Integriti
- Maklumat Ringkas Bahagian Pengurusan Integriti
- Polisi
- Info Integriti
- Aduan
Bahagian Pengurusan Integriti ditubuhkan selaras dengan keputusan Kerajaan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2013 (digantikan oleh Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Tahun 2022, Ceraian SP.1.2.1) dan berperanan sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional. Penubuhan Bahagian ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh.
FUNGSI BAHAGIAN PENGURUSAN INTEGRITI

POLISI PENGURUSAN HADIAH PTPTN
Tujuan
- Panduan dan rujukan kepada warga PTPTN mengenai penerimaan dan pemberian hadiah/tajaan.
- Meningkatkan integriti dan ketelusan di kalangan warga PTPTN dan seterusnya meningkatkan imej PTPTN.
Apa itu Hadiah ?
- Wang, harta alih atau tak alih, kenderaan, tambang percuma, saham, tiket loteri, kemudahan perjalanan, hiburan, perkhidmatan, keahlian kelab, apa-apa bentuk diskaun atau komisen, hamper, barang kemas, perhiasan, apa-apa pemberian, cenderamata atau apa-apa benda yang bernilai termasuk ganjaran, keraian, pinjaman dan tajaan.
Tindakan Anda Bila Menerima Hadiah
- Mengisi Borang Permohonan Kebenaran Penerimaan Hadiah.
- Mengisi Laporan Penerimaan Hadiah.
Pertanyaan atau Pelaporan
Bahagian Pengurusan Integriti
The National Higher Education Fund Corporation
Alamat emel: integriti@ptptn.gov.my
POLISI PERLINDUNGAN PEMBERI MAKLUMAT (WHISTLEBLOWING)
Apa itu Whistleblowing ?
Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat (Whistleblowing) merupakan satu kaedah di mana pendedahan dibuat oleh seseorang mengenai apa-apa pelanggaran atau kesalahan di bawah Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605] atau mana-mana peruntukan undang-undang yang berkaitan oleh warga PTPTN.
Siapa Yang Boleh Membuat Pendedahan
Boleh dilakukan oleh warga PTPTN, orang awam dan pihak berkepentingan (termasuk Ahli Lembaga Pengurusan) dan penjawat awam bukan warga PTPTN.
Apa Yang Boleh Didedahkan
- Kesalahan Tatakelakuan
- Rasuah atau penipuan
- Kesalahan jenayah
- Salah guna wang atau harta PTPTN
- Kegagalan tadbir urus PTPTN
Cara membuat Aduan Whistleblowing
- E-mel kepada Whistleblowing@ptptn.gov.my
- Cara yang difikirkan sesuai oleh pemberi maklumat
Cara Membuat Aduan Ke Bahagian Pengurusan Integriti
Hadir ke Bahagian Pengurusan Integriti
Bahagian Pengurusan Integriti
Tingkat 20, Menara PTPTN
Block D, Megan Avenue II
No 12, Jalan Yap Kwan Seng
50450 Kuala Lumpur
Telefon
Bahagian Pengurusan Integriti
03 – 2193 1103 : Puan Aisafari binti Suparman
03 – 2193 1077 : Puan Salmah binti Muda
Email Address