Aktiviti menarik sepanjang #BMS2023

Jom sertai semua aktiviti menarik ini dan jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman program yang luar biasa!

Hadiah Tunai Keseluruhan RM75,000 Untuk 66 Orang Pemenang

Terbuka kepada pendeposit Simpan SSPN! Jangan lepaskan peluang untuk sertai Cabutan BMS 2023 bagi merebut peluang bawa pulang hadiah tunai lumayan. Lebih banyak menyimpan di Simpan SSPN, lebih banyak peluang menang!

Tempoh kempen: 1 Oktober 2023 - 31 Oktober 2023

Jangan lupa hashtag

#BMS2023 #WorldSavingsDay #PeluangKejayaanAnda

Dengan kerjasama

Lebih banyak menyimpan,
lebih tinggi ganjaran!

Muat turun myPTPTN secara percuma sekarang dan lakukan transaksi tanpa sempadan

Muat turun hari ini

Imbas atau klik kod QR untuk muat turun myPTPTN

Kini boleh didapati

Hak Cipta Terpelihara © 2023 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

PTPTN Esports Challenge (PUBG Mobile)

PTPTN Esports Challenge kembali lagi dengan pertarungan PUBG Mobile yang lebih mencabar dan menyeronokkan. Pertandingan ini TERBUKA kepada warganegara Malaysia dan semua peringkat umur. 

64 pasukan telah melalui pusingan kelayakan pada 23 September 2023 dan hanya 8 pasukan terhebat bakal beraksi di medan pertempuran bagi merebut kejuaraan. Saksikan pertarungan sengit ini pada 30 September 2023 (Sabtu) bertempat di Sunway Pyramid Mall, Selangor.

Pertandingan Robotik (Robomission)

Pertandingan Robotik (Robomission) memperkenalkan konsep kepada kanak-kanak untuk merancang, membina, dan mengendalikan robot-robot canggih. Pertandingan Robotik kami adalah satu platform bagi kanak-kanak untuk menunjukkan bakat mereka dalam mencipta dan mengendalikan robot-robot yang hebat!

Pertandingan adalah secara tertutup dan akan diadakan pada 1 Oktober 2023 (Ahad) bertempat di Sunway Pyramid Mall, Selangor.

Pertandingan Mewarna Simpan SSPN

Pertandingan ini diadakan bagi kanak-kanak di Peringkat Tadika bagi mengetengahkan bakat kreativiti anak-anak di samping memupuk dan memberi gambaran kepada anak-anak bahawa pentingnya amalan menabung.

Penyertaan pertandingan ini adalah secara TERTUTUP kepada tadika yang terpilih sahaja. Pertandingan akan diadakan pada 28 September 2023 (Khamis) bertempat di Sunway Pyramid Mall, Selangor.

Jom datang beramai-ramai dan berikan sokongan anda kepada para peserta.

Pertandingan Baby Merangkak Race Simpan SSPN

Pertandingan ini adalah TERBUKA untuk disertai secara berkumpulan dengan melibatkan ahli keluarga dan bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara anak dan ibu bapa dan memberikan ibu bapa peluang untuk berinteraksi dan meluangkan masa berkualiti bersama anak mereka.

Pertandingan ini mempunyai dua kategori iaitu:

  1. On-ground pada 30 September 2023 bertempat di Sunway Pyramid Mall, Selangor
  2. Virtual bermula pada 2 Oktober 2023 sehingga 20 Oktober 2023

Pertandingan Simpan SSPN Got Talent

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat kanak-kanak. Persembahan adalah berbentuk apa jua bakat yang dimiliki seperti pandai bercerita, bersyair/ berpuisi, menari, menyanyi, silap mata, berlakon, melakukan aksi akrobatik, standup comedy dan lain-lain.

Penyertaan pertandingan ini adalah secara TERTUTUP kepada Sekolah Rendah yang terpilih sahaja. Pertandingan akan diadakan pada 29 September 2023 (Jumaat) bertempat di Sunway Pyramid Mall, Selangor.

Jom datang beramai-ramai dan berikan sokongan anda kepada para peserta.

Pertandingan Action Song Simpan SSPN

Pertandingan ini disertai secara berkumpulan dengan melibatkan beberapa sekolah terpilih yang bertujuan bagi membentuk keyakinan serta memberi pendedahan kepada anak-anak berkenaan kepentingan amalan menabung melalui kaedah penyampaian dalam bentuk persembahan.

Penyertaan pertandingan adalah secara TERTUTUP kepada Sekolah Rendah yang terpilih sahaja. Pertandingan akan diadakan pada 1 Oktober 2023 (Ahad) bertempat di Sunway Pyramid Mall, Selangor.

Jom datang beramai-ramai dan berikan sokongan anda kepada para peserta.

Jenga Family Competition SImpan SSPN

Jenga Family Competition Simpan SSPN adalah pertandingan secara terbuka yang disertai secara berkumpulan dengan melibatkan ahli keluarga dan bertujuan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Pertandingan ini akan diadakan pada 28 sehingga 30 September 2023 (Khamis, Jumaat & Sabtu) bertempat di Sunway Pyramid Mall, Selangor.

Memory Challenge

Pertandingan Memory Challenge kami adalah peluang terbuka kepada kanak-kanak untuk menguji keupayaan mereka dalam mengingati dan mengulangkaji apa yang mereka lihat pada skrin. Aktiviti ini bukan hanya menyeronokkan, tetapi juga membantu memperkukuhkan daya ingatan kanak-kanak

Pertandingan ini akan diadakan pada 28 sehingga 30 September 2023 (Khamis, Jumaat & Sabtu) bertempat di Sunway Pyramid Mall, Selangor 

HAPPY HOUR

Tawaran hebat! Dapatkan cenderamata eksklusif BMS2023 khas buat pendeposit Simpan SSPN yang telah membuka akaun atau tambah simpanan di akaun Simpan SSPN.

Slot ini adalah terhad! Jom temui kami di Sunway Pyramid Mall, Selangor dan rebut cenderamata EKSKLUSIF di slot Happy Hour! seperti berikut:

TARIKH MASA
28 September 2023 (Khamis) 2:30 PM – 3:00 PM
6:30 PM – 7:00 PM
29 September 2023 (Jumaat) 2:00 PM – 2:30 PM
4:30 PM – 5:00 PM
30 September 2023 (Sabtu) 6:00 PM – 6:30 PM
8:00 PM – 8:30 PM
1 Oktober 2023 (Ahad) 5:30 PM – 6:30 PM

Kuiz Kahoot! Simpan SSPN

Kuiz Kahoot! merupakan slot interaksi dan terbuka di antara PTPTN dengan pelanggan secara langsung melalui aplikasi Kahoot! Aktiviti ini juga menawarkan cenderamata menarik untuk pelanggan yang mengambil bahagian sepanjang kuiz ini dijalankan.

Tarikh pertandingan adalah pada 28 September 2023 (Khamis) dan 30 September 2023 (Sabtu) bertempat di Sunway Pyramid Mall, Selangor

BMS Hints Challenge

BMS Hints Challenge merupakan slot interaksi bersama pengikut media sosial di Facebook rasmi PTPTN dengan mengumpul empat (4) hints yang akan diberikan melalui sesi siaran langsung sempena Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2023.

Hantar Hints melalui minisite BMS 2023 bermula 1 Oktober 2023 sehingga 22 Oktober 2023 dan menangi hadiah keseluruhan bernilai RM6,000.

Pasport BMS

Buat julung kalinya, slot istimewa Pasport BMS diadakan khas buat pengunjung BMS 2023*. Anda hanya perlu melengkapkan kesemua checkpoint dengan menjawab beberapa soalan mudah pada setiap checkpoint untuk mendapatkan cop.

Matlamat anda? Kumpulkan kesemua cop untuk melengkapkan Pasport BMS dan terima cenderamata edisi BMS daripada PTPTN pada checkpoint yang terakhir.

Terhad kepada 100 orang peserta terawal.

*Pasport BMS hanya melibatkan negeri yang terpilih sahaja.

Meet & Greet With P&T Simpan SSPN

Untuk meraikan BMS 2023 kali ini, PTPTN telah membawa maskot P&T Simpan SSPN secara khas untuk berjumpa dengan semua kawan-kawan kecil yang hadir! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk datang ke lokasi dan sertai kami dalam suasana yang penuh riang gembira di dunia P&T Simpan SSPN!

Selain itu, ibu bapa juga boleh mengajar anak-anak tentang kepentingan menabung sejak kecil di Simpan SSPN. Ini adalah peluang terbaik untuk menerapkan ilmu pendidikan kewangan kepada mereka sambil berseronok! Mari kita bersama-sama bergembira dan menyimpan bersama P&T Simpan SSPN.

Clown Show

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan badut untuk mencipta bentuk-bentuk kreatif melalui belon! Mereka akan menghasilkan seni belon yang mengagumkan dan menghiburkan sekali gus menjadikan pengalaman anda di BMS 2023 kali ini lebih berwarna-warni. 

Ayuh, hadir bersama keluarga dan rakan-rakan untuk saksikan pertunjukan badut yang mencuit hati dan menghiburkan semua pengunjung dan sertai acara kami yang penuh dengan kegembiraan!

Persembahan Buskers

Sambutan Bulan Menabung Simpan SSPN 2023 akan lebih mengujakan dengan adanya Persembahan Buskers yang memukau. Mari bergembira bersama kami dan sertai kegembiraan muzikal ini dengan menonton persembahan eksklusif yang akan dilakukan oleh buskers tempatan yang hebat.

Pertandingan Robotik (Inovasi)

Pertandingan Robotik (inovasi) kami bertujuan untuk mencungkil kreativiti dalam dunia robotik di kalangan kanak-kanak. Kami mengalu-alukan semua sekolah rendah dan menengah untuk menyertai dan menunjukkan peluang untuk berimaginasi, berinovasi, dan meneroka potensi sebenar dalam dunia robotik.

Pertandingan adalah secara TERBUKA kepada peserta berumur 7 – 12 tahun dan akan diadakan pada 01 Oktober 2023 (Ahad) bertempat di Palm Square, Centre Point Sabah.

Pertandingan Mewarna Simpan SSPN

Pertandingan ini diadakan bagi kanak-kanak di Peringkat Sekolah Rendah bagi mengetengahkan bakat kreativiti anak-anak di samping memupuk dan memberi gambaran kepada anak-anak bahawa pentingnya amalan menabung. Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlu mewarna lukisan yang disediakan semasa hari pertandingan.

Pertandingan akan diadakan pada 01 Oktober 2023 (Ahad) bertempat di Palm Square, Centre Point Sabah.

Pertandingan Simpan SSPN Got Talent

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat kanak-kanak. Persembahan adalah berbentuk apa jua bakat yang dimiliki seperti pandai bercerita, bersyair/ berpuisi, menari, menyanyi, silap mata, berlakon, melakukan aksi akrobatik, standup comedy dan lain-lain.

Penyertaan pertandingan ini adalah secara TERBUKA kepada peserta berumur 7-12 tahun. Pertandingan akan diadakan pada 01 Oktober 2023 (Ahad) bertempat di Palm Square, Centre Point Sabah.

Jenga Family Competition SImpan SSPN

Jenga Family Competition Simpan SSPN adalah pertandingan secara terbuka yang disertai secara berkumpulan dengan melibatkan ahli keluarga dan bertujuan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Pertandingan ini akan diadakan pada 01 Oktober 2023 (Ahad) bertempat di Centre Point, Sabah. 

Pertandingan Puzzle

Antara aktiviti paling seronok yang menanti kanak-kanak sempena BMS 2023 adalah Pertandingan Puzzle. Pertandingan ini khas dianjurkan untuk pengunjung dari negeri Sabah yang berkumpul bersama untuk meraikan majlis kami. Ibu bapa pasti terhibur melihat anak-anak turut serta dalam pertandingan ini sambil menguji minda mereka.

Pertandingan ini akan diadakan pada 1 Oktober 2023 bertempat di Palm Square, Centre Point, Sabah 

Pertandingan Susun Blok (Lego)

Antara aktiviti lain yang lagi menyeronokkan untuk anak-anak adalah pertandingan susun blok (lego). Dalam pertandingan ini, anak-anak dapat mengasas kreativiti mereka dengan membina hasil karya unik mereka sendiri menggunakan blok LEGO. Ia adalah peluang untuk mereka menunjukkan bakat dan keupayaan mereka dalam mencipta sesuatu yang menarik dan mengagumkan. Hadiah menarik akan menanti, jadi jom sertai kami di BMS 2023 di negeri sabah pada 1 Oktober 2023 bertempat di Palm Square, Centre Point, Sabah.

Mini Games

Mari bersama-sama meriahkan mini games yang mengujakan!

Siapkan diri anda untuk bergelak ketawa dan bersaing dalam Permainan Musical Chair yang mengasyikkan.  Jom sertai dan tunjukkan langkah tarian anda!

Adakah anda mampu membekukan diri anda seperti patung manekin? Jom bersama-sama dalam cabaran Mannequin Challenge ini di mana anda akan berusaha untuk menjadi yang paling kreatif dan menarik.

Selain itu, kami juga mengadakan Pertandingan Mewarna khas untuk Dewasa. Sertai pertandingan ini dan tunjukkan bakat seni anda dan berpeluang bawa pulang hadiah istimewa hasil kreativiti anda yang luar biasa! Jom sertai semua aktiviti ini dan nikmati saat-saat menyeronokkan di BMS 2023.

Pertandingan Robotik (Inovasi)

Pertandingan Robotik (inovasi) kami bertujuan untuk mencungkil kreativiti dalam dunia robotik di kalangan kanak-kanak. Kami mengalu-alukan semua sekolah rendah dan menengah untuk menyertai dan menunjukkan peluang untuk berimaginasi, berinovasi, dan meneroka potensi sebenar dalam dunia robotik.

Pertandingan adalah secara TERBUKA kepada peserta berumur 7 – 12 tahun dan akan diadakan pada 01 Oktober 2023 (Ahad) bertempat di AEON Mall Kuching Central, Sarawak.

Pertandingan Mewarna Simpan SSPN

Pertandingan ini diadakan bagi kanak-kanak di Peringkat Sekolah Rendah bagi mengetengahkan bakat kreativiti anak-anak di samping memupuk dan memberi gambaran kepada anak-anak bahawa pentingnya amalan menabung. Bagi menyertai pertandingan ini, peserta perlu mewarna lukisan yang disediakan semasa hari pertandingan.

Penyertaan ini ada secara TERBUKA untuk perserta berumur 4-12 tahun Pertandingan akan diadakan pada 01 Oktober 2023 (Ahad) bertempat di AEON Mall Kuching Central, Sarawak. 

Pertandingan Simpan SSPN Got Talent

Pertandingan ini bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat kanak-kanak. Persembahan adalah berbentuk apa jua bakat yang dimiliki seperti pandai bercerita, bersyair/ berpuisi, menari, menyanyi, silap mata, berlakon, melakukan aksi akrobatik, standup comedy dan lain-lain.

Penyertaan pertandingan ini adalah secara TERBUKA kepada peserta berumur 4-12 tahun. Pertandingan akan diadakan pada 01 Oktober 2023 (Ahad) bertempat di AEON Mall Kuching Central, Sarawak. 

Jenga Family Competition SImpan SSPN

Jenga Family Competition Simpan SSPN adalah pertandingan secara terbuka yang disertai secara berkumpulan dengan melibatkan ahli keluarga dan bertujuan bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Persembahan Khas Negeri

Persembahan Khas Ini adalah acara yang istimewa sempena road tour BMS 2023 yang kami persembahkan khas untuk para pengunjung demi menghiasi majlis ini. Persembahan ini membawa elemen-elemen kebudayaan negeri, mungkin dalam bentuk tarian tradisional atau persembahan pembukaan yang penuh semangat, untuk menyemarakkan BMS 2023.

Ingin tahu persembahan apa? Jom sertai kami dan jumpa anda disana!