Introduction
Adakah anda alumni peminjam PTPTN yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman? Anda mungkin mempunyai lebihan bayaran balik pinjaman yang belum dituntut. Ramai peminjam tidak menyedari perkara ini dan membiarkan wang mereka terperap begitu sahaja.
Dalam artikel ini, kami kongsikan langkah mudah semak lebihan bayaran balik pinjaman PTPTN melalui myPTPTN. Jangan lepaskan peluang untuk menuntut semula hak anda.
Contents
Bagaimana lebihan bayaran boleh berlaku?
Lebihan bayaran berlaku apabila jumlah bayaran yang anda lakukan melebihi jumlah sebenar pinjaman. Perkara ini boleh berlaku atas sebab berikut:
- Potongan gaji yang berterusan selepas bayaran selesai
- Bayaran tambahan secara manual tanpa semakan baki pinjaman terkini
Namun begitu, anda boleh menuntut semula lebihan bayaran ini hanya melalui myPTPTN.
Cara semak lebihan bayaran balik pinjaman PTPTN melalui myPTPTN
Ikuti 3 langkah mudah di bawah untuk semak lebihan bayaran balik anda melalui aplikasi myPTPTN.
Step 1: Log in to myPTPTN
- Log masuk web aplikasi myPTPTN atau di aplikasi myPTPTN
Langkah 2: Semak penyata pinjaman
MyPTPTN App:
- Klik AKAUN SAYA
- Klik PINJAMAN dan klik LIHAT AKAUN
- Jumlah LEBIHAN BAYARAN PINJAMAN akan dipaparkan
- Paparan AKAUN PINJAMAN akan memaparkan jumlah baki pinjaman anda.
Langkah 3: Buat pindahan lebihan bayaran balik pinjaman
MyPTPTN App:
- Klik butang PINDAHAN

- Klik 3 dot di AKAUN PINJAMAN dan klik Pindahan seperti rajah di bawah

- Klik AKAUN PENERIMA dan klik SETERUSNYA
- Pilih AKAUN PENERIMA
Anda boleh membuat pindahan ke akaun Simpan SSPN atau akaun bank anda.
- Pilih AKAUN BANK dan PILIHAN BANK
- Click on "SETERUSNYA"
- Masukkan No. Akaun Bank dan ruangan Rujukan sila masukkan alamat e-emel anda
- Masukkan jumlah dan klik OK
- Click on "SAH & BAYAR"
- Mohon TAC dan klik HANTAR (Paparan Pindahan Berjaya akan dipaparkan)
- Klik MUAT TURUN resit untuk Simpanan
Anda dinasihatkan untuk segera membuat tuntutan lebihan bayaran balik pinjaman bagi mengelakkan wang tersebut dihantar ke Wang Tak Dituntut (WTD).
Conclusion
Lebihan bayaran balik booth mungkin kelihatan kecil, tetapi ia tetap wang milik anda. Semak sekarang melalui myPTPTN and tuntut back hak anda.
More info
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Careline PTPTN di 03–2193 3000 for bantuan lanjut. Semoga perkongsian ini bermanfaat to anda.