PRODUK SIMPANAN
Simpan SSPN Prime
Pengenalan
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) telah mula diperkenalkan pada tahun 2004. Produk simpanan jangka panjang ini bertujuan untuk memupuk sifat menabung dalam kalangan ibu bapa bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak ketika mereka masih kecil lagi di samping menawarkan pelbagai manfaat istimewa.
Selaras dengan pelancaran produk simpanan baharu, SSPN-i telah dikenali sebagai Simpan SSPN Prime yang masih mengekalkan pelbagai manfaat dan keistimewaan yang ditawarkan sebelum ini.

Keistimewaan

PATUH
Syariah
SIMPANAN
Dijamin Kerajaan

PELEPASAN
TAKSIRAN CUKAI
Sehingga RM 8,000
PERLINDUNGAN TAKAFUL
Percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas

LAYAK MEMOHON
Pinjaman PTPTN

GERAN SEPADAN
Sehingga RM10,000 untuk keluarga yang layak
DIVIDEN
Kompetitif
Syarat Pembukaan Akaun

Warganegara Malaysia

Pendeposit berumur 18 tahun ke atas

Penerima manfaat berumur 1 hari sehingga sebelum 29 tahun

Penerima manfaat terdiri daripada diri sendiri/ anak kandung/ anak jagaan yang sah sahaja
Anda perlukan bantuan?
Saya sedia membantu bagi urusan pembukaan akaun Simpan SSPN, penambahan simpanan, semakan penyata simpanan dan sebagainya.
Panduan Simpanan
Panduan Simpanan Melalui myPTPTN
Hubungi Saya
Sebarang pertanyaan berkaitan Simpan SSPN, hubungi saya melalui saluran e-mel atau WhatsApp seperti berikut:
Mudah, Cepat & Selamat
Perkhidmatan Simpan SSPN Prime boleh didapati menerusi aplikasi myPTPTN seperti berikut:
- Pembukaan Akaun Simpanan
- Penambahan Simpanan
- Semakan Penyata Simpanan
- Permohonan Debit Terus/ Potongan Gaji
Nota: Sila masukkan Kod Eksekutif PTPTN: 000002240 di ruangan yang disediakan.