Aktiviti menarik sepanjang #BMS2023

Jom sertai semua aktiviti menarik ini dan jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman program yang luar biasa!

Hadiah Tunai Keseluruhan RM75,000 Untuk 66 Orang Pemenang

Terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN! Jangan lepaskan peluang untuk sertai Cabutan BMS 2023 bagi merebut peluang bawa pulang hadiah tunai lumayan. Lebih banyak menyimpan di Simpan SSPN, lebih banyak peluang menang!

Tempoh kempen: 1 Oktober 2023 - 31 Oktober 2023

Jangan lupa hashtag

#BMS2023 #WorldSavingsDay #PeluangKejayaanAnda

Dengan kerjasama

Lebih banyak menyimpan,
lebih tinggi ganjaran!

Muat turun myPTPTN secara percuma sekarang dan lakukan transaksi tanpa sempadan

Muat turun hari ini

Imbas atau klik kod QR untuk muat turun myPTPTN

Kini boleh didapati

Hak Cipta Terpelihara © 2023 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

Pertandingan Robotik (Inovasi)

Pertandingan Robotik (inovasi) kami bertujuan untuk mencungkil kreativiti dalam dunia robotik di kalangan kanak-kanak. Kami mengalu-alukan semua sekolah rendah dan menengah untuk menyertai dan menunjukkan peluang untuk berimaginasi, berinovasi, dan meneroka potensi sebenar dalam dunia robotik.

Pertandingan adalah secara TERTUTUP kepada peserta berumur 7-12 tahun dan akan diadakan pada 7 Oktober 2023 (Sabtu)  bertempat di KTCC Mall, Kuala Terengganu.

Pertandingan Mewarna Simpan SSPN

Pertandingan ini diadakan bagi kanak-kanak di Peringkat Sekolah Rendah bagi mengetengahkan bakat kreativiti anak-anak di samping memupuk dan memberi gambaran kepada anak-anak bahawa pentingnya amalan menabung. Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlu mewarna lukisan yang disediakan semasa hari pertandingan.

Penyertaan pertandingan ini adalah secara TERTUTUP kepada Sekolah Tadika dan Sekolah Rendah. Pertandingan akan diadakan pada 07 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di KTCC Mall, Kuala Terengganu.

Pertandingan Simpan SSPN Got Talent

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat kanak-kanak. Persembahan adalah berbentuk apa jua bakat yang dimiliki seperti pandai bercerita, bersyair/ berpuisi, menari, menyanyi, silap mata, berlakon, melakukan aksi akrobatik, standup comedy dan lain-lain.

Penyertaan pertandingan ini adalah secara TERTUTUP kepada peserta berumur 7-12 tahun. Pertandingan akan diadakan pada  07 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di KTCC Mall, Kuala Terengganu.

Jenga Family Competition SImpan SSPN

Jenga Family Competition Simpan SSPN adalah pertandingan secara terbuka yang disertai secara berkumpulan dengan melibatkan ahli keluarga dan bertujuan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Pertandingan ini akan diadakan pada 07 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di KTCC Mall, Kuala Terengganu.

BMS Hints Challenge

BMS Hints Challenge merupakan slot interaksi bersama pengikut media sosial di Facebook rasmi PTPTN dengan mengumpul empat (4) hints yang akan diberikan melalui sesi siaran langsung sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023.

Hantar Hints melalui minisite BMS 2023 bermula 1 Oktober 2023 sehingga 22 Oktober 2023 dan menangi hadiah keseluruhan bernilai RM6,000.

Pasport BMS

Buat julung kalinya, slot istimewa Pasport BMS diadakan khas buat pengunjung BMS 2023*. Anda hanya perlu melengkapkan kesemua checkpoint dengan menjawab beberapa soalan mudah pada setiap checkpoint untuk mendapatkan cop.

Matlamat anda? Kumpulkan kesemua cop untuk melengkapkan Pasport BMS dan terima cenderamata edisi BMS daripada PTPTN pada checkpoint yang terakhir.

Terhad kepada 100 orang peserta terawal.

*Pasport BMS hanya melibatkan negeri yang terpilih sahaja.

Pertandingan Robotik (Inovasi)

Pertandingan Robotik (inovasi) kami bertujuan untuk mencungkil kreativiti dalam dunia robotik di kalangan kanak-kanak. Kami mengalu-alukan semua sekolah rendah dan menengah untuk menyertai dan menunjukkan peluang untuk berimaginasi, berinovasi, dan meneroka potensi sebenar dalam dunia robotik.

Pertandingan adalah secara TERBUKA kepada peserta berumur 7-12 tahun dan akan diadakan pada  07 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Mydin Tunjong Kota Bharu, Kelantan.

Pertandingan Mewarna Simpan SSPN

Pertandingan ini diadakan bagi kanak-kanak di Peringkat Sekolah Rendah bagi mengetengahkan bakat kreativiti anak-anak di samping memupuk dan memberi gambaran kepada anak-anak bahawa pentingnya amalan menabung. Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlu mewarna lukisan yang disediakan semasa hari pertandingan.

Penyertaan pertandingan ini adalah secara TERTUTUP kepada Sekolah Tadika dan Sekolah Rendah. Pertandingan akan diadakan pada 07 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Mydin Tunjong Kota Bharu, Kelantan.

Pertandingan Simpan SSPN Got Talent

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat kanak-kanak. Persembahan adalah berbentuk apa jua bakat yang dimiliki seperti pandai bercerita, bersyair/ berpuisi, menari, menyanyi, silap mata, berlakon, melakukan aksi akrobatik, standup comedy dan lain-lain.

Penyertaan pertandingan ini adalah secara TERTUTUP kepada peserta berumur 7-12 tahun. Pertandingan akan diadakan pada 7 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Mydin Tunjong Kota Bharu, Kelantan.

Jenga Family Competition SImpan SSPN

Jenga Family Competition Simpan SSPN adalah pertandingan secara terbuka yang disertai secara berkumpulan dengan melibatkan ahli keluarga dan bertujuan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Pertandingan ini akan diadakan pada 07 September 2023 (Sabtu) bertempat di Mydin Tunjong Kota Bharu, Kelantan.

HAPPY HOUR

Tawaran hebat! Dapatkan cenderamata eksklusif BMS2023 khas buat pendeposit Simpan SSPN yang telah membuka akaun atau tambah simpanan di akaun Simpan SSPN.

Slot ini adalah terhad! Jom temui kami di Sunway Pyramid Mall, Selangor dan rebut cenderamata EKSKLUSIF di slot Happy Hour! seperti berikut:

TARIKH MASA
28 September 2023 (Khamis) 2:30 PM – 3:00 PM
6:30 PM – 7:00 PM
29 September 2023 (Jumaat) 2:00 PM – 2:30 PM
4:30 PM – 5:00 PM
30 September 2023 (Sabtu) 6:00 PM – 6:30 PM
8:00 PM – 8:30 PM
1 Oktober 2023 (Ahad) 5:30 PM – 6:30 PM

Persembahan Dikir Barat

Dengan penuh kebanggaan, kami membawa kepada anda persembahan Dikir Barat yang luar biasa dalam roud tour BMS 2023 di negeri Kelantan, untuk pertama kalinya! Jangan lupa bawa bersama anak-anak, rakan-rakan, dan keluarga tercinta untuk menikmati keindahan seni ini bersama-sama. 

Persembahan ini akan diadakan dari pukul 3:15 sehingga 3:45 petang. Tunggu apa lagi? Jom sertai kami dalam persembahan Dikir Barat yang pastinya akan mengukuhkan cinta anda kepada seni dan kebudayaan Kelantan. 

Persembahan Tarian Tradisional

Sempena BMS 2023 di negeri Kelantan, kami juga bawakan anda Persembahan Tarian Tradisional. Persembahan ini merupakan Tarian Asyik adalah sejenis tarian klasik (daerah) Kelantan yang pada asalnya dipersembahkan di istana (Raja-Raja Kelantan) dan barisan penarinya ialah kalangan dayang istana. Ingin saksikan bagaimana persembahan tarian tradisional ini dipersembahkan? 

Jom sama-sama hadir BMS 2023 di negeri Kelantan. Jangan lupa hadir pada 7 Oktober 2023 bertempat di Mydin Tunjung, Kota Bharu, Kelantan

Pertandingan Robotik (Inovasi)

Pertandingan Robotik (inovasi) kami bertujuan untuk mencungkil kreativiti dalam dunia robotik di kalangan kanak-kanak. Kami mengalu-alukan semua sekolah rendah dan menengah untuk menyertai dan menunjukkan peluang untuk berimaginasi, berinovasi, dan meneroka potensi sebenar dalam dunia robotik.

Pertandingan adalah secara TERBUKA kepada peserta berumur 7-12 tahun dan akan diadakan pada 7 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Kuantan City Mall, Pahang. 

Pertandingan Mewarna Simpan SSPN

Pertandingan ini diadakan bagi kanak-kanak di Peringkat Sekolah Rendah bagi mengetengahkan bakat kreativiti anak-anak di samping memupuk dan memberi gambaran kepada anak-anak bahawa pentingnya amalan menabung. Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlu mewarna lukisan yang disediakan semasa hari pertandingan.

Penyertaan pertandingan ini adalah secara TERTUTUP kepada Sekolah Rendah yang terpilih sahaja. Pertandingan akan diadakan pada 7 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Kuantan City Mall, Pahang.

Pertandingan Simpan SSPN Got Talent

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat kanak-kanak. Persembahan adalah berbentuk apa jua bakat yang dimiliki seperti pandai bercerita, bersyair/ berpuisi, menari, menyanyi, silap mata, berlakon, melakukan aksi akrobatik, standup comedy dan lain-lain.

Penyertaan pertandingan ini adalah secara TERTUTUP kepada peserta berumur 7-12 tahun. Pertandingan akan diadakan pada 7 Oktober 2023 (Sabtu) bertempat di Kuatan City Mall, Pahang. 

Jenga Family Competition SImpan SSPN

Jenga Family Competition Simpan SSPN adalah pertandingan secara terbuka yang disertai secara berkumpulan dengan melibatkan ahli keluarga dan bertujuan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Pertandingan ini akan diadakan pada 7 Oktober 2023 (Sabtu)  bertempat di Kuantan City Mall, Pahang. 

Clown Show

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan badut untuk mencipta bentuk-bentuk kreatif melalui belon! Mereka akan menghasilkan seni belon yang mengagumkan dan menghiburkan sekali gus menjadikan pengalaman anda di BMS 2023 kali ini lebih berwarna-warni. 

Ayuh, hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk saksikan pertunjukan badut yang mencuit hati dan menghiburkan semua pengunjung dan sertai acara kami yang penuh dengan kegembiraan!

Persembahan Kebudayaan

Persembahan kebudayaan istimewa yang akan disediakan secara eksklusif untuk pengunjung di negeri Pahang sempena BMS 2023! Acara ini adalah satu penghormatan kepada warisan budaya yang kaya dan beraneka ragam yang diwarisi dari generasi ke generasi di negeri Pahang. Ingin menyaksikan acara yang hebat ini? Anda dijemput untuk menyertai BMS 2023 di negeri Pahang

Persembahan ini akan diadakan dari pukul 12:00 tengah hari hingga 1:00 petang. Jadi, pastikan anda hadir tepat pada waktunya untuk melihat persembahan yang mengakumkan ini!