Tempoh Diskaun : 14 Oktober 2023 – 31 Mac 2024
Anda turut berpeluang menangi hadiah keseluruhan bernilai RM50,000 dengan sertai myPTPTN, Pay 2Win!
Tempoh Diskaun : 14 Oktober 2023 – 31 Mac 2024
Anda turut berpeluang menangi hadiah keseluruhan bernilai RM50,000 dengan sertai myPTPTN, Pay 2Win!
atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual
Semua peminjam PTPTN termasuk yang dikenakan tindakan penguatkuasaan LAYAK untuk menikmati diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN
Dapatkan pengesahan baki pinjaman melalui myPTPTN atau Portal Rasmi PTPTN
Lakukan transaksi dengan membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui saluran bayaran balik PTPTN termasuk myPTPTN
Dapatkan Surat Penyelesaian Penuh (SPH) melalui myPTPTN atau Portal Rasmi PTPTN
Semak penyata pinjaman bermula 7 hari bulan pada bulan berikutnya melalui myPTPTN atau Portal Rasmi PTPTN
Dapatkan pengesahan baki pinjaman melalui myPTPTN atau Portal Rasmi PTPTN
Lakukan transaksi dengan membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui saluran bayaran balik PTPTN termasuk myPTPTN
Semak penyata pinjaman bermula 7 hari bulan pada bulan berikutnya melalui myPTPTN atau Portal Rasmi PTPTN
Permohonan kali pertama
Permohonan seterusnya lebih mudah tanpa cap ibu jari
Semua peminjam PTPTN (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan) yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024 layak mendapat insentif ini.
Pengesahan baki hutang pinjaman boleh diperolehi melalui Portal Rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama), aplikasi myPTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/).
Bagi diskaun 10% untuk penyelesaian penuh pinjaman, pengiraan adalah berasaskan keseluruhan baki hutang pinjaman. Contoh pengiraan:
Perkara | Jumlah (RM) | |
Baki hutang keseluruhan pada 14 Oktober 2023 | = | 10,000.00 |
Bayaran 90% pada 24 Oktober 2023 | = | (9,000.00) |
Diskaun 10% (10% x RM10,000) pada 31 Oktober 2023* | = | (1,000.00) |
Baki hutang keseluruhan pada 31 Oktober 2023 | = | – |
*Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 10% dikemas kini.
Diskaun 10% akan diberikan pada setiap hujung bulan. Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 10% dikemas kini.
Semakan penyata pinjaman boleh dibuat melalui portal rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman) dan aplikasi myPTPTN.
SPH akan dikeluarkan dalam tempoh 14 hari (bekerja) selepas pelarasan diskaun 10% dilakukan. Cetakan SPH boleh dibuat melalui:
Layak, sekiranya bayaran penyelesaian hutang pinjaman diterima oleh PTPTN dalam bulan yang sama. Peminjam dinasihatkan untuk membuat bayaran selewat-lewatnya 27 hari bulan setiap bulan.
Lebihan bayaran balik akan dipulangkan semula ke Akaun 2 KWSP peminjam.
Tidak, diskaun tidak akan diberikan sekiranya bayaran balik dibuat oleh pihak IPT.
Layak, dengan syarat bayaran diterima pada atau sebelum 31 Mac 2023.
Layak. Pemberian diskaun 10% untuk penyelesaian penuh juga diberikan ke atas hutang WPP. Pengesahan baki boleh diperoleh dengan menghubungi Careline atau Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn).
Tidak layak, diskaun 10% hanya diberikan sekiranya peminjam menyelesaikan keseluruhan baki hutang pinjaman beliau. Dalam contoh ini, diskaun hanya akan diberikan apabila peminjam membuat penyelesaian penuh untuk semua pinjaman iaitu Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana.
Tidak layak, kerana penyelesaian hutang peringkat Diploma bukan penyelesaian keseluruhan hutang pinjaman peminjam. Diskaun 10% boleh diberikan jika peminjam menyelesaikan kedua-dua peringkat Diploma dan Ijazah.
Layak. Namun pinjaman akan ditamatkan dan permohonan baharu bagi IPT, peringkat pengajian dan program/ kursus yang telah ditamatkan tidak akan diluluskan.
Rekod CCRIS akan dikemas kini dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh bayaran dikemas kini dalam penyata peminjam.
Layak, tertakluk kepada bayaran balik yang diterima dalam tempoh 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.
Semua peminjam (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan) yang menyelesaikan sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang pinjaman dalam sekali bayaran. Tempoh kuatkuasa insentif ini adalah mulai 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.
Pengesahan baki hutang pinjaman boleh diperolehi melalui Portal Rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/PengesahanBakiPenyelesaianHutang/Utama), aplikasi myPTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/).
Bagi diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang keseluruhan dalam sekali bayaran, pengiraan adalah berasaskan kepada jumlah bayaran balik yang diterima bagi bulan berkenaan. Contoh pengiraan:
Perkara | Jumlah (RM) | |
Baki hutang keseluruhan pada 14 Oktober 2023 | = | 10,000.00 |
Bayaran 55% pada 24 Oktober 2023 | = | (5,500.00) |
Diskaun 10% (10% x RM5,500) pada 31 Oktober 2023* | = | (550.00) |
Baki hutang keseluruhan pada 1 November 2023 (sebelum kemas kini Ujrah) | = | 3,950.00 |
*Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 10% dikemas kini.
Diskaun 10% diberikan pada setiap hujung bulan. Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 10% dikemas kini.
Semakan penyata pinjaman boleh dibuat melalui portal rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman) dan aplikasi myPTPTN.
Tidak. Diskaun yang diberikan tidak akan mengurangkan ansuran bulanan tetapi mengurangkan baki hutang keseluruhan.
Peminjam layak menerima diskaun 10% sekiranya membuat bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan baki hutang WPP dalam bulan yang sama sahaja. Pengesahan baki boleh diperoleh dengan menghubungi Careline atau Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn).
Layak, sekiranya bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan baki hutang pinjaman diterima oleh PTPTN dalam bulan yang sama. Peminjam dinasihatkan untuk membuat bayaran selewat-lewatnya 27 hari bulan setiap bulan.
Tidak layak, kerana hutang peringkat Diploma bukan keseluruhan hutang pinjaman peminjam.
Peminjam boleh mendapat diskaun sekiranya membuat bayaran minimum 50% atas baki hutang keseluruhan pinjaman Diploma dan Ijazah.
Layak. Namun pinjaman akan ditamatkan dan permohonan baharu bagi IPT, peringkat pengajian dan program/ kursus yang telah ditamatkan tidak akan diluluskan.
Layak, tertakluk kepada bayaran balik yang diterima dalam tempoh 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.
Semua peminjam yang masih mempunyai baki hutang pinjaman dan membuat bayaran balik melalui saluran Potongan Gaji dan/ atau Debit Terus (Direct Debit) mengikut amaun yang ditetapkan layak menerima insentif ini. Diskaun diberikan bagi bayaran balik yang diterima dalam tempoh 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.
Diskaun 15% diberikan pada setiap hujung bulan. Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 15% dikemas kini.
Semakan penyata pinjaman boleh dibuat melalui aplikasi myPTPTN atau Portal Rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman).
Tidak. Diskaun yang diberikan tidak akan mengurangkan ansuran bulanan tetapi mengurangkan baki hutang keseluruhan.
Tidak. Diskaun 15% hanya diberikan kepada peminjam yang membuat bayaran balik melalui potongan gaji dan/atau debit terus (direct debit) sahaja. Peminjam boleh memilih salah satu atau kedua-dua saluran untuk menikmati insentif ini.
Diskaun diberikan atas jumlah bayaran balik yang dibuat melalui potongan gaji dan debit terus (direct debit). Jumlah diskaun yang diperoleh akan mengurangkan keseluruhan baki hutang pinjaman.
Contohnya:
Perkara | Jumlah (RM) | |
Baki hutang keseluruhan pada 14 Oktober 2023 | = | 10,000.00 |
Bayaran balik – debit terus (direct debit) pada 25 Oktober 2023 | = | (500.00) |
Bayaran balik – potongan gaji pada 27 Oktober 2023 | = | (500.00) |
Diskaun 15% (15% x RM1,000) pada 31 Oktober 2023* | = | (150.00) |
Baki hutang keseluruhan pada 1 November 2023 (sebelum kemas kini Ujrah) | = | 8,850.00 |
*Peminjam boleh menyemak penyata pinjaman masing-masing mulai 7 hari bulan pada bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 15% dikemas kini.
Permohonan potongan gaji atau debit terus (direct debit) boleh dibuat secara dalam talian di portal rasmi PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/potonggajionline) atau (https://www.ptptn.gov.my/semakanpinjaman) atau melalui aplikasi myPTPTN. Peminjam boleh memilih salah satu atau kedua-dua saluran untuk menikmati diskaun ini.
Peminjam perlu membuat rundingan terlebih dahulu sekiranya mempunyai tunggakan dengan menghubungi Eksekutif Pemasaran (https://www.ptptn.gov.my/pejabat-cawangan-ptptn/).
Tidak. Diskaun hanya akan diberikan setelah bayaran balik melalui potongan gaji dan debit terus (direct debit) diterima oleh PTPTN.
Terimaan bayaran balik melalui potongan gaji adalah tertakluk kepada tempoh majikan meremit kepada PTPTN. Manakala potongan debit terus (direct debit) adalah pada 1hb, 10hb atau 27hb setiap bulan.
Layak, tertakluk kepada bayaran balik yang diterima dalam tempoh 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.
Bagi peminjam yang mempunyai lebih daripada 1 akaun pinjaman, amaun diskaun akan di laras ke akaun pinjaman 1 terlebih dahulu sekiranya akaun tersebut masih mempunyai baki hutang. Diskaun akan di laras ke akaun pinjaman yang berikutnya selepas hutang pinjaman terdahulu diselesaikan.
Diskaun 20% akan diberikan ke atas baki keseluruhan hutang pinjaman sekiranya bayaran tersebut menyelesaikan keseluruhan hutang peminjam. Pemulangan lebihan akan diberikan kepada peminjam sekiranya ada.
Peminjam layak mendapat diskaun 15% berdasarkan jumlah bayaran yang dibuat melalui saluran potongan gaji dan debit terus (direct debit).
Tempoh Kempen:
Terkini! Transaksi anda lebih mudah dengan myPTPTN