Soalan Lazim
Pinjaman Pendidikan
Permohonan Pinjaman Pendidikan
Tidak boleh. Tempoh pinjaman pendidikan adalah berdasarkan kepada tempoh program pengajian diluluskan oleh JPT, KPT. Tempoh pinjaman pendidikan diluluskan merujuk kepada semester semasa permohonan dibuat. Sekiranya anda memohon pada semester kedua, pinjaman pendidikan akan diluluskan mulai semester kedua hingga tamat tempoh pengajian lazim anda.
Tidak boleh. Pinjaman pendidikan kali kedua hanya akan dipertimbangkan kepada pelajar-pelajar yang meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Boleh, dengan syarat anda telah menyelesaikan sepenuhnya jumlah pinjaman pendidikan yang telah diterima sebelum ini (jumlah keseluruhan pinjaman yang perlu diselesaikan adalah tertakluk kepada pengesahan daripada PTPTN).
Anda tidak perlu menyelesaikan hutang pinjaman terdahulu sekiranya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu. Bayaran balik hutang pinjaman terdahulu boleh ditangguhkan sehingga selesai pengajian baharu.
Tidak boleh. PTPTN hanya menyediakan pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana/ Doktor Falsafah (PhD) Kursus Profesional di Universiti Awam sahaja.
Ya, anda layak memohon sekiranya mengikuti pengajian separuh masa di Universiti Awam dan Politeknik. Bagi pengajian di IPTS, pinjaman PTPTN hanya disediakan di IPT berikut:
- Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
- Universiti Terbuka Wawasan
- Asia E Universiti
- Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR)
- Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak)
Ya, jika anda mengikuti pengajian di:
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR)
- Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak)
Boleh. Walau bagaimanapun, PTPTN hanya memberi pinjaman pendidikan bagi tempoh pengajian yang diikuti di dalam negara sahaja.
Tawaran Pinjaman Pendidikan
Wang pinjaman akan dikreditkan dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
Jumlah pinjaman yang diterima pada setiap semester telah dibuat potongan perlindungan takaful dan WPP (sekiranya telah menunaikan WPP).
Pengeluaran pinjaman bagi semester berikutnya adalah berdasarkan syarat-syarat berikut:
-
Masih aktif meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan;
-
Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG)/ Gred Point Average (GPA) 2.0 ke atas.
Tidak. Bayaran balik pinjaman adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang diterima termasuk upah yang dikenakan.
Tidak layak. Pengeluaran pinjaman pendidikan akan dikeluarkan setakat tempoh anda menamatkan pengajian samada lebih awal atau mengikut tempoh pengajian lazim. Bayaran balik pinjaman adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang diterima termasuk upah yang dikenakan.
Tidak boleh. Pengeluaran pinjaman pendidikan dikreditkan terus ke akaun persendirian pelajar sahaja.
Peminjam perlu mengisi Borang Pembatalan Pinjaman yang boleh diperolehi menerusi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)/ kaunter PTPTN/ Portal Rasmi PTPTN beserta surat permohonan rasmi pembatalan pinjaman pendidikan.Bagi peminjam yang menerima penaja lain, sila sertakan bersama salinan surat tawaran daripada penaja berkenaan.
Peminjam perlu mengemukakan surat permohonan rasmi untuk mendapatkan surat pelepasan bersyarat tersebut.
Boleh, sekiranya peminjam telah menyelesaikan pinjaman terdahulu pada peringkat pengajian yang sama. Namun, pinjaman kali kedua untuk peringkat pengajian yang lebih tinggi akan dipertimbangkan walaupun pinjaman terdahulu belum diselesaikan.
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)
Inisiatif ini bermaksud pemberian WPP diperluaskan kepada pelajar B40 yang mengikuti pengajian peringkat diploma sepenuh masa di IPTS.
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan pinjaman berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak.
Syarat-syarat adalah seperti berikut:
-
Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;
-
Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
-
Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
-
Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
-
Pelajar tidak mempunyai hutang WPP
Pelajar perlu membuat permohonan di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) mulai 1 hingga 15 hari bulan sebelum bulan pendaftaran pelajar di IPTS (kelompok pertama).
Semakan boleh dibuat di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) mulai 9 hari bulan pada bulan berikutnya selepas permohonan dibuat. Makluman juga akan dibuat melalui e-mel.
WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:
-
Surat tawaran WPP yang dicetak daripada Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my); dan
-
MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)
WPP boleh ditunaikan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran WPP.
Contoh:
-
Tarikh Surat Tawaran WPP: 09 Februari 2021.
-
Tempoh Surat Tawaran WPP Ditunaikan: Mulai 09 Feb 2021 hingga 09 April 2021.
Tiada rayuan akan dipertimbangkan.
Tidak. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebagai persediaan pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.
Situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP adalah seperti berikut:.
-
Pelajar tidak meneruskan pengajian di IPT yang ditawarkan; dan
-
Pelajar tidak meneruskan pengajian dalam program yang ditawarkan.
Sekiranya WPP tersebut telah ditunaikan, pelajar dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh lapan (8) bulan daripada tarikh tamat surat tawaran. Ta’widh sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan mulai bulan ke-9 daripada tarikh tamat surat tawaran.
Dokumen yang perlu disertakan sekiranya kehilangan MyKad adalah Kad Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Tidak boleh. Pelajar dikehendaki mencetak semula surat tawaran WPP baharu dan memastikan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran adalah lengkap.
Boleh tetapi pelajar perlu sertakan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu, sijil lahir atau surat tawaran ke IPT.
Boleh. Pelajar dikehendaki menunaikan WPP terlebih dahulu dan seterusnya mengisi borang deposit ke akaun simpanan.
Bayaran Balik
Tidak. Peminjam bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN. Tiada suatu peruntukan di dalam perjanjian yang menyebut bahawa peminjam hanya perlu membuat bayaran selepas mendapat notis daripada PTPTN.
Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat sebelum tarikh mula bayar tidak dikenakan kos upah.
Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.
Tidak boleh. Bayaran balik kurang daripada jumlah ansuran bulanan akan menyebabkan berlakunya tunggakan dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan. Peminjam disarankan hadir berunding untuk mengurangkan ansuran bulanan dengan membuat penstrukturan semula pinjaman.
Boleh. Pembayaran melebihi jumlah ansuran membolehkan peminjam menyelesaikan pinjaman lebih awal dan dapat menikmati penjimatan kos upah kerana kos upah dikenakan sehingga tarikh penyelesaian penuh dibuat.
Kaedah-kaedah bayaran balik pinjaman pendidikan seperti berikut:
i) Bayaran Balik Melalui Kaunter
SALURAN | KETERANGAN | CAJ (RM) |
TEMPOH
KEMASKINI (HARI BEKERJA) |
---|---|---|---|
Kaunter PTPTN (seluruh negara) |
Bayaran
tanpa
tunai
melalui
Electronic
Data
Capture
(EDC)
Terminal
menggunakan: – Kad Debit Tempatan – Kad Kredit Tempatan – Kad Caj Tempatan |
– |
3 hari |
Kaunter Ejen |
Bank
Islam Bank Rakyat Pos Malaysia CIMB Bank Bank Simpanan Nasional (BSN) |
1.00 |
3
hari |
Kiosk PayQuik |
–
Saluran
bayaran
balik
pinjaman
secara
tunai. – Panduan bayaran, KLIK DI SINI. |
1.00 |
1 hari |
Razer Cash di 7-Eleven |
–
Saluran
bayaran
balik
pinjaman
secara
tunai. – Panduan bayaran, KLIK DI SINI. – Pautan Razer Cash di 7-Eleven, KLIK DI SINI. |
1.00 |
3 hari |
Digi Kiosk |
–
Saluran
bayaran
pinjaman
secara
tunai. – Panduan bayaran, KLIK DI SINI. |
1.00 |
3 hari |
e-Pay |
–
Saluran
bayaran
pinjaman
secara
tunai. – Perkhidmatan e-Pay boleh didapati di tempat-tempat seperti Caltex, KK Mart 24 Jam, Mydin, myNEWS.com, PAK GROCER, Petron |
1.00 |
1 hari |
ii) Bayaran Balik Secara Dalam Talian
SALURAN | KETERANGAN | CAJ (RM) |
TEMPOH
KEMASKINI (HARI BEKERJA) |
|
---|---|---|---|---|
Perbankan Internet | Bank | Manual | – | – |
Bank Islam | | 1.00 | 3 hari | |
Bank Rakyat | | 1.00 | 3 hari | |
Maybank | | 1.00 | 3 hari | |
Public Bank | | 1.00 | 3 hari | |
RHB Bank | | 1.00 | 3 hari | |
Pos Online | | 0.50 | 3 hari | |
Affin Bank | | 1.00 | 3 hari | |
AmBank | | 1.00 | 3 hari | |
Agrobank | | 1.00 | 3 hari | |
CIMB Bank | | 0.50 | 3 hari | |
Bank Simpanan Nasional | | 1.00 | 3 hari | |
myPTPTN |
–
Kemudahan
bayaran
secara
dalam
talian
melalui
aplikasi
myPTPTN |
– | 3 hari | |
MBSB(MBSB Bank e-wallet) |
–
Kemudahan
bayaran
secara
dalam
talian
melalui
MBSB
Bank
e-wallet |
0.50 | 3 hari | |
JomPAY |
–
Kemudahan
bayaran
secara
dalam
talian
melalui
perbankan
internet
dan
telefon
mudah
alih |
– | 3 hari | |
MyPay |
–
Bayaran
balik
secara
dalam
talian
dengan
menggunakan
mobile
web |
1.00 | 3 hari | |
Shopee |
–
Kemudahan
bayaran
balik
secara
dalam
talian
melalui
aplikasi
Shopee. |
1.00 | 3 hari | |
kiplePay |
–
Kemudahan
bayaran
balik
secara
dalam
talian
melalui
aplikasi
kiplePay |
1.00 | 3 hari | |
BESTPay |
–
Kemudahan
bayaran
balik
secara
dalam
talian
melalui
aplikasi
BESTPay |
1.00 | 3 hari | |
KelantanPAY |
–
Kemudahan
bayaran
balik
secara
dalam
talian
melalui
KelantanPAY |
0.80 | 3 hari | |
AnsaraPay |
–
Kemudahan
bayaran
balik
secara
dalam
talian
melalui
aplikasi
AnsaraPay |
1.00 | – | |
PayHalal |
–
Kemudahan
bayaran
balik
secara
dalam
talian
melalui
aplikasi
PayHalal |
1.00 | – | |
SpayGlobal |
–
Kemudahan
bayaran
balik
secara
dalam
talian
melalui
aplikasi
SpayGlobal |
0.80 | – | |
IIMMPACT |
–
Kemudahan
bayaran
balik
secara
dalam
talian
melalui
aplikasi
IIMMPACT |
1.00 | 3 hari | |
OneCALL |
–
Kemudahan
bayaran
balik
secara
dalam
talian
melalui
aplikasi
OneCALL |
1.00 | 3 hari | |
KioskMedia |
– Kemudahan bayaran balik menggunakan kiosk layan diri |
1.00 | – | |
Boost |
– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian menggunakan aplikasi Boost |
1.00 | – | |
Touch n Go(TnG e-Wallet) |
– Kemudahan bayaran balik menggunakan aplikasi Touch n Go |
1.00 | – | |
Mcash |
– Kemudahan bayaran balik menggunakan aplikasi Mcash |
1.00 | – | |
Portal
Rasmi
PTPTN FPX |
Senarai
bank
terlibat: |
– | 1 hari |
iii) Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji
Untuk permohonan, klik di sini
iv) Bayaran Balik Melalui Debit Terus
Untuk permohonan, klik di sini
v) Bayaran Balik Melalui KWSP
Terdapat tiga (3) bayaran balik secara online iaitu:
- Melalui Portal Rasmi PTPTN (FPX)
- Melalui portal rasmi bank ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN.
- Melalui MypayPTPTN (www.mygovmobile.malaysia.gov.my)
- Melalui Aplikasi myPTPTN (myptptn.ptptn.gov.my)
Baki pinjaman pendidikan boleh disemak melalui menu e-Perkhidmatan > Bayaran Balik > Penyata Pinjaman Online di Portal Rasmi PTPTN.
Ya. PTPTN hanya akan mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran balik yang dibuat di kaunter PTPTN. Resit rasmi tidak akan dikeluarkan untuk transaksi melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN. Bukti bayaran melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan perlu dicetak dan disimpan untuk rujukan.
- Kaunter PTPTN
dan Ejen-Ejen
Pungutan:
Bil Kaunter Bayaran Caj Bank (RM) Tempoh Kemaskini (Hari Bekerja) 1 Kaunter PTPTN (Tunai) Tiada 1 hari 2 Electronic Data Capture (EDC) Terminal Tiada 3 hari 3 Bank Islam 1.00 3 hari 4 Bank Rakyat 0.50 3 hari 5 Kaunter Pos Malaysia Berhad 2.00 7 hari 6 CIMB Bank 2.00 3 hari 7 Bank Simpanan Nasional (BSN) 0.50 3 hari - Perbankan
Internet:
Bil Kaunter Bayaran Caj Bank (RM) Tempoh Kemaskini (Hari Bekerja) 1 FPX di Portal Rasmi PTPTN Tiada 1 hari 2 Bank Islam (www.bankislam.biz) 1.00 3 hari 3 Ambank (www.ambankgroup.com.my) 0.50 3 hari 4 Maybank (www.maybank2u.com.my) 1.00 3 hari 5 MypayPTPTN melalui www.mygovmobile.malaysia.my 0.50 3 hari 6 Bank Rakyat (www.irakyat.com.my) 0.50 3 hari 7 Agrobank (www.agronet.com.my) 0.50 3 hari 8 Public Bank (www.pbebank.com.my) 1.00 3 hari 9 Affin Bank (www.affinonline.com) 1.00 3 hari 10 RHB Bank (www.rhb.com.my) 1.00 3 hari 11 CIMB Bank (www.cimbclicks.com.my) 0.50 3 hari 12 Bank Simpanan Nasional (www.mybsn.com.my) 0.50 3 hari
Peminjam perlu mengisi Borang Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman yang boleh dimuat turun di Portal Rasmi PTPTN/ kaunter PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN. Bayaran balik selain di kaunter PTPTN hendaklah dimaklumkan kepada PTPTN untuk pengeluaran Surat Pelepasan Hutang (SPH).
Bagi kes kematian peminjam, kaedah pemulangan lebihan bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:
-
Bagi jumlah lebihan bayaran balik yang kurang daripada RM3,000 – Waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi Lebihan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; dan
-
Bagi lebihan bayaran balik berjumlah RM3,000 dan ke atas – Waris hendaklah mengemukakan dokumen asal atau salinan dokumen berikut:
- Geran Surat Kuasa Mentadbir/Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
- Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
- Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).
Simpan SSPN Prime
SSPN atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan penabungan untuk pendidikan tinggi. SSPN telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004.
Terdapat dua produk simpanan di bawah SSPN iaitu Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i) dan Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus). Simpan SSPN Prime telah dilancarkan pada Ogos 2004, sementara Simpan SSPN Plus pula diperkenalkan pada Jun 2015, dengan penambahan elemen perlindungan takaful di samping simpanan.
Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan telah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.
Simpan SSPN Prime merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Simpan SSPN Prime adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’ bermaksud mewakilkan untuk tujuan pelaburan.
Objektif Simpan SSPN Prime adalah untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.
Simpan SSPN Prime menawarkan pelbagai keistimewaan iaitu:
- Pelepasan taksiran cukai pendapatan individu ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak / anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat.
- Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas dengan manfaat bagi kematian/ keilatan kekal bersamaan dengan jumlah (baki) simpanan.
- Khairat kematian ke atas pendeposit dan penerima manfaat
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
- Pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pendidikan tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat.
- Simpanan dijamin oleh kerajaan.
- Patuh syariah.
- Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.
Syarat-syarat penyertaan Simpan SSPN Prime adalah seperti berikut:
- Ibu/ bapa/ penjaga/ individu yang ingin menjadi pendeposit dan/ atau penerima manfaat kepada akaun Simpan SSPN Prime mestilah warganegara Malaysia.
- Pendeposit mencapai umur 16 tahun pada tarikh hari jadi.
- Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, surat akuan berkanun atau sijil anak angkat hendaklah disertakan bagi menikmati keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan dan geran sepadan ke institusi pendidikan tinggi (jika layak).
- Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk diri sendiri.
- Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk penerima manfaat yang sama.
- Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari hingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
- Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna, seorang penerima manfaat pada masa yang sama juga boleh menjadi pendeposit.
- Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun Simpan SSPN Prime bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.
Syarat umur pembukaan akaun adalah seperti berikut:
Kategori 1 : Akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain
- Umur Pendeposit : 16 tahun hingga 65 tahun.
- Umur Penerima Manfaat: 1 hari sehingga mencapai umur 29 tahun.
Kategori 2 : Akaun dibuka untuk diri sendiri (Pendeposit dan penerima manfaat adalah individu yang sama)
- Umur Pendeposit/Penerima Manfaat : 16 tahun hingga 65 tahun.
Ya. Akaun Simpan SSPN Prime boleh dibuka oleh sesiapa warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas.
Akaun Simpan SSPN Prime boleh dibuka secara online melalui aplikasi myPTPTN, di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my), di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik.
Ya. Bilangan pembukaan akaun dihadkan hingga 10 akaun sahaja bagi pembukaan secara online. Tiada had bagi pembukaan di kaunter PTPTN.
Ya. PTPTN akan mengemukakan Slip Akuan Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime kepada pendeposit ke alamat yang didaftarkan sebagai bukti pengesahan pembukaan akaun Simpan SSPN Prime.
Pendeposit boleh menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000 atau mengunjungi cawangan PTPTN yang berdekatan untuk mendapatkan nombor akaun Simpan SSPN Prime. Pendeposit juga boleh memohon untuk cetakan semula slip akuan bagi memudahkan urusan.
Akaun Simpan SSPN Prime boleh juga dibuka oleh pendeposit warganegara Malaysia yang merupakan ahli keluarga terdekat (seperti datuk, nenek atau saudara mara) kepada penerima manfaat di bawah Jenis Akaun Lain-Lain. Namun begitu, akaun Simpan SSPN ini tidak layak keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan individu.
Pendeposit perlu mengisi dan melengkapkan Borang Kebenaran/ Penamatan Potongan Gaji Bulanan Simpan SSPN Prime yang boleh didapati di kaunter PTPTN atau mencetak borang tersebut melalui portal rasmi PTPTN. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada majikan dan sesalinan kepada PTPTN.
Penyata Akaun Simpan SSPN Prime boleh disemak dan dicetak melalui aplikasi myPTPTN di portal rasmi PTPTN. Semakan juga boleh dilakukan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000, hadir sendiri ke cawangan PTPTN yang berdekatan atau di cawangan Maybank, RHB Bank dan Bank Rakyat.
Simpanan Simpan SSPN Prime boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa.
Simpanan Simpan SSPN Prime boleh dikeluarkan dengan cara berikut:
- Mengisi dan melengkapkan Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakannya kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos. Borang tersebut boleh didapati di kaunter PTPTN; atau
- Permohonan pengeluaran secara online melalui portal rasmi PTPTN; atau
- Pengeluaran melalui ATM di bank yang terpilih.
Tidak. Hanya pendeposit sahaja yang boleh membuat pengeluaran simpanan.
Ya. Pengeluaran dihadkan sehingga maksimum RM1,000 sehari (bagi setiap akaun) melibatkan pengeluaran di Portal Rasmi sahaja. Tiada had limit bagi pengeluaran melalui kaunter PTPTN.
Tidak. Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke akaun bank pendeposit (akaun persendirian) dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.
Tiada caj dikenakan bagi pengeluaran simpanan melalui online/ kaunter.
Boleh. Pendeposit perlu membuat permohonan pindahan dari Akaun Simpan SSPN Prime ke Akaun Pinjaman PTPTN untuk bayaran balik pinjaman PTPTN dengan mengisi Borang Pindahan Deposit / Lebihan Bayaran Balik Pinjaman yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau secara online di Portal Rasmi PTPTN.
Boleh. Pendeposit perlu mengisi Borang Pindahan Deposit/ Lebihan Bayaran Balik Pinjaman yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau Portal Rasmi PTPTN. Pindahan boleh dilakukan berdasarkan situasi berikut:
- Pindahan daripada akaun Simpan SSPN Prime ke akaun Simpan SSPN Prime atas pendeposit yang sama.
- Pindahan daripada akaun Simpan SSPN Plus ke akaun Simpan SSPN Prime atas pendeposit yang sama.
- Pindahan simpanan daripada akaun Simpan SSPN Prime ke akaun Simpan SSPN Plus atas pendeposit yang sama.
- Pindahan lebihan bayaran balik pinjaman ke akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus atas peminjam / pendeposit yang sama.
- Pindahan daripada akaun Simpan SSPN Prime untuk bayaran balik pinjaman atas peminjam / pendeposit yang sama.
Ya. Akaun Simpan SSPN Prime perlu ditutup apabila penerima manfaat telah mencapai umur 29 tahun. Ini kerana akaun tersebut tidak layak menikmati keistimewaan seperti insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan individu. Pendeposit boleh membuat pilihan berikut:
- Memilih untuk membuat penutupan dan pindah kesemua baki simpanan akaun tersebut ke akaun Simpan SSPN Prime penerima manfaat lain yang masih belum mencapai umur 29 tahun; atau
- Memilih untuk menutup terus akaun Simpan SSPN Prime tersebut dan kesemua baki simpanan akan dipulangkan ke akaun bank pendeposit (akaun bank persendirian).
Tidak kerana akaun tersebut akan ditutup oleh PTPTN.
Tidak kerana tiada sebarang bayaran premium takaful dibuat ke atas akaun tersebut.
Pendeposit yang layak mendapat perlindungan takaful adalah seperti berikut:
- Pendeposit yang berumur antara 16 tahun hingga 65 tahun;
- Pendeposit yang mempunyai baki simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 dan ke atas pada tarikh kejadian
Tidak. Namun begitu sekiranya akaun tersebut masih aktif (belum ditutup) dan mempunyai baki simpanan, pendeposit masih boleh menikmati keistimewaan seperti dividen atau pelepasan taksiran cukai atau geran sepadan tertakluk kepada terma dan syarat.
Ada. Simpan SSPN Prime menyediakan perlindungan takaful secara percuma kepada pendeposit yang mempunyai baki simpanan RM1,000 dan ke atas serta berumur tidak melebihi 65 tahun. Perlindungan takaful ini merangkumi kematian pendeposit dan penerima manfaat serta keilatan kekal menyeluruh pendeposit. Sekiranya pendeposit mengalami keilatan kekal menyeluruh dan telah disahkan oleh pegawai perubatan, waris boleh membuat tuntutan takaful dengan mengisi Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau di portal rasmi PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada borang tersebut. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos.
Syarat tuntutan takaful bagi pendeposit yang telah meninggal dunia adalah baki simpanan mestilah RM1,000 dan ke atas dan berumur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh kematian. Waris hendaklah mengisi Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau di portal rasmi PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada borang tersebut. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos.
Bagi pendeposit yang telah meninggal dunia, waris hendaklah melengkapkan dokumen berikut berdasarkan jumlah simpanan Simpan SSPN Prime semasa kematian:
Kurang daripada RM3,000
- Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan
- Salinan Mykad pendeposit
- Salinan Mykad pendeposit
- Salinan sijil kematian pendeposit
- Borang Pengesahan Waris
- Borang Bon Tanggung Rugi dan dimatikan Setem Hasil bernilai RM10
- Salinan muka hadapan buku bank/ penyata akaun waris (akaun persendirian sahaja).
Jumlah RM3,000 dan ke atas
- Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan
- Salinan Mykad pendeposit
- Salinan MyKad waris
- Salinan sijil kematian pendeposit
- Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet/ Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya/ Pejabat Tanah dan Daerah/ Amanah Raya Berhad/ pihak berkuasa yang diiktiraf
- Salinan muka hadapan buku bank/ penyata akaun waris (akaun persendirian sahaja)
Dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pejabat PTPTN melalui serahan tangan atau pos.
Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime untuk manfaat anak diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.
Kategori kelayakan adalah seperti berikut:
- Taksiran Berasingan: Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 SEORANG setahun.
- Taksiran Bersama: Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun.
Individu yang menyimpan untuk diri sendiri TIDAK LAYAK untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.
Insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa iaitu simpanan yang telah ditolak pengeluaran. Pendeposit boleh menyemak atau mencetak penyata ringkasan akaun Simpan SSPN Prime melalui e-Simpan SSPN Prime di portal rasmi PTPTN.
Geran sepadan memasuki IPT adalah insentif kewangan dalam bentuk tunai yang ditawarkan untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat tabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak. Pemberian geran sepadan bertujuan membantu keperluan anak-anak (penerima manfaat) yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.
Pemberian geran sepadan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) pendeposit tidak melebihi RM4,000 semasa permohonan dibuat.
- Penerima manfaat telah mendaftar masuk ke mana-mana IPT dan kursus yang diiktiraf oleh kerajaan di peringkat sijil dan ke atas.
- Penerima manfaat belum mencecah umur 29 tahun semasa permohonan dibuat.
Jumlah
keseluruhan geran
sepadan yang akan
diberikan kepada
setiap pendeposit
yang layak adalah
tidak melebihi
RM10,000 satu
keluarga.
Kelayakan pemberian geran sepadan hanya kepada pendeposit (ibu/ bapa/ penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak jagaan yang sah. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri atau mana-mana orang lain tidak layak memohon geran sepadan ini.
Pendeposit hendaklah mengisi Borang Pengeluaran/Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakan bersama dokumen berikut:
- *Pengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan penyata pencen/ salinan kad pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan.
- Salinan MyKad pasangan/ sijil kematian/ surat cerai.
- Salinan sijil kelahiran/ surat akuan berkanun/ sijil anak angkat penerima manfaat.
- *Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan resit bayaran daftar masuk ke IPT.
- *Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4).
- Sekiranya penerima manfaat mendapat tajaan pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen 4 dan 5 tidak diperlukan.
- Salinan buku bank persendirian pendeposit (jika ingin dikreditkan ke akaun)
*dokumen 1, 4 dan 5 perlu disahkan
Permohonan geran sepadan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian penerima manfaat dengan syarat akaun Simpan SSPN Prime semasa permohonan adalah aktif dan umur penerima manfaat belum mencapai 29 tahun semasa permohonan. Tuntutan geran sepadan selepas penutupan akaun tidak dibenarkan.
Ya, pemberian token bernilai RM100 akan diberikan sebagai dorongan dan penghargaan kerana menabung di dalam Simpan SSPN Prime.
Ya, sekiranya penerima manfaat meninggal dunia, akaun perlu ditutup.
- Penerima manfaat mencapai umur 29 tahun; dan
- Pendeposit/ penerima manfaat meninggal dunia.
Simpan SSPN Plus
SSPN atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan penabungan untuk pendidikan tinggi. SSPN telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004.
Terdapat dua produk simpanan di bawah SSPN iaitu Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i) dan Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus). Simpan SSPN Prime telah dilancarkan pada Ogos 2004, sementara Simpan SSPN Plus pula diperkenalkan pada Jun 2015, dengan penambahan elemen perlindungan takaful di samping simpanan.
Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan telah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.
Simpan SSPN Plus merupakan produk terbaru PTPTN dengan kerjasama Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful (SPT) bagi produk ini.
Ya. Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN iaitu di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).
Simpan SSPN Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan. Pakej yang ditawarkan adalah seperti jadual:
Pakej | Intan | Delima | Topas | Zamrud | Nilam | Berlian |
---|---|---|---|---|---|---|
Simpanan Bulanan Simpan SSPN Plus | RM20 | RM40 | RM90 | RM180 | RM270 | RM200 |
Sumbangan Takaful | RM10 | RM10 | RM10 | RM20 | RM30 | RM300 |
Jumlah Komitmen Bulanan | RM30 | RM50 | RM100 | RM200 | RM300 | RM500 |
Simpan SSPN Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu:
- Produk patuh syariah;
- Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM8,000 setahun (bersekali dengan produk Simpan SSPN Prime);
- Pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful bagi tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM3,000 setahun (bagi pekerja swasta atau penjawat awam yang memilih KWSP) atau RM7,000 setahun (bagi Penjawat Awam memilih Pencen Kerajaan);
- Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
- Manfaat kematian dan ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000 bergantung kepada pakej dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT);
- Tiada pemeriksaan kesihatan.
- Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
- Khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak (maksimum 5 orang anak sahaja tertakluk kepada syarikat pengendali takaful yang dipilih);
- Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM250,000.00 bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih
- Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih
- Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;
- Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
- Simpanan dijamin Kerajaan
Perbezaan antara produk Simpan SSPN Plus dengan Simpan SSPN Prime (dulu dikenali sebagai SSPN-i) adalah seperti berikut :
Perkara | Simpan SSPN Plus | Simpan SSPN Prime |
---|---|---|
Komitmen Minimum | Serendah RM30/ sebulan | Tiada |
Sumbangan Takaful | Serendah RM10 sebulan atau mengikut pakej yang dipilih. |
Percuma *Layak hanya kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas |
Manfaat
Takaful i. Mengikut pakej dan syarikat pengendali takaful yang dipilih |
Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000. | Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) Ringgit ke Ringgit. |
Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) sehingga RM1,000,000. | Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) Ringgit ke Ringgit. | |
Manfaat ilat kekal separa sehingga RM200,000 | Tiada | |
Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM200,000 | Tiada | |
Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari. | Tiada | |
Khairat
kematian*
: i. Pendeposit – sehingga RM25,000 ii. Pasangan – sehingga 12,500 dan iii. 5 anak – sehingga RM 5,000 seorang. |
Khairat
kematian
bagi: i. Pendeposit – RM2,000, dan ii. Penerima manfaat – RM500 |
|
Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan |
i.
Sehingga
RM8,000
setahun
berdasarkan
simpanan
bersih
Simpan
SSPN
Plus
dan
Simpan
SSPN
Prime
tahun
semasa. ii. Menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM7,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa. |
i.
Sehingga
RM8,000
setahun
berdasarkan
simpanan
bersih
Simpan
SSPN
Plus
dan
Simpan
SSPN
Prime
tahun
semasa. ii. Tiada |
Geran Sepadan (Insentif kemasukan ke IPT) | Tiada | Sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak. |
Syarat Pembukaan Akaun |
Mana-mana
warganegara
Malaysia
boleh
membuka
akaun
untuk:
|
Mana-mana
warganegara
Malaysia
boleh
membuka
akaun
untuk:
|
Boleh. Pendeposit yang telah mempunyai akaun Simpan SSPN Prime boleh membuka akaun Simpan SSPN Plus tanpa perlu menutup akaun Simpan SSPN Prime.
Boleh dengan syarat akaun yang dibuka melibatkan penerima manfaat berbeza yang tidak pernah mempunyai akaun SSPN-i Plus sebelum ini.
Ya. Bilangan pembukaan akaun dihadkan hingga 10 akaun sahaja bagi pembukaan secara online. Tiada had bagi pembukaan melalui kaunter PTPTN
Manfaat takaful bagi setiap pakej adalah berbeza mengikut syarikat pengendali takaful seperti berikut:
PAKEJ INTAN (RM30) | |||
PERKARA | MANFAAT TAKAFUL | ||
GETB | HLMT | TIFB | |
Kematian Biasa (RM) Kemalangan – Kemalangan di Malaysia (RM) – Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM) – Kemalangan di luar Malaysia (RM) |
25,000.00
50,000.00 50,000.00 75,000.00 |
30,000.00
60,000.00 60,000.00 60,000.00 |
24,000.00
48,000.00 48,000.00 48,000.00 |
Keilatan Ilat Kekal Biasa (RM) Ilat Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Biasa (RM) |
25,000.00 50,000.00 25,000.00 – |
30,000.00 60,000.00 10,000.00 10,000.00 |
24,000.00 48,000.00 – – |
Penyakit Kritikal Amaun perlindungan (RM) Jumlah penyakit dilindungi |
12,500.00 45 |
12,000.00 36 |
12,000.00 36 |
Manfaat Pendapatan Hospital Amaun perlindungan/ sehari (RM) Bilangan minggu |
25.00 52 |
25.00 52 |
20.00 52 |
Khairat Kematian 1. Pendeposit (RM) 2. Pasangan (RM) 3. Anak Amaun perlindungan (RM) Bilangan anak yang dilindungi |
2,800.00 2,800.00
1,200.00 5 |
3,000.00 3,000.00
1,500.00 3 |
4,000.00 4,000.00
2,000.00 3 |
Lain-lain manfaat Penyakit Terminal Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan |
12,500.00 – |
– – |
– 100.00 |
PAKEJ DELIMA (RM50) | |||
PERKARA | MANFAAT TAKAFUL | ||
GETB | HLMT | TIFB | |
Kematian Biasa (RM) Kemalangan – Kemalangan di Malaysia (RM) – Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM) – Kemalangan di luar Malaysia (RM) |
25,000.00
50,000.00 50,000.00 75,000.00 |
30,000.00
60,000.00 60,000.00 60,000.00 |
24,000.00
48,000.00 48,000.00 48,000.00 |
Keilatan Ilat Kekal Biasa (RM) Ilat Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Biasa (RM) |
25,000.00 50,000.00 25,000.00 – |
30,000.00 60,000.00 10,000.00 10,000.00 |
24,000.00 48,000.00 – – |
Penyakit Kritikal Amaun perlindungan (RM) Jumlah penyakit dilindungi |
12,500.00 45 |
12,000.00 36 |
12,000.00 36 |
Manfaat Pendapatan Hospital Amaun perlindungan/ sehari (RM) Bilangan minggu |
25.00 52 |
25.00 52 |
20.00 52 |
Khairat Kematian 1. Pendeposit (RM) 2. Pasangan (RM) 3. Anak Amaun perlindungan (RM) Bilangan anak yang dilindungi |
2,800.00 2,800.00
1,200.00 5 |
3,000.00 3,000.00
1,500.00 3 |
4,000.00 4,000.00
2,000.00 3 |
Lain-lain manfaat Penyakit Terminal Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan |
12,500.00 – |
– – |
– 100.00 |
PAKEJ TOPAS (RM100) | |||
PERKARA | MANFAAT TAKAFUL | ||
GETB | HLMT | TIFB | |
Kematian Biasa (RM) Kemalangan – Kemalangan di Malaysia (RM) – Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM) – Kemalangan di luar Malaysia (RM) |
25,000.00
50,000.00 50,000.00 75,000.00 |
30,000.00
60,000.00 60,000.00 60,000.00 |
24,000.00
48,000.00 48,000.00 48,000.00 |
Keilatan Ilat Kekal Biasa (RM) Ilat Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Biasa (RM) |
25,000.00 50,000.00 25,000.00 – |
30,000.00 60,000.00 10,000.00 10,000.00 |
24,000.00 48,000.00 – – |
Penyakit Kritikal Amaun perlindungan (RM) Jumlah penyakit dilindungi |
12,500.00 45 |
12,000.00 36 |
12,000.00 36 |
Manfaat Pendapatan Hospital Amaun perlindungan/ sehari (RM) Bilangan minggu |
25.00 52 |
25.00 52 |
20.00 52 |
Khairat Kematian 1. Pendeposit (RM) 2. Pasangan (RM) 3. Anak Amaun perlindungan (RM) Bilangan anak yang dilindungi |
2,800.00 2,800.00
1,200.00 5 |
3,000.00 3,000.00
1,500.00 3 |
4,000.00 4,000.00
2,000.00 3 |
Lain-lain manfaat Penyakit Terminal Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan |
12,500.00 – |
– – |
– 100.00 |
PAKEJ ZAMRUD (RM200) | |||
PERKARA | MANFAAT TAKAFUL | ||
GETB | HLMT | TIFB | |
Kematian Biasa (RM) Kemalangan – Kemalangan di Malaysia (RM) – Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM) – Kemalangan di luar Malaysia (RM) |
50,000.00
100,000.00 100,000.00 150,000.00 |
60,000.00
120,000.00 120,000.00 120,000.00 |
48,000.00
96,000.00 96,000.00 96,000.00 |
Keilatan Ilat Kekal Biasa (RM) Ilat Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM) Ilat Separa Kekal Biasa (RM) |
50,000.00 100,000.00 50,000.00 – |
60,000.00 120,000.00 20,000.00 20,000.00 |
48,000.00 96,000.00 – – |
Penyakit Kritikal Amaun perlindungan (RM) Jumlah penyakit dilindungi |
25,000.00 45 |
24,000.00 36 |
24,000.00 36 |
Manfaat Pendapatan Hospital Amaun perlindungan/ sehari (RM) Bilangan minggu |
50.00 52 |
50.00 52 |
40.00 52 |
Khairat Kematian 1. Pendeposit (RM) 2. Pasangan (RM) 3. Anak Amaun perlindungan (RM) Bilangan anak yang dilindungi |
3,000.00 3,000.00
1,500.00 5 |
3,000.00 3,000.00
1,500.00 3 |
4,000.00 4,000.00
2,000.00 3 |
Lain-lain manfaat Penyakit Terminal Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan |
25,000.00 – |
– – |
– 200.00 |