Geran Sepadan

Geran Sepadan adalah insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit (ibu bapa atau penjaga yang sah dari segi undang-undang. Mulai 1 Januari 2015, pendeposit yang mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok) tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak dipertimbangkan pemberian Geran Sepadan mengikut syarat-syarat seperti berikut:

  1. Jumlah keseluruhan Geran Sepadan yang akan diberikan kepada setiap pendeposit yang layak adalah tidak melebihi RM10,000.00 satu keluarga
  2. Pendeposti mempunyai pendapatan bulanan keluarga (gaji pokok)  tidak melebihi RM4,000.00.
  3. Penerima manfaat (anak) diterima dan mendaftar masuk ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan pada peringkat sijil, foundation, matrikulasi, diploma dan ke atas adalah layak untuk dipertimbangkan pemberian geran sepadan.
  4. Penerima manfaat hendaklah belum mencapai umur 29 tahun semasa permohonan pengeluaran Geran Sepadan.
  5. Tuntutan Geran Sepadan mestilah dibuat dalam tempoh pengajian penerima  manfaat.

 

Permohonan Geran Sepadan

Pendeposit hendaklah mengemukakan dokumen sokongan yang telah disahkan bagi tujuan tuntutan Geran Sepadan seperti berikut:

  1. Pengesahan pendapatan/ salinan slip gaji/ salinan Penyata Pencen/ salinan Kad Pesara yang menyatakan pencen bulanan pendeposit dan pasangan;
  2. Salinan Sijil Kelahiran/ Sijil Anak Angkat/ Surat Akuan Berkanun penerima manfaat;
  3. Salinan MyKad pasangan/ Sijil Kematian/ Surat Cerai;
  4. Salinan surat tawaran mendaftar masuk ke IPT dan Resit bayaran daftar masuk ke IPT;
  5. Surat pengesahan aktif belajar daripada IPT/ Agensi yang berkenaan dan hendaklah mencatatkan kursus pengajian (sekiranya tidak memenuhi item 4)
  6. Sekiranya penerima manfaat mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN, dokumen (4) dan (5) tidak diperlukan.

 

 

 

Kemaskini: 10/03/2015