Jom Ikuti Pengembaraan BMS

15 Sept - 31 Okt 2025
Aktiviti Sepanjang Sept-Okt

Sepanjang bulan September hingga Oktober, BMS 2025 bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk semua lapisan masyarakat.

20 & 27 Sept 2025
PTPTN Esports Challenge

64 pasukan akan berentap dalam peringkat saringan secara langsung di Management & Science University (MSU), Shah Alam dan dua (2) pasukan terhebat yang mara ke peringkat akhir akan bertempur di Central i-City Mall, Selangor.

26 - 28 Sept 2025
Pelancaran BMS Peringkat Nasional

Pelancaran BMS 2025 peringkat Nasional akan diadakan di Central i-City Mall, Selangor bermula jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

27 Sept 2025
Sambutan BMS Peringkat Negeri

Sambutan BMS 2025 peringkat Negeri akan diadakan di lokasi terpilih seluruh Malaysia.

31 Okt 2025
Sambutan Hari Tabungan Sedunia

Sambutan Hari Tabungan Sedunia di BMS 2025 akan disiarkan secara langsung di media sosial rasmi PTPTN.

31 Okt - 2 Nov 2025
Penutup BMS

Kemeriahan BMS 2025 bakal melabuhkan tirainya di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur bermula 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Rasai kemeriahan BMS di seluruh Negara

Dewan Indera Kayangan,
Ibu Pejabat Bomba Negeri Perlis
27 Sept 2025
9.00 pagi - 2.00 petang
Tentatif

Centre Atrium,
Alor Setar Mall, Kedah
27 Sept 2025
10.00 pagi - 7.00 petang
Tentatif

Ruang Legar,
MYDIN Tunjong Hypermarket,
Kota Bharu, Kelantan
27 Sept 2025
10.00 pagi - 6.00 petang
Tentatif

Ground Floor, Centre Atrium,
KTCC Mall, Terengganu
27 Sept 2025
10.00 pagi - 6.00 petang
Tentatif

Ground Floor, Main Concourse,
Kuantan City Mall, Pahang
27 Sept 2025
10.00 pagi - 7.00 petang
Tentatif

Ruang Legar Utama,
AEON Klebang, Perak
27 Sept 2025
10.00 pagi - 6.00 petang
Tentatif

Level 1, Main Atrium,
Sunshine Central Penang,
Pulau Pinang
27 Sept 2025
10.00 pagi - 7.00 petang
Tentatif

Central Concourse, GF,
Central i-City Mall, Selangor
26 - 28 Sept 2025
10.00 pagi - 10.00 malam
Tentatif

Main Atrium, GF,
Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
31 Okt - 2 Nov 2025
10.00 pagi - 10.00 malam
Tentatif

Palm Concourse, Palm Mall,
Negeri Sembilan
27 Sept 2025
9.00 pagi - 7.00 petang
Tentatif

Pentas Utama,
Mahkota Parade, Melaka
27 Sept 2025
10.00 pagi - 6.00 petang
Tentatif

Concourse Aras 2,
Angsana Johor Bahru Mall, Johor
27 Sept 2025
10.00 pagi - 7.00 petang
Tentatif

South Court, Ground Floor,
AEON Mall Kuching, Sarawak
27 Sept 2025
10.00 pagi - 7.00 petang
Tentatif

Tingkat 4, Palm Square,
Centre Point, Sabah
27 Sept 2025
10.00 pagi - 5.00 petang
Tentatif

Nota: Klik hotspot di bendera atau butang di bawah untuk info penuh BMS 2025

Rebut Cenderamata Eksklusif*

*Selagi stok masih ada

Pelbagai Aktiviti Menarik

Penampilan Istimewa

BMS 2025

6 Videos

PENAMPILAN KHAS PELUKIS DOODLE TERKENAL ANN JAAFAR

Jangan lepaskan peluang eksklusif untuk belajar melukis dan mewarna secara santai bersama pelukis doodle terkenal yang akan membimbing anak-anak langkah demi langkah! Bawa keluarga dan raikan seni dengan penuh keceriaan!

Jom temui Ann Jaafar 

KUNJUNGI RERUAI BMS

REBUT HADIAH PERCUMA

rakan strategik

JANGAN TERLEPAS INFO BMS

Isi maklumat dan terima notifikasi sekarang!

TEROKAI PERKHIDMATAN PTPTN MELALUI MYPTPTN

Muat turun dan daftar myPTPTN sekarang dan mulakan pengembaraan urusan PTPTN dengan mudah, cepat & selamat.

Hak Cipta Terpelihara  © Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

LOKASI DAN TENTATIF BMS SETIAP NEGERI

Semak lokasi sambutan dan tentatif lengkap BMS 2025 di lokasi berhampiran anda. 

PERADUAN MENCARI SUPERHEROES

Peraduan ini TERBUKA kepada semua pendeposit dan/ atau penerima manfaat Simpan SSPN. Peserta perlu berkongsi pengalaman serta perancangan mereka dalam menguruskan kewangan pendidikan anak melalui sebuah video yang dimuat naik di media sosial.

Seorang peserta paling kreatif akan dinobatkan sebagai “Superhero Terunggul” dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000.

PERADUAN DOODLE SUPERHEROES

Peraduan ini TERBUKA kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Hasilkan karya doodle kreatif bertemakan “Adventure – 2025” dengan menerapkan elemen penabungan dan Simpan SSPN. Rebut peluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan RM2,000 yang bakal dimenangi oleh 16 pemenang.

PERADUAN TERBANG TINGGI CHALLENGE

Peraduan ini TERBUKA kepada semua rakyat Malaysia! Hasilkan video kreatif dengan menggunakan lagu rasmi “Terbang Tinggi” dan muat naik di TikTok. Rebut peluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM20,000 yang bakal dimenangi oleh 30 pemenang!

PERTANDINGAN MEWARNA SIMPAN SSPN

Pertandingan ini terbuka kepada  sekolah rendah terpilih  yang ingin menampilkan kreativiti mereka melalui sentuhan warna-warni penuh ceria. Sertai kami dan nikmati momen penuh keseronokan sambil menyokong si cilik beraksi dalam pertandingan yang sihat dan menyeronokkan.

Jumpa anda di Central i-City Mall, Selangor pada 26 – 28 September 2025.

SEMBANG BMS: KENALI DUNIA HAIWAN

Rasai pengalaman unik bersama haiwan manja, jinak dan eksotik tanpa had masa di Mini Zoo BMS 2025! Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba aktiviti menyeronokkan seperti fish scooping dan berpeluang membawa pulang ikan tersebut sebagai haiwan peliharaan di rumah.

Harga tiket hanya RM5 seorang. Sangat berbaloi untuk pengalaman penuh keriangan bersama seisi keluarga.

MEMORY CHALLENGE

Aktiviti ini TERBUKA kepada semua pengunjung BMS 2025 untuk menguji sejauh mana daya ingatan dan fokus anda dalam suasana penuh cabaran dan mendebarkan. Jangan lepaskan peluang menyaksikan kehebatan memori peserta sambil merebut cenderamata eksklusif BMS 2025.

KOTAK MISTERI & ADA APA DALAM BEG

Uji keberanian anda dalam Kotak Misteri dengan meneka barang tersembunyi atau buktikan kepantasan dalam Ada Apa Dalam Beg dengan menjadi yang paling pantas mencari barang rawak.

Sertai aktiviti spontan penuh gelak tawa ini dan anda berpeluang membawa pulang cenderamata eksklusif!

KUIZ ONLINE

Sesi ini terbuka kepada semua pengunjung BMS 2025 untuk menguji pengetahuan dalam pelbagai topik melalui soalan interaktif secara langsung di aplikasi Kahoot!. Cepat dan tepat adalah kunci untuk mengumpul mata tertinggi dan pemenang bakal membawa pulang cenderamata eksklusif BMS 2025.

Happy Hour

Buka akaun atau tambah simpanan di Simpan SSPN dan dapatkan cenderamata eksklusif BMS 2025. Slot Happy Hour ini TERBUKA kepada semua pendeposit yang hadir ke BMS 2025 di lokasi terpilih seluruh negeri mengikut ketetapan masa yang tertentu.

JENGA FAMILY COMPETITION SIMPAN SSPN

Pertandingan ini terbuka kepada semua pengunjung BMS 2025 untuk menguji ketangkasan, kesabaran dan strategi kumpulan dalam membina menara Jenga tertinggi tanpa tumbang. Ayuh sertai keseronokan bersama keluarga dan rakan-rakan dalam cabaran binaan blok yang penuh mendebarkan! 

PERTANDINGAN ACTION SONG SIMPAN SSPN

Pertandingan ini terbuka kepada  sekolah rendah terpilih  bagi mempamerkan bakat nyanyian dan pergerakan kreatif kanak-kanak di atas pentas. 

Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan penuh warna-warni, penuh semangat dan bertenaga si cilik di Central i-City Mall, Selangor pada  27 September 2025.

SLOT ANN JAAFAR

Saksikan hasil karya unik daripada pelukis doodle terkenal, Ann Jaafar secara langsung di BMS 2025! Lebih menarik, beliau juga akan mengadakan sesi lukisan bersama anak-anak, memberi peluang kepada si kecil untuk mengekspresikan kreativiti sambil merasai sendiri pengalaman seni yang menyeronokkan.

PTPTN ESPORTS CHALLENGE (MOBILE LEGENDS: BANG BANG): FINAL

Saksikan detik penuh debaran dua (2) pasukan terbaik yang berjaya mara ke peringkat akhir untuk merebut gelaran juara PTPTN Esports Challenge 2025.

Jom sama-sama menyaksikan pertarungan sengit ini secara langsung di Central i-City Mall, Selangor pada 27 September 2025. Ikuti juga siaran langsung di Facebook dan YouTube rasmi PTPTN.

PERTANDINGAN SIMPAN SSPN GOT TALENT

Pertandingan ini terbuka kepada  sekolah rendah terpilih  sahaja. Saksikan bakat luar biasa kanak-kanak melalui pelbagai persembahan menarik seperti bercerita, bersyair, menari, menyanyi, silap mata dan banyak lagi! 

Jom datang beramai-ramai dan berikan sokongan kepada peserta cilik di Central i-City Mall, Selangor pada 28 September 2025.

PERTANDINGAN BABY MERANGKAK RACE

Saksikan gelagat comel si kecil berlumba hingga ke garisan penamat! Pertandingan ini bukan sahaja mencuit hati, malah menjadi peluang terbaik untuk mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak-anak sambil menikmati masa berkualiti bersama.

Jom hadir beramai-ramai dan meriahkan suasana di Central i-City Mall, Selangor pada 28 September 2025.

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM SIMPAN SSPN

Saksikan kreativiti kanak-kanak tadika terpilih memperagakan pakaian beragam bertemakan “Pengembaraan Adventure”. Pertandingan ini bukan sahaja mencungkil bakat dan keyakinan si cilik di khalayak umum, malah turut menjadi medium pembelajaran dalam membentuk moral yang baik serta mengasah daya pemikiran kreatif mereka.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi si comel di Central i-City Mall, Selangor pada 28 September 2025.

SEMBANG BMS: THE POWER OF PLAY, UNLOCKING A CHILD’S FULL POTENTIAL

Jom sertai sesi santai yang membincangkan topik menarik tentang peranan ibu bapa dalam bermain bersama anak bagi menyokong perkembangan awal kanak-kanak. Perkongsian istimewa ini akan disampaikan oleh Pengasas TATEH, eksklusif untuk para pengunjung BMS 2025.

MEET & GREET WITH DIDI & FRIENDS DAN P&T SIMPAN SSPN

Bawa anak-anak anda bertemu secara dekat dengan maskot Didi & Friends dan P&T Simpan SSPN! Selain bergambar dengan watak kegemaran, si kecil juga berpeluang tampil di pentas untuk menyanyi dan menari bersama maskot kesayangan mereka.

Inilah detik istimewa yang akan menceriakan anak-anak dan mencipta memori manis buat seisi keluarga ketika anda hadir memeriahkan BMS 2025.

PERSEMBAHAN BUSKERS

Saksikan persembahan buskers yang memukau dengan alunan muzik penuh jiwa. Rasai sendiri suasana ceria sambil berhibur bersama seisi keluarga. Anda juga boleh turut serta menyanyi dan bersorak bersama untuk memeriahkan pentas jalanan BMS 2025.

CLOWN SHOW

Bersiap sedialah untuk gelak tawa tanpa henti apabila Clown Show tampil menghiburkan seisi keluarga dengan aksi lucu, helah mengejutkan dan telatah mencuit hati yang pasti mengujakan.

Jangan lepaskan peluang untuk bawa anak-anak anda menyaksikan persembahan penuh keceriaan ini.

PERTANDINGAN MEWARNA SIMPAN SSPN

Pertandingan ini terbuka kepada  sekolah tadika dan rendah terpilih  yang ingin menampilkan kreativiti mereka melalui sentuhan warna-warni penuh ceria. Sertai kami dan nikmati momen penuh keseronokan sambil menyokong si cilik beraksi dalam pertandingan yang sihat dan menyeronokkan.

Jumpa anda di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada 31 Oktober – 2 November 2025.

SEMBANG BMS: WHO WANTS TO BE A MILLIONAIRE: BIJAK WANG

Uji pengetahuan anda dalam literasi kewangan menerusi aktiviti kuiz yang semakin mencabar di setiap pusingan! Acara ini akan dikendalikan secara santai bersama fasilitator dan peserta akan dipilih dalam kalangan penonton untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM1,000 tajaan penuh Great Eastern Takaful Berhad (GETB).

Aktiviti ini turut menggalakkan budaya menabung dan pengurusan wang yang bijak, selari dengan tema BMS 2025.

PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM SIMPAN SSPN

Saksikan kreativiti kanak-kanak tadika terpilih memperagakan pakaian beragam bertemakan “Pengembaraan Adventure”. Pertandingan ini bukan sahaja mencungkil bakat dan keyakinan si cilik di khalayak umum, malah turut menjadi medium pembelajaran dalam membentuk moral yang baik serta mengasah daya pemikiran kreatif mereka.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi si comel di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada 2 November 2025.

PERTANDINGAN SIMPAN SSPN GOT TALENT

Pertandingan ini terbuka kepada  sekolah rendah terpilih  sahaja. Saksikan bakat luar biasa kanak-kanak melalui pelbagai persembahan menarik seperti bercerita, bersyair, menari, menyanyi, silap mata dan banyak lagi!

Jom datang beramai-ramai dan beri sokongan kepada para peserta cilik di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur pada 1 November 2025.