Istimewa untuk pendeposit yang membuka akaun Simpan SSPN Prime pada tahun 2004 sehingga 31 Disember 2019
* Tertakluk terma & syarat
5 April 2023
sehingga
31 Julai 2023
1 Ogos 2023
sehingga
30 September 2023
Ganjaran Kesetiaan (GK) merupakan ganjaran tambahan dan berbeza dengan dividen, ganjaran ini diberikan ke atas simpanan tahun semasa yang dibuat dalam tempoh kempen. Ini merupakan tahun kelima GK diberikan kepada pendeposit setia Simpan SSPN Prime
Pendeposit yang mempunyai akaun Simpan SSPN yang berstatus aktif semasa agihan dividen dilakukan adalah layak menerima dividen pada kadar yang diisytiharkan
*Simpanan adalah amaun tabungan yang dibuat oleh seseorang individu di dalam sesuatu tahun
Muat turun myPTPTN
*Membuat penambahan simpanan terkumpul sekurang-kurangnya RM500 pada akaun AKTIF
Tidak dibenarkan membuat pengeluaran simpanan dari akaun yang LAYAK terima GK sepanjang tempoh pengekalan
Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime adalah khas kepada pendeposit yang membuka akaun pada tahun 2004 sehingga 31 Disember 2019 (“akaun yang layak’) dan membuat simpanan terkumpul dengan jumlah minimum sebanyak RM500.00 dalam tempoh kempen serta tidak membuat pengeluaran simpanan dari akaun sehingga 30 September 2023.
Pemberian Ganjaran Kesetiaan telah dikreditkan kepada akaun yang LAYAK mulai 8 Disember 2023 (Jumaat).
Kempen Ganjaran Kesetiaan Simpan SSPN Prime 2023 adalah kempen di mana PTPTN menghargai pendeposit yang kekal setia dengan produk Simpan SSPN Prime dan membuat simpanan dalam jangka masa panjang.
Ganjaran Kesetiaan (GK) merupakan ganjaran tambahan yang berbeza dengan dividen, ganjaran ini diberikan ke atas simpanan tahun semasa yang dibuat dalam tempoh kempen.
Kempen ini akan bermula pada 5 April 2023 dan berakhir pada 31 Julai 2023.
Kempen ini terbuka untuk pendeposit Simpan SSPN Prime yang mempunyai akaun dan memenuhi kriteria berikut:-
Akaun layak GK boleh disemak dipautan https://www.ptptn.gov.my/GK/Utama kelayakan yang dipaparkan adalah layak dan sah sehingga 31/03/2023
Kadar GK yang ditawarkan pada tahun ini adalah sebanyak 1% atas simpanan yang dibuat, manakala jumlah maksimum GK yang akan dikreditkan ke dalam akaun yang layak adalah RM8,000 untuk setiap akaun, tertakluk kepada jumlah sebenar simpanan yang dibuat dalam tempoh kempen.
Simpanan adalah penambahan simpanan yang dilakukan oleh pendeposit dalam tempoh kempen dan tidak termasuk dengan hadiah tunai kepada pemenang cabutan kempen tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada potongan cukai yang layak dituntut oleh pendeposit.
TIDAK LAYAK, pendeposit hendaklah membuat penambahan *simpanan terkumpul sekurang-kurangnya RM500 (tidak termasuk dividen tahun semasa) pada akaun AKTIF (TIDAK DITUTUP) serta memenuhi terma dan syarat GK.
TIDAK LAYAK, ini kerana mengambil kira polisi Simpan SSPN bahawa sekiranya penerima manfaat telah mencapai/ melebihi umur 29 tahun, pendeposit hendaklah membuat penutupan akaun atas nama penerima manfaat tersebut.
Bil | Perkara | Kelayakan GK |
1 | Pengeluaran simpanan dari akaun tidak layak GK semasa tempoh pengekalan sahaja | Layak |
2 | Pengeluaran simpanan dari akaun layak GK semasa tempoh kempen sahaja | Tidak Layak |
3 | Pengeluaran simpanan dari akaun tidak layak GK semasa tempoh kempen sahaja | Tidak Layak |
4 | Pengeluaran simpanan dari akaun layak GK semasa tempoh pengekalan sahaja | Tidak Layak |
5 | Pengeluaran simpanan dari akaun layak dan tidak layak GK semasa tempoh kempen sahaja | Tidak Layak |
6 | Simpanan yang dibuat pada akaun yang DITUTUP | Tidak Layak |
Pendeposit tidak dibenarkan membuat penutupan akaun kerana ianya akan mengganggu proses pengkreditkan GK pada akaun yang layak.
Akaun masih LAYAK untuk menerima GK sekiranya memenuhi terma dan syarat.
TIDAK LAYAK, walaupun akaun masih aktif dan waris masih belum membuat tuntutan takaful kepada pihak PTPTN adalah tidak dibenarkan melakukan penambahan simpanan untuk menyertai kempen ini dan sama sekali TIDAK LAYAK mendapat GK.
TIDAK LAYAK, kerana ia dikira pengeluaran di bawah pendeposit yang sama.
Pemberian GK ini adalah secara automatik dan akan dikreditkan ke dalam akaun yang layak pada bulan Disember 2023. Pendeposit hendaklah memastikan tidak menutup akaun yang layak sehingga GK dikreditkan.
LAYAK, ini merupakan nilai tambah yang diberikan oleh PTPTN kepada pendeposit.
TIDAK LAYAK, pendeposit perlu membuat simpanan jika ingin menyertai cabutan kempen PTPTN yang telah diadakan sepanjang tahun ini.
TIDAK LAYAK, ini adalah kerana GK yang ditawarkan kepada pendeposit tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada potongan yang layak dituntut oleh pendeposit. Potongan yang dituntut adalah terhad kepada amaun tabungan bersih (jumlah caruman pendeposit) di dalam Simpan SSPN yang dilakukan oleh seseorang individu yang terhad kepada RM8,000 di dalam sesuatu tahun sahaja.
Akaun Simpan SSPN Prime boleh ditambah melalui aplikasi mudah alih myPTPTN, www.ptptn.gov.my, di kaunter cawangan PTPTN, atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik.