Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Tahun 2025 di Kedah

PTPTN terus menyemarakkan bulan Ramadan melalui Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) yang diadakan di Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah. Bagi lokasi kedua program ini membawakan kerjasama di antara PTPTN, kakitangan dan pelajar kolej dalam gotong – royong penyediaan bubur lambuk yang diagihkan kepada warga Kolej Komuniti Sungai Petani serta komuniti setempat. Hadir sama dalam program […]
Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Tahun 2025 di Perlis

PTPTN telah turun ke lokasi pertama Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) tahun ini di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Aktiviti yang dijalankan dari awal pagi melibatkan gotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa seperti kari daging, ayam masak nyonya, sambal tempe ikan bilis dan sayur campur goreng yang melibatkan pelajar dan kakitangan UniMAP serta pegawai PTPTN. Program seperti […]
Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Perkukuh Hubungan Kekeluargaan Bersama Pelajar

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan tradisinya berkongsi rezeki bersama warga institusi pendidikan serta komuniti setempat menerusi Pogram Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Tahun 2025. Program ini akan berlangsung di 15 buah Universiti Awam (UA)/ Politeknik/ Kolej Komuniti dan Sekolah terpilih di seluruh negara bermula 5 Mac hingga 20 Mac 2025. Program dimulakan dengan perasmian […]
Pinjaman Program Tauliah Industri Dan Profesional KPT (KPTiP)

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan kemudahan pinjaman bagi program pensijilan profesional di bawah “Program Tauliah Industri dan Profesional Kementerian Pendidikan Tinggi Profesional and lndustrial Credential Programme (KPTiP)” yang dilaksanakan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Program ini menyasarkan latihan kompetensi/ pensijilan profesional berasaskan kepakaran untuk meningkatkan nilai tambah graduan bagi membantu meningkatkan kadar kebolehpasaran […]
Senarai Pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024

Senarai pemenang Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 merupakan penghargaan istimewa buat pendeposit yang terus setia memilih Simpan SSPN sebagai pilihan utama simpanan pendidikan anak-anak. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa komited bagi menggalakkan budaya menabung dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi produk Simpan SSPN. Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 menawarkan hadiah lumayan dengan jumlah keseluruhan […]
Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere!

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para peminjam sambil menggalakkan masyarakat memanfaatkan teknologi digital untuk menguruskan kewangan pendidikan mereka. Bersempena usaha ini, PTPTN dengan sukacitanya memperkenalkan Kempen myPTPTN Anytime, Anywhere! yang berlangsung dari 1 Januari 2025 hingga 31 Mac 2025. Kempen ini terbuka kepada semua peminjam PTPTN bertujuan […]
Senarai Pemenang Peraduan Kongsi Kisah Anda

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah berjaya menganjurkan Peraduan Kongsi Kisah Anda yang berlangsung dari 1 hingga 30 November 2024. Peraduan ini memberi ruang kepada peminjam PTPTN untuk berkongsi pengalaman sebenar mereka dalam membayar balik pinjaman pendidikan melalui penghasilan video kreatif di media sosial. Ia merupakan inisiatif yang bertujuan untuk menyemai nilai positif tentang […]
Inisiatif #PTPTNSediaBantu

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para pelanggan, termasuklah peminjam PTPTN. Sejajar dengan komitmen tersebut, PTPTN telah memperkenalkan inisiatif #PTPTNSediaBantu sebagai usaha berterusan untuk mempermudahkan urusan berkaitan pinjaman pendidikan dan bayaran balik dengan lebih efisien dan mesra pelanggan. Melalui inisiatif ini, PTPTN menyediakan pelbagai saluran perkhidmatan yang […]
Jangan Biarkan Hutang PTPTN Menghalang Masa Depan Anda

Mengapa hutang PTPTN perlu diambil serius? Hutang pendidikan merupakan satu bentuk bantuan kewangan untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari tanpa beban kewangan yang besar. Walaupun pinjaman ini memberikan peluang kepada ramai pelajar untuk ke menara gading, ia tetap merupakan satu bentuk hutang yang perlu dijelaskan selepas tamat pengajian. Oleh itu, peminjam hendaklah […]
Kempen Bayar Tunggakan Serendah RM300*

Dalam usaha meringankan beban kewangan peminjam yang tertunggak, PTPTN menerima sambutan hangat terhadap Kempen Strukturkan Pinjaman Anda Serendah RM300. Ramai peminjam telah memanfaatkan peluang ini untuk menyusun semula pinjaman mereka mengikut kemampuan kewangan masing-masing. Berikutan sambutan yang baik terhadap kempen ini, PTPTN sekali lagi mengambil inisiatif dengan menganjurkan Kempen Bayar Tunggakan Serendah RM300* demi membantu […]