Soalan Lazim

Pinjaman Pendidikan

Permohonan Pinjaman Pendidikan

Tidak boleh. Tempoh pinjaman pendidikan adalah berdasarkan kepada tempoh program pengajian diluluskan oleh JPT, KPT. Tempoh pinjaman pendidikan diluluskan merujuk kepada semester semasa permohonan dibuat. Sekiranya anda memohon pada semester kedua, pinjaman pendidikan akan diluluskan mulai semester kedua hingga tamat tempoh pengajian lazim anda.

Boleh, dengan syarat anda telah menyelesaikan sepenuhnya jumlah pinjaman pendidikan yang telah diterima sebelum ini (jumlah keseluruhan pinjaman yang perlu diselesaikan adalah tertakluk kepada pengesahan daripada PTPTN).

Anda tidak perlu menyelesaikan hutang pinjaman terdahulu sekiranya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu. Bayaran balik hutang pinjaman terdahulu boleh ditangguhkan sehingga selesai pengajian baharu.

Tidak boleh. PTPTN hanya menyediakan pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana/ Doktor Falsafah (PhD) Kursus Profesional di Universiti Awam sahaja.

Ya, anda layak memohon sekiranya mengikuti pengajian separuh masa di Universiti Awam dan Politeknik. Bagi pengajian di IPTS, pinjaman PTPTN hanya disediakan di IPT berikut:

  1. Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
  2. Universiti Terbuka Wawasan
  3. Asia E Universiti
  4. Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR)
  5. Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak)

Ya, jika anda mengikuti pengajian di:

  1. Universiti Multimedia (MMU)
  2. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  3. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  4. Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR)
  5. Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak)

Tawaran Pinjaman Pendidikan

Wang pinjaman akan dikreditkan dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.

Jumlah pinjaman yang diterima pada setiap semester telah dibuat potongan perlindungan takaful dan WPP (sekiranya telah menunaikan WPP).

Pengeluaran pinjaman bagi semester berikutnya adalah berdasarkan syarat-syarat berikut:

  1. Masih aktif meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan;

  2. Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG)/ Gred Point Average (GPA) 2.0 ke atas.

Tidak. Bayaran balik pinjaman adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang diterima termasuk upah yang dikenakan.

Tidak layak. Pengeluaran pinjaman pendidikan akan dikeluarkan setakat tempoh anda menamatkan pengajian samada lebih awal atau mengikut tempoh pengajian lazim. Bayaran balik pinjaman adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang diterima termasuk upah yang dikenakan.

Tidak boleh. Pengeluaran pinjaman pendidikan dikreditkan terus ke akaun persendirian pelajar sahaja.

Peminjam perlu mengisi Borang Pembatalan Pinjaman yang boleh diperolehi menerusi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)/ kaunter PTPTN/ Portal Rasmi PTPTN beserta surat permohonan rasmi pembatalan pinjaman pendidikan.Bagi peminjam yang menerima penaja lain, sila sertakan bersama salinan surat tawaran daripada penaja berkenaan.

Boleh, sekiranya peminjam telah menyelesaikan pinjaman terdahulu pada peringkat pengajian yang sama. Namun, pinjaman kali kedua untuk peringkat pengajian yang lebih tinggi akan dipertimbangkan walaupun pinjaman terdahulu belum diselesaikan.

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)

Inisiatif ini bermaksud pemberian WPP diperluaskan kepada pelajar B40 yang mengikuti pengajian peringkat diploma sepenuh masa di IPTS.

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan pinjaman berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak.

Syarat-syarat adalah seperti berikut:

  1. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;

  2. Pelajar adalah Warganegara Malaysia;

  3. Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);

  4. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;

  5. Pelajar tidak mempunyai hutang WPP

Pelajar perlu membuat permohonan di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) mulai 1 hingga 15 hari bulan sebelum bulan pendaftaran pelajar di IPTS (kelompok pertama).

Semakan boleh dibuat di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my) mulai 9 hari bulan pada bulan berikutnya selepas permohonan dibuat. Makluman juga akan dibuat melalui e-mel.

WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:

  1. Surat tawaran WPP yang dicetak daripada Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my); dan

  2. MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

WPP boleh ditunaikan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran WPP.

Contoh:

  1. Tarikh Surat Tawaran WPP: 09 Februari 2021.

  2. Tempoh Surat Tawaran WPP Ditunaikan: Mulai 09 Feb 2021 hingga 09 April 2021.

Tidak. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebagai persediaan pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

Situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP adalah seperti berikut:.

  1. Pelajar tidak meneruskan pengajian di IPT yang ditawarkan; dan

  2. Pelajar tidak meneruskan pengajian dalam program yang ditawarkan.

Sekiranya WPP tersebut telah ditunaikan, pelajar dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh lapan (8) bulan daripada tarikh tamat surat tawaran. Ta’widh sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan mulai bulan ke-9 daripada tarikh tamat surat tawaran.

Dokumen yang perlu disertakan sekiranya kehilangan MyKad adalah Kad Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Tidak boleh. Pelajar dikehendaki mencetak semula surat tawaran WPP baharu dan memastikan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran adalah lengkap.

Boleh tetapi pelajar perlu sertakan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu, sijil lahir atau surat tawaran ke IPT.

Boleh. Pelajar dikehendaki menunaikan WPP terlebih dahulu dan seterusnya mengisi borang deposit ke akaun simpanan.

Bayaran Balik

Tidak. Peminjam bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN. Tiada suatu peruntukan di dalam perjanjian yang menyebut bahawa peminjam hanya perlu membuat bayaran selepas mendapat notis daripada PTPTN.

Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat sebelum tarikh mula bayar tidak dikenakan kos upah.

Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.

Tidak boleh. Bayaran balik kurang daripada jumlah ansuran bulanan akan menyebabkan berlakunya tunggakan dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan. Peminjam disarankan hadir berunding untuk mengurangkan ansuran bulanan dengan membuat penstrukturan semula pinjaman.

Boleh. Pembayaran melebihi jumlah ansuran membolehkan peminjam menyelesaikan pinjaman lebih awal dan dapat menikmati penjimatan kos upah kerana kos upah dikenakan sehingga tarikh penyelesaian penuh dibuat.

Kaedah-kaedah bayaran balik pinjaman pendidikan seperti berikut:

i) Bayaran Balik Melalui Kaunter 

SALURAN KETERANGAN CAJ (RM) TEMPOH KEMASKINI
(HARI BEKERJA)
Kaunter PTPTN (seluruh negara) Bayaran tanpa tunai melalui Electronic Data Capture (EDC) Terminal menggunakan:

– Kad Debit Tempatan
– Kad Kredit Tempatan
– Kad Caj Tempatan

3 hari

Kaunter Ejen Bank Islam

Bank Rakyat

Pos Malaysia

CIMB Bank

Bank Simpanan Nasional (BSN)

1.00

0.50

2.00

2.00

0.50

3 hari

3 hari

7 hari

3 hari

3 hari

Kiosk PayQuik – Saluran bayaran balik pinjaman secara tunai.

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI.

1.00

1 hari

Razer Cash di 7-Eleven – Saluran bayaran balik pinjaman secara tunai.

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI.

– Pautan Razer Cash di 7-Eleven, KLIK DI SINI.

1.00

3 hari

Digi Kiosk – Saluran bayaran pinjaman secara tunai.

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI.

1.00

3 hari

e-Pay – Saluran bayaran pinjaman secara tunai.

– Perkhidmatan e-Pay boleh didapati di tempat-tempat seperti
Caltex, KK Mart 24 Jam, Mydin, myNEWS.com, PAK GROCER, Petron

1.00

1 hari

ii) Bayaran Balik Secara Dalam Talian

SALURAN KETERANGAN CAJ (RM) TEMPOH KEMASKINI
(HARI BEKERJA)
Perbankan Internet Bank Manual
Bank Islam 1.00 3 hari
Bank Rakyat 1.00 3 hari
Maybank 1.00 3 hari
Public Bank 1.00 3 hari
RHB Bank 1.00 3 hari
Pos Online 0.50 3 hari
Affin Bank 1.00 3 hari
AmBank 1.00 3 hari
Agrobank 1.00 3 hari
CIMB Bank 0.50 3 hari
Bank Simpanan Nasional 1.00 3 hari
myPTPTN

– Kemudahan bayaran secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI

3 hari
MBSB
(MBSB Bank e-wallet)

– Kemudahan bayaran secara dalam talian melalui MBSB Bank e-wallet

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI

0.50 3 hari
JomPAY

– Kemudahan bayaran secara dalam talian melalui perbankan internet dan telefon mudah alih
menggunakan akaun semasa, simpanan dan kad kredit

– Dapatkan Biller Code dan Ref-1. KLIK DI SINI

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI

– Soalan lazim, KLIK DI SINI

3 hari
MyPay

– Bayaran balik secara dalam talian dengan menggunakan mobile web

– Pautan MyPay, KLIK DI SINI

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI

1.00 3 hari
Shopee

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi Shopee.

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI.

1.00 3 hari
kiplePay

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi kiplePay

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI

1.00 3 hari
BESTPay

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi BESTPay

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI

1.00 3 hari
KelantanPAY

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui KelantanPAY

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI

0.80 3 hari
AnsaraPay

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi AnsaraPay

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI

1.00
PayHalal

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi PayHalal

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI

1.00
SpayGlobal

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi SpayGlobal

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI

0.80
IIMMPACT

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi IIMMPACT

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI

1.00 3 hari
OneCALL

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian melalui aplikasi OneCALL

– Panduan bayaran, KLIK DI SINI

1.00 3 hari
KioskMedia

– Kemudahan bayaran balik menggunakan kiosk layan diri

1.00
Boost

– Kemudahan bayaran balik secara dalam talian menggunakan aplikasi Boost

1.00
Touch n Go
(TnG e-Wallet)

– Kemudahan bayaran balik menggunakan aplikasi Touch n Go

1.00
Mcash

– Kemudahan bayaran balik menggunakan aplikasi Mcash

1.00
Portal Rasmi PTPTN
FPX



Senarai bank terlibat:

– Bank Islam
– Bank Rakyat
– Maybank
– Public Bank
– RHB Bank
– AmBank
– Hong Leong Bank
– United Overseas Bank (UOB)
– Bank Muamalat
– Affin Bank
– Alliance Bank
– CIMB Bank

Senarai kredit kad:

– Visa
– MasterCard
– American Express

1 hari

iii) Bayaran Balik Melalui Potongan Gaji

Untuk permohonan, klik di sini

iv) Bayaran Balik Melalui Debit Terus

Untuk permohonan, klik di sini

v) Bayaran Balik Melalui KWSP

Terdapat tiga (3) bayaran balik secara online iaitu:

  1. Melalui Portal Rasmi PTPTN (FPX)
  2. Melalui portal rasmi bank ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN.
  3. Melalui MypayPTPTN (www.mygovmobile.malaysia.gov.my)
  4. Melalui Aplikasi myPTPTN (myptptn.ptptn.gov.my)

Baki pinjaman pendidikan boleh disemak melalui menu e-Perkhidmatan > Bayaran Balik > Penyata Pinjaman Online di Portal Rasmi PTPTN.

Ya. PTPTN hanya akan mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran balik yang dibuat di kaunter PTPTN. Resit rasmi tidak akan dikeluarkan untuk transaksi melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN. Bukti bayaran melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan perlu dicetak dan disimpan untuk rujukan.

Kaedah bayaran balik pinjaman pendidikan beserta dengan caj bank dan tempoh kemas kini maklumat pinjaman pendidikan adalah seperti jadual di bawah:
  1. Kaunter PTPTN dan Ejen-Ejen Pungutan:
    Bil Kaunter Bayaran Caj Bank (RM) Tempoh Kemaskini (Hari Bekerja)
    1 Kaunter PTPTN (Tunai) Tiada 1 hari
    2 Electronic Data Capture (EDC) Terminal Tiada 3 hari
    3 Bank Islam 1.00 3 hari
    4 Bank Rakyat 0.50 3 hari
    5 Kaunter Pos Malaysia Berhad 2.00 7 hari
    6 CIMB Bank 2.00 3 hari
    7 Bank Simpanan Nasional (BSN) 0.50 3 hari
  2. Perbankan Internet:
    Bil Kaunter Bayaran Caj Bank (RM) Tempoh Kemaskini (Hari Bekerja)
    1 FPX di Portal Rasmi PTPTN Tiada 1 hari
    2 Bank Islam (www.bankislam.biz) 1.00 3 hari
    3 Ambank (www.ambankgroup.com.my) 0.50 3 hari
    4 Maybank (www.maybank2u.com.my) 1.00 3 hari
    5 MypayPTPTN melalui www.mygovmobile.malaysia.my 0.50 3 hari
    6 Bank Rakyat (www.irakyat.com.my) 0.50 3 hari
    7 Agrobank (www.agronet.com.my) 0.50 3 hari
    8 Public Bank (www.pbebank.com.my) 1.00 3 hari
    9 Affin Bank (www.affinonline.com) 1.00 3 hari
    10 RHB Bank (www.rhb.com.my) 1.00 3 hari
    11 CIMB Bank (www.cimbclicks.com.my) 0.50 3 hari
    12 Bank Simpanan Nasional (www.mybsn.com.my) 0.50 3 hari
Nota: Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.

Peminjam perlu mengisi Borang Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman yang boleh dimuat turun di Portal Rasmi PTPTN/ kaunter PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN. Bayaran balik selain di kaunter PTPTN hendaklah dimaklumkan kepada PTPTN untuk pengeluaran Surat Pelepasan Hutang (SPH).

Bagi kes kematian peminjam, kaedah pemulangan lebihan bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

  1. Bagi jumlah lebihan bayaran balik yang kurang daripada RM3,000 – Waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi Lebihan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; dan

  2. Bagi lebihan bayaran balik berjumlah RM3,000 dan ke atas – Waris hendaklah mengemukakan dokumen asal atau salinan dokumen berikut:

    • Geran Surat Kuasa Mentadbir/Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
    • Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
    • Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).

Simpan SSPN Prime

SSPN atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan penabungan untuk pendidikan tinggi. SSPN telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004.

Terdapat dua produk simpanan di bawah SSPN iaitu Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i) dan Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus). Simpan SSPN Prime telah dilancarkan pada Ogos 2004, sementara  Simpan SSPN Plus pula diperkenalkan pada Jun 2015, dengan penambahan elemen perlindungan takaful di samping simpanan.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan telah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.

Simpan SSPN Prime merupakan satu instrumen simpanan tanpa komitmen bulanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan pendidikan tinggi. Simpan SSPN Prime adalah berlandaskan syariah menggunakan konsep ‘Wakalah Bil Istithmar’ bermaksud mewakilkan untuk tujuan pelaburan.

Objektif Simpan SSPN Prime adalah untuk membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia bagi tujuan pendidikan tinggi sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.

Simpan SSPN Prime menawarkan pelbagai keistimewaan iaitu:

  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan individu ke atas simpanan bersih tahun semasa hingga RM8,000.00 setahun bagi akaun yang dibuka atas nama anak / anak angkat yang sah sebagai penerima manfaat.
  2. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas dengan manfaat bagi kematian/ keilatan kekal bersamaan dengan jumlah (baki) simpanan.
  3. Khairat kematian ke atas pendeposit dan penerima manfaat
  4. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
  5. Pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pendidikan tinggi (IPT) sehingga RM10,000.00 untuk satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat.
  6. Simpanan dijamin oleh kerajaan.
  7. Patuh syariah.
  8. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN.

Syarat-syarat penyertaan Simpan SSPN Prime adalah seperti berikut:

  1. Ibu/ bapa/ penjaga/ individu yang ingin menjadi pendeposit dan/ atau penerima manfaat kepada akaun Simpan SSPN Prime mestilah warganegara Malaysia.
  2. Pendeposit mencapai umur 16 tahun pada tarikh hari jadi.
  3. Bagi pembukaan akaun untuk anak angkat di bawah jagaan yang sah, surat akuan berkanun atau sijil anak angkat hendaklah disertakan bagi menikmati keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan dan geran sepadan ke institusi pendidikan tinggi (jika layak).
  4. Pendeposit boleh juga membuka akaun untuk diri sendiri.
  5. Setiap pendeposit hanya boleh membuka satu akaun untuk penerima manfaat yang sama.
  6. Penerima manfaat mestilah berumur antara 1 hari hingga sebelum mencapai umur 29 tahun.
  7. Penerima manfaat yang telah mempunyai akaun yang dibuka oleh seseorang pendeposit boleh membuka akaun bagi dirinya sendiri atau membuka akaun untuk warganegara Malaysia yang lain. Ini bermakna, seorang penerima manfaat pada masa yang sama juga boleh menjadi pendeposit.
  8. Pendeposit yang berbeza boleh membuka akaun Simpan SSPN Prime bagi penerima manfaat yang sama dan tiada had bilangan akaun bagi setiap penerima manfaat.

Syarat umur pembukaan akaun adalah seperti berikut:

Kategori 1 : Akaun dibuka oleh ibu bapa/ penjaga yang sah/ warganegara Malaysia yang lain

  • Umur Pendeposit : 16 tahun hingga 65 tahun.
  • Umur Penerima Manfaat: 1 hari sehingga mencapai umur 29 tahun.

Kategori 2 : Akaun dibuka untuk diri sendiri (Pendeposit dan penerima manfaat adalah individu yang sama)

  • Umur Pendeposit/Penerima Manfaat : 16 tahun hingga 65 tahun.

Ya. Akaun Simpan SSPN Prime boleh dibuka oleh sesiapa warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas.

Akaun Simpan SSPN Prime boleh dibuka secara online melalui aplikasi myPTPTN, di Portal Rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my), di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik.

Ya. Bilangan pembukaan akaun dihadkan hingga 10 akaun sahaja bagi pembukaan secara online. Tiada had bagi pembukaan di kaunter PTPTN.

Ya. PTPTN akan mengemukakan Slip Akuan Pembukaan Akaun Simpan SSPN Prime kepada pendeposit ke alamat yang didaftarkan sebagai bukti pengesahan pembukaan akaun Simpan SSPN Prime.

Pendeposit boleh menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000 atau mengunjungi cawangan PTPTN yang berdekatan untuk mendapatkan nombor akaun Simpan SSPN Prime. Pendeposit juga boleh memohon untuk cetakan semula slip akuan bagi memudahkan urusan.

Akaun Simpan SSPN Prime boleh juga dibuka oleh pendeposit warganegara Malaysia yang merupakan ahli keluarga terdekat (seperti datuk, nenek atau saudara mara) kepada penerima manfaat di bawah Jenis Akaun Lain-Lain. Namun begitu, akaun Simpan SSPN ini tidak layak keistimewaan pelepasan taksiran cukai pendapatan individu.

Pendeposit perlu mengisi dan melengkapkan Borang Kebenaran/ Penamatan Potongan Gaji Bulanan Simpan SSPN Prime yang boleh didapati di kaunter PTPTN atau mencetak borang tersebut melalui portal rasmi PTPTN. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada majikan dan sesalinan kepada PTPTN.

Penyata Akaun Simpan SSPN Prime boleh disemak dan dicetak melalui aplikasi myPTPTN di portal rasmi PTPTN. Semakan juga boleh dilakukan dengan menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000, hadir sendiri ke cawangan PTPTN yang berdekatan atau di cawangan Maybank, RHB Bank dan Bank Rakyat.

Simpanan Simpan SSPN Prime boleh dikeluarkan pada bila-bila masa, tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN dari semasa ke semasa.

Simpanan Simpan SSPN Prime boleh dikeluarkan dengan cara berikut:

  1. Mengisi dan melengkapkan Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakannya kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos. Borang tersebut boleh didapati di kaunter PTPTN; atau
  2. Permohonan pengeluaran secara online melalui portal rasmi PTPTN; atau
  3. Pengeluaran melalui ATM di bank yang terpilih.

Tidak. Hanya pendeposit sahaja  yang boleh membuat pengeluaran simpanan.  

Ya. Pengeluaran dihadkan sehingga maksimum RM1,000 sehari (bagi setiap akaun) melibatkan pengeluaran di Portal Rasmi sahaja. Tiada had limit bagi pengeluaran melalui kaunter PTPTN.

Tidak. Amaun pengeluaran akan dikreditkan ke akaun bank pendeposit (akaun persendirian) dalam tempoh 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap.

Tiada caj dikenakan bagi pengeluaran simpanan melalui online/ kaunter.

Boleh. Pendeposit perlu membuat permohonan pindahan dari Akaun Simpan SSPN Prime ke Akaun Pinjaman PTPTN untuk bayaran balik pinjaman PTPTN dengan mengisi Borang Pindahan Deposit / Lebihan Bayaran Balik Pinjaman yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau secara online di Portal Rasmi PTPTN.

Boleh. Pendeposit perlu mengisi Borang Pindahan Deposit/ Lebihan Bayaran Balik Pinjaman yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau Portal Rasmi PTPTN. Pindahan boleh dilakukan berdasarkan situasi berikut:

  1. Pindahan daripada akaun Simpan SSPN Prime ke akaun Simpan SSPN Prime atas pendeposit yang sama.
  2. Pindahan daripada akaun Simpan SSPN Plus ke akaun Simpan SSPN Prime atas pendeposit yang sama.
  3. Pindahan simpanan daripada akaun Simpan SSPN Prime ke akaun Simpan SSPN Plus atas pendeposit yang sama.
  4. Pindahan lebihan bayaran balik pinjaman ke akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus atas peminjam / pendeposit yang sama.
  5. Pindahan daripada akaun Simpan SSPN Prime untuk bayaran balik pinjaman atas peminjam / pendeposit yang sama.

Ya. Akaun Simpan SSPN Prime perlu ditutup apabila penerima manfaat telah mencapai umur 29 tahun. Ini kerana akaun tersebut tidak layak menikmati keistimewaan seperti insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan individu. Pendeposit boleh membuat pilihan berikut:

  1. Memilih untuk membuat penutupan dan pindah kesemua baki simpanan akaun tersebut ke akaun Simpan SSPN Prime penerima manfaat lain yang masih belum mencapai umur 29 tahun; atau
  2. Memilih untuk menutup terus akaun Simpan SSPN Prime tersebut dan kesemua baki simpanan akan dipulangkan ke akaun bank pendeposit (akaun bank persendirian).

Tidak kerana akaun tersebut akan ditutup oleh PTPTN.

Pendeposit yang layak mendapat perlindungan takaful adalah seperti berikut:

  1. Pendeposit yang berumur antara 16 tahun hingga 65 tahun;
  2. Pendeposit yang mempunyai baki simpanan sekurang-kurangnya RM1,000 dan ke atas pada tarikh kejadian

Tidak. Namun begitu sekiranya akaun tersebut masih aktif (belum ditutup) dan mempunyai baki simpanan, pendeposit masih boleh menikmati keistimewaan seperti dividen atau pelepasan taksiran cukai atau geran sepadan tertakluk kepada terma dan syarat.

 

Ada. Simpan SSPN Prime menyediakan perlindungan takaful secara percuma kepada pendeposit yang mempunyai baki simpanan RM1,000 dan ke atas serta berumur tidak melebihi 65 tahun. Perlindungan takaful ini merangkumi kematian pendeposit dan penerima manfaat serta keilatan kekal menyeluruh pendeposit. Sekiranya pendeposit mengalami keilatan kekal menyeluruh dan telah disahkan oleh pegawai perubatan, waris boleh membuat tuntutan takaful dengan mengisi Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau di portal rasmi PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada borang tersebut. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos.

Syarat tuntutan takaful bagi pendeposit yang telah meninggal dunia adalah baki simpanan mestilah RM1,000 dan ke atas dan berumur tidak melebihi 65 tahun pada tarikh kematian. Waris hendaklah mengisi Borang Permohonan Tuntutan Takaful yang boleh didapati di cawangan PTPTN atau di portal rasmi PTPTN dan menyertakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan pada borang tersebut. Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada PTPTN melalui serahan tangan atau pos.

Bagi pendeposit yang telah meninggal dunia, waris hendaklah melengkapkan dokumen berikut berdasarkan jumlah simpanan Simpan SSPN Prime semasa kematian:

Kurang daripada RM3,000

  1. Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/  Tuntutan Geran Sepadan
  2. Salinan Mykad pendeposit
  3. Salinan Mykad pendeposit
  4. Salinan sijil kematian pendeposit
  5. Borang Pengesahan Waris
  6. Borang Bon Tanggung Rugi dan dimatikan Setem Hasil bernilai RM10
  7. Salinan muka hadapan buku bank/ penyata akaun waris (akaun persendirian sahaja).

Jumlah RM3,000 dan ke atas

  1. Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan
  2. Salinan Mykad pendeposit
  3. Salinan MyKad waris
  4. Salinan sijil kematian pendeposit
  5. Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet/ Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya/ Pejabat Tanah dan Daerah/ Amanah Raya Berhad/ pihak berkuasa yang diiktiraf
  6. Salinan muka hadapan buku bank/ penyata akaun waris (akaun persendirian sahaja)

Dokumen yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada pejabat PTPTN melalui serahan tangan atau pos.

Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime untuk manfaat anak diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.

Kategori kelayakan adalah seperti berikut:

  • Taksiran Berasingan: Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 SEORANG setahun.
  • Taksiran Bersama: Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun.

Individu yang menyimpan untuk diri sendiri TIDAK LAYAK untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.

Insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa iaitu simpanan yang telah ditolak pengeluaran. Pendeposit boleh menyemak atau mencetak penyata ringkasan akaun Simpan SSPN Prime melalui e-Simpan SSPN Prime di portal rasmi PTPTN.

Geran sepadan memasuki IPT adalah insentif kewangan dalam bentuk tunai yang ditawarkan untuk menarik orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah membuat tabungan bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak. Pemberian geran sepadan bertujuan membantu keperluan anak-anak (penerima manfaat) yang berjaya melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi.

Pemberian geran sepadan adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

  1. Pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) pendeposit tidak melebihi RM4,000 semasa permohonan dibuat.
  2. Penerima manfaat telah mendaftar masuk ke mana-mana IPT dan kursus yang diiktiraf oleh kerajaan di peringkat sijil dan ke atas.
  3. Penerima manfaat belum mencecah umur 29 tahun semasa permohonan dibuat.

 
Jumlah keseluruhan geran sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000 satu keluarga.

Kelayakan pemberian geran sepadan hanya kepada pendeposit (ibu/ bapa/ penjaga) yang membuka akaun untuk anaknya sendiri atau anak jagaan yang sah. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri atau mana-mana orang lain tidak layak memohon geran sepadan ini.

Pendeposit hendaklah mengisi Borang Pengeluaran/Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan dan mengemukakan bersama dokumen berikut:

  1. *Pengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan penyata pencen/ salinan kad pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan.
  2. Salinan MyKad pasangan/ sijil kematian/ surat cerai.
  3. Salinan sijil kelahiran/ surat akuan berkanun/ sijil anak angkat penerima manfaat.
  4. *Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan resit bayaran daftar masuk ke IPT.
  5. *Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4).
  6. Sekiranya penerima manfaat mendapat tajaan pinjaman pendidikan PTPTN, dokumen 4 dan 5 tidak diperlukan.
  7. Salinan buku bank persendirian pendeposit (jika ingin dikreditkan ke akaun)

 

*dokumen 1, 4 dan 5 perlu disahkan

Permohonan geran sepadan boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian penerima manfaat dengan syarat akaun Simpan SSPN Prime semasa permohonan adalah aktif dan umur penerima manfaat belum mencapai 29 tahun semasa permohonan. Tuntutan geran sepadan selepas penutupan akaun tidak dibenarkan.

Ya, pemberian token bernilai RM100 akan diberikan sebagai dorongan dan penghargaan kerana menabung di dalam Simpan SSPN Prime.

Ya, sekiranya penerima manfaat meninggal dunia, akaun perlu ditutup.

  1. Penerima manfaat mencapai umur 29 tahun; dan
  2. Pendeposit/ penerima manfaat meninggal dunia.

Simpan SSPN Plus

SSPN atau Skim Simpanan Pendidikan Nasional merupakan satu skim atau instrumen simpanan yang direka khas oleh PTPTN bagi tujuan penabungan untuk pendidikan tinggi. SSPN telah dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos 2004.

Terdapat dua produk simpanan di bawah SSPN iaitu Simpan SSPN Prime (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i) dan Simpan SSPN Plus (dahulunya dikenali sebagai SSPN-i Plus). Simpan SSPN Prime telah dilancarkan pada Ogos 2004, sementara  Simpan SSPN Plus pula diperkenalkan pada Jun 2015, dengan penambahan elemen perlindungan takaful di samping simpanan.

Mulai 1 Januari 2012, para pelajar yang ingin memohon pinjaman pendidikan telah DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN dengan simpanan minimum sepertimana yang ditetapkan oleh PTPTN.

Simpan SSPN Plus merupakan produk terbaru PTPTN dengan kerjasama Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB) sebagai Syarikat Pengendali Takaful (SPT) bagi produk ini.

Ya. Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN iaitu di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

Simpan SSPN Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan. Pakej yang ditawarkan adalah seperti jadual:

Pakej Intan Delima Topas Zamrud Nilam Berlian
Simpanan Bulanan Simpan SSPN Plus RM20 RM40 RM90 RM180 RM270 RM200
Sumbangan Takaful RM10 RM10 RM10 RM20 RM30 RM300
Jumlah Komitmen Bulanan RM30 RM50 RM100 RM200 RM300 RM500

Simpan SSPN Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu:

  1. Produk patuh syariah;
  2. Pelepasan cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM8,000 setahun (bersekali dengan produk Simpan SSPN Prime);
  3. Pelepasan cukai ke atas sumbangan takaful bagi tahun semasa (tahun taksiran) sehingga RM3,000 setahun (bagi pekerja swasta atau penjawat awam yang memilih KWSP) atau RM7,000 setahun (bagi Penjawat Awam memilih Pencen Kerajaan);
  4. Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.
  5. Manfaat kematian dan ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000 bergantung kepada pakej dan Syarikat Pengendali Takaful (SPT);
  6. Tiada pemeriksaan kesihatan.
  7. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;
  8. Khairat kematian kepada pendeposit, pasangan dan anak-anak (maksimum 5 orang anak sahaja tertakluk kepada syarikat pengendali takaful yang dipilih);
  9. Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM250,000.00 bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih
  10. Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari bergantung kepada pakej dan SPT yang dipilih
  11. Layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN;
  12. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.
  13. Simpanan dijamin Kerajaan

Perbezaan antara produk Simpan SSPN Plus dengan Simpan SSPN Prime (dulu dikenali sebagai SSPN-i) adalah seperti berikut :

Perkara Simpan SSPN Plus Simpan SSPN Prime
Komitmen Minimum Serendah RM30/ sebulan Tiada
Sumbangan Takaful Serendah RM10 sebulan atau mengikut pakej yang dipilih. Percuma
*Layak hanya kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas
Manfaat Takaful
i. Mengikut pakej dan syarikat pengendali takaful yang dipilih
Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,200,000. Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) Ringgit ke Ringgit.
Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) sehingga RM1,000,000. Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) Ringgit ke Ringgit.
Manfaat ilat kekal separa sehingga RM200,000 Tiada
Manfaat sehingga 45 penyakit kritikal sehingga RM200,000 Tiada
Elaun kemasukan hospital sehingga RM250 sehari. Tiada
Khairat kematian* :
i. Pendeposit – sehingga RM25,000
ii. Pasangan – sehingga 12,500 dan
iii. 5 anak – sehingga RM 5,000 seorang.
Khairat kematian bagi:
i. Pendeposit – RM2,000, dan
ii. Penerima manfaat – RM500
Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan i. Sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime tahun semasa.
ii. Menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM7,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa.
i. Sehingga RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih Simpan SSPN Plus dan Simpan SSPN Prime tahun semasa.
ii. Tiada
Geran Sepadan (Insentif kemasukan ke IPT) Tiada Sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak.
Syarat Pembukaan Akaun Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
  • Diri sendiri
  • Anak Kandung, dan
  • Anak Jagaan yang sah (Anak Angkat/ Anak Tiri)
Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
  • Diri sendiri
  • Anak Kandung
  • Anak Jagaan yang sah
  • Mana-mana warganegara Malaysia yang lain berumur tidak melebihi 29 tahun

Boleh. Pendeposit yang telah mempunyai akaun Simpan SSPN Prime boleh membuka akaun Simpan SSPN Plus tanpa perlu menutup akaun Simpan SSPN Prime.

Boleh dengan syarat akaun yang dibuka melibatkan penerima manfaat berbeza yang tidak pernah mempunyai akaun SSPN-i Plus sebelum ini.

Ya. Bilangan pembukaan akaun dihadkan hingga 10 akaun sahaja bagi pembukaan secara online. Tiada had bagi pembukaan melalui kaunter PTPTN

Manfaat takaful bagi setiap pakej adalah berbeza mengikut syarikat pengendali takaful seperti berikut:

PAKEJ INTAN (RM30)
PERKARA MANFAAT TAKAFUL
GETB HLMT TIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

25,000.00


50,000.00

50,000.00

75,000.00

30,000.00


60,000.00

60,000.00

60,000.00

24,000.00


48,000.00

48,000.00

48,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)


25,000.00

50,000.00

25,000.00


30,000.00

60,000.00

10,000.00

10,000.00


24,000.00

48,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi


12,500.00

45


12,000.00

36


12,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu


25.00

52


25.00

52


20.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi


2,800.00

2,800.00


1,200.00

5


3,000.00

3,000.00


1,500.00

3


4,000.00

4,000.00


2,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan


12,500.00



100.00

PAKEJ DELIMA (RM50)
PERKARA MANFAAT TAKAFUL
GETB HLMT TIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

25,000.00


50,000.00

50,000.00

75,000.00

30,000.00


60,000.00

60,000.00

60,000.00

24,000.00


48,000.00

48,000.00

48,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)


25,000.00

50,000.00

25,000.00


30,000.00

60,000.00

10,000.00

10,000.00


24,000.00

48,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi


12,500.00

45


12,000.00

36


12,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu


25.00

52


25.00

52


20.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi


2,800.00

2,800.00


1,200.00

5


3,000.00

3,000.00


1,500.00

3


4,000.00

4,000.00


2,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan


12,500.00



100.00

PAKEJ TOPAS (RM100)
PERKARA MANFAAT TAKAFUL
GETB HLMT TIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

25,000.00


50,000.00

50,000.00

75,000.00

30,000.00


60,000.00

60,000.00

60,000.00

24,000.00


48,000.00

48,000.00

48,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)


25,000.00

50,000.00

25,000.00


30,000.00

60,000.00

10,000.00

10,000.00


24,000.00

48,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi


12,500.00

45


12,000.00

36


12,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu


25.00

52


25.00

52


20.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi


2,800.00

2,800.00


1,200.00

5


3,000.00

3,000.00


1,500.00

3


4,000.00

4,000.00


2,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan


12,500.00



100.00

PAKEJ ZAMRUD (RM200)
PERKARA MANFAAT TAKAFUL
GETB HLMT TIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

50,000.00


100,000.00

100,000.00

150,000.00

60,000.00


120,000.00

120,000.00

120,000.00

48,000.00


96,000.00

96,000.00

96,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)


50,000.00

100,000.00

50,000.00


60,000.00

120,000.00

20,000.00

20,000.00


48,000.00

96,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi


25,000.00

45


24,000.00

36


24,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu


50.00

52


50.00

52


40.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi


3,000.00

3,000.00


1,500.00

5


3,000.00

3,000.00


1,500.00

3


4,000.00

4,000.00


2,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan


25,000.00



200.00

PAKEJ NILAM (RM300)
PERKARA MANFAAT TAKAFUL
GETB HLMT TIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

75,000.00


150,000.00

150,000.00

225,000.00

90,000.00


180,000.00

180,000.00

180,000.00

72,000.00


144,000.00

144,000.00

144,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)


75,000.00

150,000.00

75,000.00


90,000.00

180,000.00

30,000.00

30,000.00


72,000.00

144,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi


37,500.00

45


36,000.00

36


36,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu


70.00

52


75.00

52


60.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi


3,000.00

3,000.00


1,500.00

5


3,000.00

3,000.00


1,500.00

3


4,000.00

4,000.00


2,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan


37,500.00



300.00

PAKEJ BERLIAN (RM500)
PERKARA MANFAAT TAKAFUL
GETB HLMT TIFB

Kematian

Biasa (RM)

Kemalangan

– Kemalangan di Malaysia (RM)

– Kemalangan di Malaysia di dalam pengangkutan awam (RM)

– Kemalangan di luar Malaysia (RM)

1,000,000.00


1,000,000.00

1,000,000.00

1,000,000.00

600,000.00


1,200,000.00

1,200,000.00

1,200,000.00

500,000.00


1,000,000.00

1,000,000.00

1,000,000.00

Keilatan

Ilat Kekal Biasa (RM)

Ilat Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Kemalangan (RM)

Ilat Separa Kekal Biasa (RM)


1,000,000.00

1,000,000.00

200,000.00

200,000.00


600,000.00

1,200,000.00

100,000.00

100,000.00


500,000.00

1,000,000.00

200,000.00

200,000.00

Penyakit Kritikal

Amaun perlindungan (RM)

Jumlah penyakit dilindungi


200,000.00

45


120,000.00

36


200,000.00

36

Manfaat Pendapatan Hospital

Amaun perlindungan/ sehari (RM)

Bilangan minggu


250.00

52


250.00

52


200.00

52

Khairat Kematian

1. Pendeposit (RM)

2. Pasangan (RM)

3. Anak

Amaun perlindungan (RM)

Bilangan anak yang dilindungi


25,000.00

12,500.00


5,000.00

5


20,000.00

10,000.00


3,000.00

3


25,000.00

12,500.00


5,000.00

3

Lain-lain manfaat

Penyakit Terminal

Manfaat Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan

Manfaat penghantaran balik jenazah


200,000.00

10,000.00



3,000.00

Syarat bagi Pendeposit :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Mencapai umur 16 tahun sehingga sehari sebelum mencapai umur 69 tahun (mengikut syarikat pengendali takaful yang dipilih); dan
  3. Boleh membuka akaun untuk diri sendiri (sebagai penerima manfaat) tetapi tidak boleh mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.

Syarat bagi Penerima Manfaat :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Hubungan dengan pendeposit hendaklah sama ada anak kandung/ anak tiri/ anak angkat; dan
  3. Berumur 1 hari sehingga sehari sebelum mencapai umur 29 tahun (untuk layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan).

Had umur pembukaan akaun Simpan SSPN Plus mengikut Syarikat Pengendali Takaful adalah berikut :

Syarikat Pengendali Takaful Had Umur Maksimum Pendeposit bagi Pembukaan Akaun
HLMT
TIFB
Sehingga sebelum mencapai 65 tahun
GETB Sehinga sebelum mencapai 69 tahun

Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun. Namun begitu bagi pembukaan akaun Pakej Berlian, bakal pendeposit perlu menjawab tiga (3) soalan kesihatan yang terdapat pada borang pembukaan akaun. Jika terdapat jawapan YA bagi salah satu soalan, bakal pendeposit TIDAK LAYAK menyertai Pakej Berlian dan dinasihatkan untuk menyertai pakej yang lain yang ditawarkan.

Bilangan akaun bagi pakej Berlian yang boleh dibuka adalah berbeza mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) seperti berikut :

Syarikat
Pengendali Takaful (SPT)
Had Bilangan Akaun Pakej Berlian
HLMT Dua (2)
GETB
TIFB
Satu (1)

Had umur perlindungan untuk pendeposit Simpan SSPN Plus adalah berbeza mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) seperti berikut:

Syarikat Pengendali Takaful (SPT) Had Umur Perlindungan
HLMT
TIFB
Sehingga sehari sebelum mencapai 66 tahun
GETB Sehingga sehari sebelum mencapai 70 tahun
Berikut adalah saluran/kaedah yang disediakan:
Saluran Simpan Caj
Kaunter PTPTN :
  • Secara tunai
  • Kad kredit
  • Kad debit
  • Kad ATM
Tiada
Potongan Gaji
  • Awam (JANM)
  • Swasta (Agensi)
Tiada
Auto Debit
  • Bank Islam (BIMB)
  • Maybank
  • RHB Bank
  • CIMB Bank
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Tiada
  • Tiada
  • RM0.53 per transaksi
  • Tiada
  • RM1.00 untuk pendaftaran (sekali sahaja). RM0.53 per transaksi
Perbankan Internet
  • Maybank2u
  • CIMB Clicks
Tiada
JomPay
  • Klik di sini untuk 40 bank terlibat.
Tiada
SSPN-i Plus online
  • Rakan Niaga Affliate (RNA)
  • Ejen Pemasaran Online (EPO)
Tiada
Direct Debit
  • Klik di sini untuk senarai bank terlibat.
Tiada

Pengeluaran hanya boleh dibuat bagi simpanan di Bahagian Simpanan sahaja. Pengeluaran hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun daripada tarikh pembukaan akaun pada bila-bila masa dengan jumlah minimum simpanan yang perlu dikekalkan dalam akaun adalah sebanyak RM1,000 (tertakluk syarat-syarat lain yang ditetapkan dari masa ke semasa).

Ya. Pengeluaran hanya dibenarkan sehingga maksimum RM 1,000 sehari bagi setiap akaun untuk pengeluaran secara dalam talian (online) di Portal Rasmi. Sekiranya pendeposit berhasrat membuat pengeluaran melebihi amaun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran di kaunter pejabat cawangan PTPTN.

Tidak. Pengeluaran simpanan akaun Simpan SSPN Plus akan di kredit terus ke akaun bank pendeposit.

Tidak. Hanya pendeposit sahaja yang boleh membuat pengeluaran simpanan.

Syarat-syarat pengeluaran adalah seperti berikut :

  • Pengeluaran hanya melibatkan amaun simpanan sahaja dan tidak melibatkan amaun takaful.
  • Pengeluaran boleh dilakukan selepas tiga (3) tahun dari tarikh pembukaan akaun; dan
  • Akaun Simpan SSPN Plus hendaklah berbaki RM1,000.00 selepas pengeluaran; dan
  • Had maksimum pengeluaran adalah RM1,000 sehari per akaun.

Pendeposit boleh membuat pengeluaran melalui kaedah seperti berikut :

Kaunter Permohonan Online Pos

Perlu mengisi:

  • Slip Pengeluaran akaun Simpan SSPN Plus
  • Borang yang lengkap diisi perlu dikemukakan kepada Pejabat PTPTN Negeri/ Cawangan
  • Membuat permohonan pengeluaran deposit secara atas talian melalui portal rasmi PTPTN atau aplikasi myPTPTN.
  • Had pengeluaran / pindahan simpanan adalah sehingga RM1,000 sehari per akaun. 
  • Sekiranya pendeposit berhasrat untuk membuat pengeluaran / pindahan deposit melebihi had yang ditetapkan, pendeposit boleh membuat permohonan pengeluaran / pindahan di kaunter pejabat PTPTN. 

Perlu mengisi:

  • Slip  Pengeluaran akaun Simpan SSPN Plus.
  • Slip yang lengkap boleh dikemukakan di kaunter PTPTN.

Dihantar ke Ibu Pejabat PTPTN di alamat:

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Tingkat Bawah Menara PTPTN, Blok D, Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur.  

Pendeposit diberikan tempoh ihsan selama 60 hari untuk menyelesaikan tunggakan tersebut. Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima selepas tempoh ihsan, akaun akan ditutup serta-merta.

Sekiranya penerima manfaat meninggal dunia, akaun akan ditutup dan semua keistimewaan akan terbatal kecuali manfaat khairat kematian.

Tidak. Pendeposit tidak akan menerima apa-apa penentusahan keahlian daripada PTPTN. Walau bagaimanapun, pendeposit akan menerima Sijil Takaful (Certificate Schedule) yang dihantar oleh Syarikat Pengendali Takaful secara e-mel dalam tempoh 30 hari (sebulan) daripada tarikh pembukaan akaun.

Penyakit kritikal yang dilindungi adalah bergantung pada syarikat pengendali takaful yang dipilih. Berikut adalah penyakit-penyakit kritikal yang dilindungi oleh Syarikat Pengendali Takaful:

Bil. Syarikat Pengendali Takaful/ Penyakit Kritikal GETB HLMT TIFB
1 Alzheimer/ dementia teruk/ gangguan otak degeneratif organik tidak boleh pulih / / /
2 Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari / / /
3 Meningitis Bakteria / / /
4 Tumor Otak Benigna – Keterukan tertentu / / /
5 Buta – kekal dan tidak boleh pulih / / /
6 Pembedahan otak / / /
7 Kanser – keterukan tertentu dan tidak melindungi kanser tahap awal / / /
8 Kardiomiopati – keterukan tertentu / / /
9 Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan kekal sumsum tulang / / /
10 Koma – mengakibatkan defisit neurologi kekal dengan symptom klinikal yang berterusan / / /
11 Pembedahan pintasan arteri koronari / / /
12 Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih / / /
13 Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian / / /
14 Kegagalan hati tahap akhir / / /
15 Penyakit paru-paru tahap akhir / / /
16 AIDS dengan gejala penuh /
17 Hepatitis Viral/Virus Fulminan / / /
18 Serangan jantung – keterukan tertentu / / /
19 Pembedahan Injap Jantung / / /
20 Jangkitan HIV melalui Transfusi Darah / / /
21 Kegagalan buah pinggang – memerlukan dialysis atau transplan buah pinggang / / /
22 Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (berdikari) /
23 Hilang keupayaan bertutur / / /
24 Trauma Kepala Major (Teruk) –  mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian / / /
25 Transplan Organ Utama/ Sumsum tulang / / /
26 Penyakit neuron motor – defisit neurologi kekal dengan symptom klinikal berterusan / / /
27 Sklerosis Multipel / / /
28 Distrofi otot / / /
29 Kelumpuhan anggota / / /
30 Penyakit Parkinson – mengakibatkan ketidakupayaan kekal untuk melakukan aktiviti kehidupan harian / / /
31 Hipertensi Arteri Pulmunori Primer – keterukan tertentu / / /
32 Penyakit arteri koronari serius / / /
33 Strok/ Angin Ahmar – mengakibatkan deficit neurologi kekal dengan symptom-simptom klinikal berterusan / / /
34 Pembedahan Aorta / / /
35 Lupus Eritematosus Sistematik dengan komplikasi buah pinggang yang teruk / / /
36 Kelecuran tahap ketiga – keterukan tertentu / / /
37 Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui pekerjaan /
38 Penyakit Terminal (membawa maut) / / /
39 Penyakit Sistik Medular / / /
40 Sindrom Apallic (iaitu keadaan Vegetatif Berterusan) /
41 Poliomielitis /
42 Skleroderma Progresif /
43 Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik /
44 Elefantiasis (PenyaKit Untut) /
45 Penyakit Creutzfeldt- Jakob (Penyakit Lembu Gila) /

Boleh terhad kepada pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam sahaja serta tertakluk kepada tempoh menunggu yang ditetapkan oleh Syarikat Pengendali Takaful yang dipilih.

Tempoh menunggu bagi Simpan SSPN Plus adalah mengikut jenis manfaat takaful dan Syarikat Pengendali Takaful seperti berikut:

 

MANFAAT

TEMPOH MENUNGGU MENGIKUT SPT
HLMT GETB TIFB
Kematian Biasa

– Perlindungan serta merta

– Pakej Berlian : 3 bulan dari tarikh kuat kuasa.

– Perlindungan Serta Merta

-Selain Pakej Berlian 12 bulan untuk penyakit sedia ada

– Perlindungan serta merta (selain untuk penyakit sedia ada)

– Pakej Berlian 3 bulan

Kematian Akibat Kemalangan – Perlindungan Serta Merta – Perlindungan Serta Merta – Perlindungan Serta Merta
Keilatan Kekal Biasa – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa untuk keadaan sedia ada – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (keadaan sedia ada) – 6 bulan untuk penyakit sedia ada
Keilatan Kekal Akibat Kemalangan – Perlindungan Serta Merta – Perlindungan Serta Merta – Perlindungan Serta Merta
Keilatan Separa Kekal Biasa

– Biasa – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa untuk keadaan sedia ada

– Kemalangan – Perlindungan Serta Merta

– Pakej Berlian sahaja : 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (keadaan sedia ada)

– Pakej Berlian perlindungan serta merta

– Selain Pakej Berlian 12 bulan untuk penyakit sedia ada

– Perlindungan serta merta (selain untuk penyakit sedia ada.

Keilatan Separa Kekal Akibat Kemalangan – Perlindungan Serta Merta – Tiada
Penyakit Kritikal

– Kanser dan Penyakit Berkaitan

– Jantung – 60 hari dari tarikh kuat kuasa

– Penyakit Lain – 30 hari dari tarikh kuat kuasa

– Keadaan Sedia Ada – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa

– 30 hari dari tarikh kuat kuasa (untuk Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari, Kanser, Angioplasti dan Rawatan Pembedahan Lain untuk Penyakit Arteri Koronari Utama, Penyakit Koronari Arteri Lain yang Serius)

– 60 hari dari tarikh kuat kuasa (untuk penyakit kritikal lain)

– 30 hari dari tarikh kuat kuasa bulan untuk (penyakit khusus)

– 60 hari dari tarikh kuat kuasa bulan untuk (penyakit khusus)

Elaun Kemasukan Hospital

– Kemalangan – Perlindungan Serta Merta

– Penyakit Khusus – 120 hari dari tarikh kuat kuasa

– Penyakit Lain – 30 hari dari tarikh kuat kuasa

– Keadaan Sedia Ada – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa

– 30 hari dari tarikh kuat kuasa (disebabkan oleh secara semula jadi)

– 120 hari dari tarikh kuat kuasa ( penyakit khusus)

– Perlindungan serta-merta (akibat kemalangan)

– Kemalangan – Perlindungan serta-merta

– Penyakit – 30 hari dari tarikh kuat kuasa

– Penyakit Khusus – 120 hari dari tarikh kuat kuasa

– 180 hari untuk setiap satu kemasukkan hospital

– 365 hari untuk sepanjang tempoh perlindungan

Khairat Kematian – Keadaan Sedia Ada – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (hanya untuk Pendeposit). Anak dan pasangan tiada tempoh menunggu – Perlindungan Serta Merta – Keadaan Sedia Ada – 12 bulan dari tarikh kuat kuasa (hanya untuk Pendeposit). Anak dan pasangan tiada tempoh menunggu
Penyakit Terminal – Tidak berkaitan – 30 hari dari tarikh kuat kuasa – Tidak berkaitan

Tidak. Elaun kemasukan hospital tidak terhad dalam Malaysia sahaja. Elaun juga layak dituntut bagi kemasukan hospital di luar negara selagi kunjungan tersebut bukan atas tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, kemasukan hospital di Singapura dibayar bagi tujuan perubatan.

Ya, selagi anggota beruniform tidak terlibat secara langsung dalam tugasan peperangan/ rusuhan, rusuhan awam sama ada diisytihar atau tidak

Boleh. Pendeposit boleh membuka akaun untuk diri sendiri tertakluk kepada syarat pembukaan akaun yang ditetapkan

Tidak boleh. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri hanya boleh mempunyai satu akaun sahaja.

Ya. Penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun dengan syarat akaun dibuka oleh pendeposit berbeza sama ada ibu atau bapa atau penjaga yang sah (ibu bapa tiri/ ibu bapa angkat).

Tidak boleh. Pendeposit hendaklah menutup akaun sedia ada dan membuka akaun yang baharu dengan pakej yang hendak dipilih.

Manfaat kematian akan dibayar bagi kelima-lima akaun yang dibuka oleh pendeposit.

Contoh:
Bagi kematian biasa, sekiranya kelima-lima akaun tersebut adalah akaun Delima di bawah syarikat pengendali takaful HLMT, jumlah keseluruhan manfaat kematian yang dibayar adalah sebanyak RM150,000 (RM30,000 x 5 akaun). Manfaat tersebut akan dimasukkan semula ke dalam akaun masing-masing dan bayaran kepada waris akan dibuat mengikut proses penutupan

Waris atau Penama (yang didaftar di PTPTN) boleh membuat tuntutan.

Pasangan hendaklah memenuhi syarat berikut:

  1. Hubungan adalah sah dan diiktiraf dari segi undang-undang;

  2. Berumur 18 tahun sehingga sebelum mencapai had umur perlindungan 70 tahun (mengikut Syarikat Pengendali Takaful (SPT) yang dipilih);

  3. Bagi tuntutan atas isteri (jika mempunyai lebih dari seorang isteri yang sah), khairat diberikan ke atas isteri yang mana meninggal dahulu.

 

Anak hendaklah memenuhi syarat berikut:

  1. Hubungan adalah sah dan diiktiraf dari segi undang-undang; 
  2. Berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai 29 tahun. 

Bagi kes kematian pendeposit, kaedah pemulangan simpanan dan pembayaran manfaat takaful oleh syarikat pengendali takaful adalah seperti berikut:

  1. Bagi jumlah simpanan atau manfaat yang kurang daripada RM3,000 – waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; atau

  2. Bagi jumlah simpanan atau manfaat takaful RM3,000 dan ke atas – Pengeluaran wang deposit dari akaun si mati bagi baki semasa simpanan berjumlah RM3,000 dan ke atas (termasuk manfaat takaful dan dividen) dengan mengemukakan dokumen asal atau salinan

    • Geran Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
    • Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
    • Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).

Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dan diserahkan kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT).

Sekiranya pendeposit telah mencapai had umur maksimum perlindungan tertakluk kepada Syarikat Pengendali Takaful (SPT), akaun pendeposit akan ditutup.

  1. Mempunyai akaun tertunggak melebihi 90 hari;
  2. Penerima manfaat mencapai umur 29 tahun; dan
  3. Pendeposit/ penerima manfaat meninggal dunia.

Hubungi Saya

Sebarang pertanyaan berkaitan Pinjaman Pendidikan dan Simpan SSPN, hubungi saya melalui saluran e-mel atau WhatsApp seperti berikut:

Sila isi maklumat di bawah:

0 Aksara

*PDF, PNG, JPG atau JPEG sahaja dan tidak melebihi 2MB

Anda juga boleh ikuti saya di media sosial

Mudah, Cepat & Selamat

Capaian e-perkhidmatan PTPTN kini di hujung jari anda

  • Pembukaan Akaun Simpanan
  • Penambahan Simpanan
  • Permohonan Debit Terus/ Potongan Gaji
  • Semakan Penyata Simpanan/ Pinjaman
  • Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman
  • Surat Penyelesaian Hutang (SPH), dan banyak lagi

Nota: Sila masukkan Kod Eksekutif PTPTN: 000002008 di ruangan yang disediakan.