Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

MyDigital ID: Akses Lebih Selamat & Mudah ke myPTPTN

In today’s increasingly digital world, the Government of Malaysia has introduced MyDigital ID, satu sistem pengesahan identiti digital yang selamat, dipercayai dan mudah digunakan. Ia adalah sebahagian daripada inisiatif Identiti Digital Nasional (IDN) yang bertujuan memperkasa urusan dalam talian secara lebih cekap dan terjamin.

 

What is MyDigital ID?

MyDigital ID adalah inisiatif kerajaan bagi penyelesaian identiti digital yang selamat dan dipercayai. Pengesahan identiti merujuk terus ke pangkalan data kerajaan, tanpa menyimpan sebarang data peribadi serta tidak menggantikan sistem MyKad. Ia juga memudahkan akses ke aplikasi dan portal dalam talian dengan menggunakan hanya satu kata laluan.

SELAMAT

MyDigital ID tidak menyimpan sebarang data peribadi pengguna, memberikan ketenangan fikiran sepenuhnya.

PANTAS

Proses pendaftaran dan pengesahan identiti boleh dilakukan dengan pantas melalui rujukan terus ke pangkalan data kerajaan.

MUDAH

Hanya menggunakan satu kata laluan untuk pelbagai aplikasi dan portal dalam talian.

Sistem ini membolehkan pengguna membuktikan identiti mereka secara fizikal iaitu proses pengesahan melalui imbasan cap ibu jari. Manakala, secara dalam talian iaitu proses pengesahan melalui eKYC liveness/biometrik wajah yang merujuk terus kepada pangkalan data JPN.

Integrasi MyDigital ID dengan myPTPTN

Seiring transformasi digital, myPTPTN kini diintegrasikan dengan MyDigital ID bagi memastikan pengalaman log masuk yang lebih selamat, lancar dan mesra pengguna.

New Users

Pengguna baharu perlu daftar MyDigital ID terlebih dahulu sebelum membuka akaun myPTPTN.

Existing Users

Pengguna sedia ada boleh terus log masuk seperti biasa, tetapi digalakkan menggunakan MyDigital ID sebagai alternatif lebih selamat.

Pengguna Gagal eKYC

Pengguna yang gagal eKYC semasa daftar myPTPTN akan tetap boleh mengakses aplikasi melalui MyDigital ID.

For registration via physical kiosks, visit the official MyDigital ID website. For easy reference, refer to the registration process flowchart to help you understand each step more clearly and systematically.

Dengan integrasi ini, pengguna hanya perlu satu identiti digital untuk mengakses myPTPTN sama ada bagi urusan bayaran balik pinjaman, penambahan simpanan Simpan SSPN atau semakan baki.

Conclusion

MyDigital ID menjadi asas kepada masa depan digital negara. Dengan identiti yang selamat, mudah diakses dan dipercayai, rakyat Malaysia kini boleh berurusan dalam talian dengan lebih yakin dan efisien. Bagi pengguna myPTPTN, integrasi ini memastikan pengalaman log masuk yang lebih mudah, lancar dan terjamin keselamatannya.

Download and register for MyDigital ID today and be part of the nation’s digital revolution.