PRODUK
Bayaran Balik
Pinjaman Pendidikan
Info Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan
- Peminjam boleh memuat turun Surat Pengesahan Baki Pinjaman di Portal Rasmi PTPTN/ kaunter PTPTN atau menghubungi Eksekutif Jualan PTPTN.
- Setelah penyelesaian pinjaman dibuat, peminjam akan menerima e-mel makluman untuk memuat turun Surat Pelepasan Hutang (SPH) di Portal Rasmi PTPTN.
- Peminjam perlu mengemaskini dan memastikan alamat e-mel adalah yang terkini.
Permohonan Ujrah
- Permohonan Ujrah terbuka kepada semua peminjam konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam).
- Pertukaran pinjaman kepada pinjaman Ujrah (1%) layak kepada semua peminjam KECUALI;
- Peminjam disahkan meninggal dunia atau ilat; atau
- Peminjam yang telah mendapat pengecualian bayaran balik kerana mendapat Ijazah Kelas Pertama.
- Berkuatkuasa 1 Julai 2015 peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% jumlah tunggakan, kos penguatkuasaan dan kos pelbagai (sekiranya ada) terlebih dahulu sebagai komitmen peminjam untuk membolehkan tawaran Ujrah diproses. Peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN selepas bayaran dibuat.
- Bermula 13 Jun 2017 semua kos yang berbaki di dalam pinjaman Konvensional akan dimasukkan di dalam Jumlah Pinjaman semasa pertukaran pinjaman Konvensional kepada pinjaman Ujrah. Jumlah ini akan dikenakan takaful baharu. Sekiranya terdapat lebihan ke atas jumlah yang dikenakan, pemulangan akan dibuat kepada peminjam selepas penyelesaian penuh hutang pinjaman.
Tempoh Bayaran Balik Ujrah
Asas tempoh bayaran balik adalah berdasarkan Jumlah Prinsipal Ujrah.
Jumlah Prinsipal Ujrah | Tempoh Bayar Balik |
---|---|
RM 10,000.00 dan kebawah | 60 bulan (5 tahun) |
Melebihi RM 10,000 hingga RM 22,000 | 120 bulan (10 tahun) |
Melebihi RM 22,000 hingga RM 50,000 | 180 bulan (15 tahun) |
Melebihi RM 50,000 | 240 bulan (20 tahun) |
Walau bagaimanapun, peminjam boleh membuat rundingan untuk melanjutkan tempoh bayaran balik melebihi tempoh yang telah ditetapkan dengan membuat penstrukturan semula. Kos upah 1% akan dikenakan sepanjang tempoh tersebut.
Bagi peminjam yang ingin memanjangkan tempoh bayaran balik, perlu mengemukakan salinan slip gaji terkini atau penyata KWSP atau penyata pendapatan (bagi yang bekerja sendiri).
Had umur maksimum bagi tempoh bayaran balik pinjaman pendidikan Ujrah adalah sehingga 60 tahun tertakluk kepada rundingan dan persetujuan PTPTN.
Penjadualan Semula Pinjaman
Kaedah penjadualan semula memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula Jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.
Penstrukturan Semula Pinjaman
Kaedah penstrukturan semula memberi kemudahan kepada peminjam untuk mengubah struktur Jadual Bayaran Balik (JBB) dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam.
Melalui kaedah ini, tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.
Ansuran bulanan minimum ditetapkan berdasarkan anggaran penentuan 5% – 8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada kelayakan tempoh bayaran balik dan kelulusan PTPTN.
Syarat- syarat Umum Permohonan Penstrukturan/ Penjadualan Semula
-
Terbuka kepada pinjaman Ujrah sahaja. Peminjam konvensional boleh memohon penstrukturan/ penjadualan semula semasa permohonan pertukaran Ujrah.
-
Berkuatkuasa 1 Julai 2015, bagi permohonan penstrukturan semula, peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, serta kos pelbagai (jika ada) terlebih dahulu seperti kos penguatkuasaan, WPP (sekiranya tidak dijelaskan akan dikira sebagai prinsipal baru), hutang duti setem, hutang takaful dan yuran pemprosesan.
-
Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa, KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya.
-
Tiada caj pemprosesan dikenakan bagi penstrukturan/ penjadualan semula pada kali pertama, manakala bagi kali kedua dan seterusnya, caj yang dikenakan adalah seperti berikut:
- Kali kedua : RM50;
- Kali ketiga : RM100;
- Kali keempat : RM150; dan
- Kali kelima dan seterusnya : RM200
Peminjam yang ingin memohon penstrukturan/penjadualan semula dikehendaki hadir sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN untuk memudahkan rundingan, penjelasan dan penerimaan dokumen tawaran.
- Semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik selepas 12 bulan tamat tempoh pinjaman akan disenaraikan dalam CCRIS. Semakan hendaklah dibuat secara terus di kaunter dan kiosk mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) sahaja.
- Peminjam perlu membuat bayaran secara konsisten mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan oleh PTPTN bagi mengelakkan tunggakan demi memastikan rekod CCRIS berada dalam keadaan baik. Sekiranya rekod di CCRIS menunjukkan terdapat sebarang bulan tunggakan, berkemungkinan permohonan pinjaman tidak dipertimbangkan oleh institusi kewangan. Walau bagaimanapun, kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.
- Semua rundingan mengenai pinjaman PTPTN sama ada penyelesaian hutang pinjaman atau penstrukturan semula pinjaman hendaklah dibuat dengan PTPTN melalui saluran Khidmat Pelanggan PTPTN, Eksekutif Jualan atau hadir ke cawangan PTPTN.
Panduan Bayaran Balik
Video Panduan
Hubungi Saya
Sebarang pertanyaan berkaitan Pinjaman Pendidikan, hubungi saya melalui saluran e-mel atau WhatsApp seperti berikut:
Mudah, Cepat & Selamat
Perkhidmatan bayaran balik pinjaman PTPTN boleh didapati menerusi aplikasi myPTPTN seperti berikut:
- Semakan Penyata Bayaran Balik
- Permohonan Potongan Gaji
- Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman
- Surat Penyelesaian Hutang (SPH)
Nota: Sila masukkan Kod Rujukan: 000002240 di ruangan yang disediakan.