Tempoh kempen:

1 Jun 2025 sehingga 31 Oktober 2025

Tempoh permohonan potongan gaji atau debit terus:

1 Jun 2025 sehingga 31 Ogos 2025

Menangi hadiah tunai keseluruhan bernilai

Syarat penyertaan

  • Terbuka kepada semua peminjam PTPTN.
  • Membuat permohonan potongan gaji atau debit terus dalam tempoh 1 Jun 2025 sehingga 31 Ogos 2025. 
  • Melaksanakan bayaran balik pinjaman PTPTN secara konsisten melalui saluran potongan gaji dan/ atau debit terus.
  • Pastikan tiada kegagalan transaksi sehingga tamat tempoh kempen.

4 langkah mudah membuat permohonan potongan gaji

Nikmati ketenangan minda dengan memastikan pembayaran sentiasa tepat pada waktunya dan teratur.

Log masuk myPTPTN

Klik “PERKHIDMATAN” dan pilih “Permohonan Potongan Gaji

Klik “MOHON” pada akaun Pinjaman Ujrah/ Konvensional

Semak maklumat dan buat pengesahan pengakuan diri dan klik “SIMPAN

5 langkah mudah membuat permohonan debit terus

Nikmati kemudahan dan transaksi lebih mudah melalui debit terus.

Log masuk myPTPTN

Klik “PERKHIDMATAN” dan pilih “Permohonan Debit Terus

Klik “MOHON” pada akaun Pinjaman Ujrah/ Konvensional

Semak maklumat dan buat pembayaran

Sistem akan menjana resit sekiranya transaksi berjaya dan boleh disimpan atau dicetak

Kenapa bayar konsisten penting?

Bayar balik pinjaman bukan sekadar tanggungjawab tapi ia langkah bijak untuk masa depan anda.

Mengelakkan nama anda tersenarai dalam rekod buruk CCRIS atau CTOS

Membuka peluang untuk anda memohon pembiayaan masa hadapan seperti pembeli rumah, kereta dan sebagainya

Membantu generasi pelajar akan datang terus nikmati dana pendidikan

Ayuh bina masa depan tanpa hutang

Bayar balik pinjaman anda secara konsisten demi masa depan yang lebih stabil tanpa bebanan hutang. Kebebasan kewangan bukan sekadar impian, tetapi sebuah realiti yang mampu dicapai.

Ada persoalan?

Siapakah yang layak untuk menyertai kempen ini?

Kempen ini terbuka kepada peminjam PTPTN:-

  1. Peminjam konvensional ataupun ujrah;
  2. Peminjam PTPTN yang membuat bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN di dalam tempoh kempen; dan
  3. Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN serta ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak- anak).
Bilakah tempoh permohonan untuk memohon potongan gaji dan debit terus (direct debit) bagi pelanggan baharu?

Tempoh permohonan akan bermula pada 1 Jun 2025 dan berakhir pada 31 Ogos 2025.

Adakah peminjam perlu memastikan bayaran balik pinjaman yang dibuat melalui potongan gaji atau debit terus (direct debit) kekal aktif?

Ya, peminjam perlu memastikan bayaran balik pinjaman yang dibuat melalui potongan gaji atau debit terus (direct debit) kekal aktif sehingga tarikh cabutan dan tiada kegagalan transaksi sehingga tamat tempoh kempen bagi melayakkan cabutan, kecuali bagi pinjaman yang telah dibuat penyelesaian penuh.

Adakah peminjam perlu membuat permohonan untuk melayakkan penyertaan bagi kempen ini?

Tidak perlu kerana kelayakan bagi menyertai kempen ini adalah secara automatik bagi peminjam yang telah memenuhi terma dan syarat.

Bilakah tarikh cabutan akan dibuat?

Secara tentatifnya, tarikh cabutan adalah DUA PULUH (20) HARI selepas tamat tempoh kempen. Walau bagaimanapun, tarikh ini mungkin akan berubah mengikut keperluan dan keadaan semasa.

Konsistensi anda membayar balik pinjaman PTPTN kini lebih bermakna dan anda pasti tersenyum apabila kejayaan dikongsi bersama

Nikmati ketenangan tanpa beban hutang

Muat turun myPTPTN dan mulakan perjalanan bebas hutang anda hari ini.

Hak Cipta Terpelihara  © Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional