SJK(C) Sin Hwa
SK Benoni
SK Sultan Sulaiman 1
SK Dato’ Naning
SK Desa Petaling
Saksikan persembahan penuh warna-warni, penuh semangat dan bertenaga si cilik di pentas BMS 2025!
Tahniah kepada SJK(C) Sin Hwa yang dinobatkan sebagai juara pertandingan dengan persembahan penuh kreativiti dan semangat luar biasa yang berjaya memukau penonton serta memikat hati para juri.
Nama Ibu : Norsakinah Binti Jamian
Nama Anak : Zayn Zaquan Bin Saiful Nizam
Nama Ibu : Hazwani Bt Mohd Yunos
Nama Anak : Tengku Muhammad Seth Ibrahim
Nama Ibu : Siti Nur Liyana Binti Shamshir
Nama Anak : Muhammad Aisy Hamzah Bin Mohamad Amir
Nama Ibu : Siti Nur Sara Amalina Binti zuraidy
Nama Anak : Muhammad Aisy Uqayl Bin Mohd Abidussalam
Nama Ibu : Noor Nazhatul Shima Binti Ahmad
Nama Anak : Arralyn Laya Marissa Binti Amirul Amri
Nama Ibu : Aida Farah Farhana Binti Mohd Zaini
Nama Anak : Ayleen Aleesa Binti Aiman Arshad
Nur Amylia Syafiqah Binti Nurrakhimi
SK SG Tua Baharu
Muhammad Aisy Afiq Bin Mohamad Hamadi
SK Saujana Puchong
Hazirah Humairah Binti Mohd Hazizul
SK Taman Dato Harun 1
Nur Fatihah Athirah Bt Muhammad Najib
SK Puchong Utama 3
Thoo Pei Chen
SJKC Yuk Chai
Aisyah Rasyidah Binti Mohd Rashidi
SK SG Tua Baharu
Nur Umairah Irdina Binti Ismakhly Abadi
SK Taman Dato Harun 1
Arrubi A/P Uthayaraj
SK Puchong Utama 3
Nur Aqilah Iman Binti Apizul
SK Taman Dato Harun 1
Nor Faatiha Imani Binti Mohd Izzat
SK SG Tua Baharu
Inara Nur Raeyza Binti Norhisyam Rahidi
Tabika Kemas Sek 18 Timur, Shah Alam
Nur Amanda Sofia Binti Ahmad Jefri
Tabika Kemas Sek 18 Timur, Shah Alam
Mohammad Faheem Aydan Bin Mohd Nizam
Tabika Perpaduan Pangsapuri Seri Era Desa Latania, Shah Alam
Ufaira Ailys Binti Mohd Afifi
Happy Five, Shah Alam
Izz Hana Alisha Binti Mohd Faizal
Tabika Kemas Bustanus As’ Saffa, Klang
Sesi ini terbuka kepada semua pengunjung BMS 2025 untuk menguji pengetahuan dalam pelbagai topik melalui soalan interaktif secara langsung di aplikasi Kahoot!. Cepat dan tepat adalah kunci untuk mengumpul mata tertinggi dan pemenang bakal membawa pulang cenderamata eksklusif BMS 2025.
Pertandingan ini terbuka kepada sekolah rendah terpilih bagi mempamerkan bakat nyanyian dan pergerakan kreatif kanak-kanak di atas pentas.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan penuh warna-warni, penuh semangat dan bertenaga si cilik di Central i-City Mall, Selangor pada 27 September 2025.
Pertandingan ini terbuka kepada sekolah rendah terpilih yang ingin menampilkan kreativiti mereka melalui sentuhan warna-warni penuh ceria. Sertai kami dan nikmati momen penuh keseronokan sambil menyokong si cilik beraksi dalam pertandingan yang sihat dan menyeronokkan.
Jumpa anda di Central i-City Mall, Selangor pada 26 – 28 September 2025.
Pertandingan ini terbuka kepada sekolah tadika dan rendah terpilih yang ingin menampilkan kreativiti mereka melalui sentuhan warna-warni penuh ceria. Sertai kami dan nikmati momen penuh keseronokan sambil menyokong si cilik beraksi dalam pertandingan yang sihat dan menyeronokkan.
Jumpa anda di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada 31 Oktober – 2 November 2025.
Rasai pengalaman unik bersama haiwan manja, jinak dan eksotik tanpa had masa di Mini Zoo BMS 2025! Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba aktiviti menyeronokkan seperti fish scooping dan berpeluang membawa pulang ikan tersebut sebagai haiwan peliharaan di rumah.
Harga tiket hanya RM5 seorang. Sangat berbaloi untuk pengalaman penuh keriangan bersama seisi keluarga.
Aktiviti ini TERBUKA kepada semua pengunjung BMS 2025 untuk menguji sejauh mana daya ingatan dan fokus anda dalam suasana penuh cabaran dan mendebarkan. Jangan lepaskan peluang menyaksikan kehebatan memori peserta sambil merebut cenderamata eksklusif BMS 2025.
Saksikan gelagat comel si kecil berlumba hingga ke garisan penamat! Pertandingan ini bukan sahaja mencuit hati, malah menjadi peluang terbaik untuk mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak sambil menikmati masa berkualiti bersama.
Jom hadir beramai-ramai dan meriahkan suasana di Central i-City Mall, Selangor pada 28 September 2025.
Uji keberanian anda dalam Kotak Misteri dengan meneka barang tersembunyi atau buktikan kepantasan dalam Ada Apa Dalam Beg dengan menjadi yang paling pantas mencari barang rawak.
Sertai aktiviti spontan penuh gelak tawa ini dan anda berpeluang membawa pulang cenderamata eksklusif!
Sesi ini terbuka kepada semua pengunjung BMS 2025 untuk menguji pengetahuan dalam pelbagai topik melalui soalan interaktif secara langsung di aplikasi Kahoot!. Cepat dan tepat adalah kunci untuk mengumpul mata tertinggi dan pemenang bakal membawa pulang cenderamata eksklusif BMS 2025.
Bersiap sedialah untuk gelak tawa tanpa henti apabila Clown Show tampil menghiburkan seisi keluarga dengan aksi lucu, helah mengejutkan dan telatah mencuit hati yang pasti mengujakan.
Jangan lepaskan peluang untuk bawa anak-anak anda menyaksikan persembahan penuh keceriaan ini.
Saksikan persembahan buskers yang memukau dengan alunan muzik penuh jiwa. Rasai sendiri suasana ceria sambil berhibur bersama seisi keluarga. Anda juga boleh turut serta menyanyi dan bersorak bersama untuk memeriahkan pentas jalanan BMS 2025.
Bawa anak-anak anda bertemu secara dekat dengan maskot Didi & Friends dan P&T Simpan SSPN! Selain bergambar dengan watak kegemaran, si kecil juga berpeluang tampil di pentas untuk menyanyi dan menari bersama maskot kesayangan mereka.
Inilah detik istimewa yang akan menceriakan anak-anak dan mencipta memori manis buat seisi keluarga ketika anda hadir memeriahkan BMS 2025.
Pertandingan ini terbuka kepada semua pengunjung BMS 2025 untuk menguji ketangkasan, kesabaran dan strategi kumpulan dalam membina menara Jenga tertinggi tanpa tumbang. Ayuh sertai keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan dalam cabaran binaan blok yang penuh mendebarkan!
Saksikan detik penuh debaran dua (2) pasukan terbaik yang berjaya mara ke peringkat akhir untuk merebut gelaran juara PTPTN Esports Challenge 2025.
Jom sama-sama menyaksikan pertarungan sengit ini secara langsung di Central i-City Mall, Selangor pada 27 September 2025. Ikuti juga siaran langsung di Facebook dan YouTube rasmi PTPTN.
Saksikan hasil karya unik daripada pelukis doodle terkenal, Ann Jaafar secara langsung di BMS 2025! Lebih menarik, beliau juga akan mengadakan sesi lukisan bersama anak-anak, memberi peluang kepada si kecil untuk mengekspresikan kreativiti sambil merasai sendiri pengalaman seni yang menyeronokkan.
Aktiviti ini TERBUKA kepada semua pengunjung BMS 2025 untuk menguji sejauh mana daya ingatan dan fokus anda dalam suasana penuh cabaran dan mendebarkan. Jangan lepaskan peluang menyaksikan kehebatan memori peserta sambil merebut cenderamata eksklusif BMS 2025.
Jom sertai sesi santai yang membincangkan topik menarik tentang peranan ibu bapa dalam bermain bersama anak bagi menyokong perkembangan awal kanak-kanak. Perkongsian istimewa ini akan disampaikan oleh Pengasas TATEH, eksklusif untuk para pengunjung BMS 2025.
Uji pengetahuan anda dalam literasi kewangan menerusi aktiviti kuiz yang semakin mencabar di setiap pusingan! Acara ini akan dikendalikan secara santai bersama fasilitator dan peserta akan dipilih dalam kalangan penonton untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM1,000 tajaan penuh Great Eastern Takaful Berhad (GETB).
Aktiviti ini turut menggalakkan budaya menabung dan pengurusan wang yang bijak, selari dengan tema BMS 2025.
Pertandingan ini terbuka kepada sekolah rendah terpilih sahaja. Saksikan bakat luar biasa kanak-kanak melalui pelbagai persembahan menarik seperti bercerita, bersyair, menari, menyanyi, silap mata dan banyak lagi!
Jom datang beramai-ramai dan berikan sokongan kepada peserta cilik di Central i-City Mall, Selangor pada 28 September 2025.
Pertandingan ini terbuka kepada sekolah rendah terpilih sahaja. Saksikan bakat luar biasa kanak-kanak melalui pelbagai persembahan menarik seperti bercerita, bersyair, menari, menyanyi, silap mata dan banyak lagi!
Jom datang beramai-ramai dan beri sokongan kepada para peserta cilik di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada 1 November 2025.
Saksikan kreativiti kanak-kanak tadika terpilih memperagakan pakaian beragam bertemakan “Pengembaraan Adventure”. Pertandingan ini bukan sahaja mencungkil bakat dan keyakinan si cilik di khalayak umum, malah turut menjadi medium pembelajaran dalam membentuk moral yang baik serta mengasah daya pemikiran kreatif mereka.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi si comel di Central i-City Mall, Selangor pada 28 September 2025.
Saksikan kreativiti kanak-kanak tadika terpilih memperagakan pakaian beragam bertemakan “Pengembaraan Adventure”. Pertandingan ini bukan sahaja mencungkil bakat dan keyakinan si cilik di khalayak umum, malah turut menjadi medium pembelajaran dalam membentuk moral yang baik serta mengasah daya pemikiran kreatif mereka.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi si comel di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada 2 November 2025.
Peraduan ini TERBUKA kepada semua pendeposit dan/ atau penerima manfaat Simpan SSPN. Peserta perlu berkongsi pengalaman serta perancangan mereka dalam menguruskan kewangan pendidikan anak melalui sebuah video yang dimuat naik di media sosial.
Seorang peserta paling kreatif akan dinobatkan sebagai “Superhero Terunggul” dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000.
Peraduan ini TERBUKA kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Hasilkan karya doodle kreatif bertemakan “Adventure – 2025” dengan menerapkan elemen penabungan dan Simpan SSPN. Rebut peluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan RM2,000 yang bakal dimenangi oleh 16 pemenang.
Peraduan ini TERBUKA kepada semua rakyat Malaysia! Hasilkan video kreatif dengan menggunakan lagu rasmi “Terbang Tinggi” dan muat naik di TikTok. Rebut peluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM20,000 yang bakal dimenangi oleh 30 pemenang!
Semak lokasi sambutan dan tentatif lengkap BMS 2025 di lokasi berhampiran anda.
Dewan Indera Kayangan, Ibu Pejabat Bomba Negeri Perlis
27 September 2025
9.00 pagi – 2.00 petang
Kupasan santai namun sarat dengan ilmu bermanfaat bersama Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, dan panel jemputan istimewa dari Tateh Malaysia, Puan Siti Shafurah serta Puan Norhayati (Tok Mama) tentang pengurusan kewangan keluarga, cara mendidik anak menabung sejak kecil serta tip keibubapaan agar setiap langkah anda sebagai ibu bapa menjadi pelaburan berharga untuk masa depan anak-anak.
📅 21 Oktober 2025 (Selasa)
⏰ 8.30 malam
📍 Siaran langsung di TikTok & Facebook @PTPTNOfficial
Pastikan anda tonton hingga akhir dan rebut peluang memenangi hadiah cabutan istimewa!
Pertandingan ini terbuka kepada semua pengunjung BMS 2025 untuk menguji ketangkasan, kesabaran dan strategi kumpulan dalam membina menara Jenga tertinggi tanpa tumbang. Ayuh sertai keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan dalam cabaran binaan blok yang penuh mendebarkan!
Buka akaun atau tambah simpanan di Simpan SSPN dan dapatkan cenderamata eksklusif BMS 2025. Slot Happy Hour ini TERBUKA kepada semua pendeposit yang hadir ke BMS 2025 di lokasi terpilih seluruh negera mengikut ketetapan masa yang tertentu.