Diskaun 15% untuk penyelesaian penuh keseluruhan baki hutang pinjaman

  1. Diskaun 15% layak diberikan kepada peminjam PTPTN (termasuk yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan) yang membuat penyelesaian keseluruhan baki hutang pinjaman mulai 22 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2017.

  2. Diskaun 15% ini dikira berasaskan baki keseluruhan hutang pinjaman.

  3. Baki keseluruhan hutang pinjaman boleh diperolehi melalui saluran berikut:

    1. Klik pada ruangan ‘Bajet 2017' di Portal Rasmi PTPTN

    2. Hubungi Careline 03 – 2193 3000

  4. Surat Penyelesaian Hutang (SPH) akan dikeluarkan mulai 5 haribulan bulan berikutnya selepas pelarasan diskaun 15% diselesaikan.

  5. Klik untuk Soalan Lazim

 

Tarikh Kemaskini:28102016