Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp
7 Langkah Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Menggunakan Aplikasi MBSB

7 Langkah Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Menggunakan Aplikasi MBSB

Lega rasanya kan, apabila dah tamat pengajian. Sekarang ini, sudah tiba masanya anda merancang kewangan anda untuk membuat bayaran balik pinjaman PTPTN. Terdapat banyak saluran yang anda boleh membuat bayaran, antaranya melalui aplikasi MBSB Bank e-Wallet.

Mari Min kongsikan 7 langkah mudah untuk membuat bayaran balik pinjaman melalui aplikasi MBSB Bank e-Wallet.

Langkah 1:

Log masuk aplikasi MBSB Bank e-wallet dan klik Payment

Langkah 2:

Seterusnya, klik PTPTN

Langkah 3:

Selepas itu, klik Bayaran Balik Pinjaman

Langkah 4:

Pilih jenis akaun pinjaman dan klik untuk tindakan seterusnya

Langkah 5:

Masukkan No. Kad Pengenalan dan klik butang PROCEED

Langkah 6:

Masukkan amaun bayaran dan pin transaksi, kemudian klik SUBMIT

Langkah 7:

Rekod transaksi akan terpapar selepas bayaran berjaya dilakukan

Selesai.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada anda kerana telah berjaya membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui saluran MBSB. Bayaran balik pinjaman anda amatlah diperlukan bagi menjamin masa depan pendidikan generasi akan datang.

Hubungi Kami

Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut, hubungi kami di:

Careline : 03-21933000
Eksekutif Pemasaran di sini