Nikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000* dengan membuat simpanan di Simpan SSPN sekali gus layak sertai Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025 selewat-lewatnya 31 Disember 2025.
Nikmati pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000* dengan membuat simpanan di Simpan SSPN sekali gus layak sertai Cabutan WOW! Simpan SSPN 2025 selewat-lewatnya 31 Disember 2025.
Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000* atas simpanan bersih tahun semasa layak dinikmati oleh pendeposit Simpan SSPN untuk 3 tahun berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2025 sehingga 2027.
Simpan SSPN satu-satunya simpanan yang mempunyai simpanan takaful
Simpanan yang dipercayai oleh rakyat Malaysia dan dijamin Kerajaan
Sebagai galakkan ibu bapa untuk menyimpan bagi tujuan pendidikan anak
Ibu/ bapa dan ibu/ bapa angkat/ penjaga yang sah daripada segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN untuk manfaat anak (penerima manfaat) diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000* setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.
Individu yang menyimpan untuk diri sendiri TIDAK LAYAK untuk mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan.
Pelepasan taksiran cukai atas simpanan bersih Simpan SSPN layak dituntut oleh salah seorang pendeposit (sama ada ibu atau bapa kepada penerima manfaat)
Pelepasan taksiran cukai atas simpanan bersih Simpan SSPN boleh dituntut bersama-sama oleh ibu dan bapa
Ibu/bapa atau ibu/bapa angkat atau penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun Simpan SSPN Prime atau/dan Simpan SSPN Plus untuk manfaat anak (penerima manfaat) diberi pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun berdasarkan jumlah simpanan bersih tahun semasa.
Ya. Pendeposit Simpan SSPN layak mendapat insentif pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih tahun semasa sehingga tahun taksiran 2027.
Kategori kelayakan adalah seperti berikut:
a. Taksiran Berasingan: Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun oleh salah seorang (ibu atau bapa) bagi akaun Simpan SSPN yang dibuka untuk penerima manfaat (anak).
Pendeposit Ayah: Syamel bin Yusoff | Pendeposit Ibu: Farrah binti Mustafa |
Penerima manfaat: Eyman bin Syamel | Penerima manfaat: Eyman bin Syamel |
Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa bagi ibu atau bapa. Hanya seorang layak menuntut (terhad kepada amaun yang dibelanjakan) |
b. Taksiran Bersama: Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun bagi akaun Simpan SSPN yang dibuka untuk penerima manfaat (anak).
Pendeposit Ayah: Ameer bin Adnan | Pendeposit Ibu: Raihana binti Rahman |
Penerima manfaat: Aqil bin Ameer | Penerima manfaat: Aqil bin Ameer |
Pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga maksimum RM8,000 setahun berdasarkan simpanan bersih tahun semasa atas taksiran bersama. Perbelanjaan pasangan disifatkan dibelanjakan oleh suami/ isteri dan terhad kepada amaun yang didepositkan. |
Tuntutan pelepasan taksiran cukai boleh dibuat atas akaun penerima manfaat (anak) sehingga tahun sebelum umurnya mencapai umur 29 tahun (mengikut tahun tarikh lahir anak).
Pendeposit akaun Simpan SSPN boleh menyemak simpanan bersih deposit simpanan yang layak pelepasan taksiran cukai pendapatan melalui portal rasmi laman web PTPTN atau aplikasi myPTPTN. Melalui aplikasi myPTPTN juga, pendeposit boleh mencetak atau menyimpan Penyata Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan Simpan SSPN.
“Bagaimana Cara Mendapatkan Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan dengan Simpan SSPN?”