pelbagai kemudahan dan tawaran menarik yang disediakan khas sepanjang program ini, antaranya:
- Membuat bayaran balik pinjaman sebanyak 20% daripada amaun tunggakan atau RM500, mana yang tertinggi;
- Rundingan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN, khususnya peminjam yang mempunyai tunggakan atau peminjam konvensional;
- Klinik PTPTN dibuka secara janji temu kepada pelanggan untuk rundingan secara bersemuka atau atas talian;
- Membantu peminjam menguruskan kewangan melalui penstrukturan semula pinjaman, pengabungan pinjaman, pertukaran Ujrah dan merancang kewangan untuk masa depan melalui Simpan SSPN;
- Cenderamata eksklusif PTPTN disediakan kepada 20 pelanggan terawal; dan
- Cabutan bertuah dengan bayaran balik serendah RM500 untuk melayakkan 1 cabutan.
Peminjam yang mempunyai tunggakan diseru agar mengambil peluang ini untuk hadir berunding di mana-mana Pejabat PTPTN Negeri atau cawangan di seluruh negara. Peminjam juga digalakkan mendapatkan khidmat nasihat serta panduan terus daripada pegawai PTPTN bagi membantu merancang bayaran balik pinjaman dengan lebih mudah, fleksibel dan teratur.
Cabutan Hadiah
Lebih menarik kali ini, peminjam yang membuat bayaran balik pinjaman sepanjang tempoh program turut berpeluang menyertai Cabutan Hadiah BMP PTPTN 2025 dengan tawaran hadiah hebat bernilai keseluruhan RM70,000 to 140 orang pemenang.
Setiap negeri menawarkan 10 hadiah menarik kepada pemenang seperti berikut:
| Winners | Cash Reward | Number of Winners |
|---|---|---|
| First | RM2,000.00 | 1 Pemenang × 14 Negeri |
| Second | RM1,000.00 | 1 Pemenang × 14 Negeri |
| Third | RM500.00 | 3 Pemenang × 14 Negeri |
| Consolation | RM100.00 | 5 Pemenang × 14 Negeri |
Hadiah berbentuk ganjaran tunai yang dimenangi akan dikreditkan ke dalam akaun pinjaman pemenang sebagai bayaran balik pinjaman mengikut terma dan syarat kempen.
Kelayakan penyertaan cabutan ditentukan berdasarkan amaun bayaran balik pinjaman seperti berikut:
| Saluran Bayaran | Bayaran Minimum | Cabutan |
|---|---|---|
| myPTPTN | RM500.00 | 2 cabutan |
| Selain myPTPTN | RM500.00 | 1 cabutan |
Peminjam akan mendapat tambahan bilangan cabutan untuk setiap gandaan transaksi bayaran balik yang bernilai RM500.00 dalam tempoh kempen.
Waktu Operasi Pejabat PTPTN Negeri & Cawangan
Bagi memudahkan pelanggan berurusan sepanjang Bulan Mesra Pelanggan, waktu operasi kaunter di Pejabat PTPTN Negeri dan Cawangan seluruh negara dilanjutkan mulai 1 Disember hingga 15 Disember 2025 as follows:
| Pejabat PTPTN Negeri | Date | Day | Time |
|---|---|---|---|
| Semua Pejabat PTPTN Negeri dan Cawangan (termasuk Kedah, Kelantan & Terengganu, except Sabah) | 1 Disember – 15 Disember 2025 | Isnin – Jumaat & Ahad | 8.30 pagi – 6.00 petang |
Pejabat PTPTN Negeri dan Cawangan Terpilih | 6 & 13 Disember 2025 | Saturday | 9.00 am - 5.00 pm |
Jangan tunggu lagi! Ambil langkah bijak hari ini dengan menyusun semula pinjaman anda dan mulakan bayaran balik secara konsisten. Jom hadir ke kaunter PTPTN terdekat atau hubungi Eksekutif Jualan PTPTN.
Tindakan anda bukan sahaja membantu mengurus kewangan dengan lebih baik, malah memastikan peluang pendidikan yang sama dapat dinikmati oleh generasi seterusnya.




