MAKLUMAT AM DAN SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PERKHIDMATAN AUTO DEBIT SIMPAN SSPN PLUS
-
Saya dengan ini membenarkan PTPTN untuk menghantar permohonan saya kepada bank di atas untuk mendebitkan akaun saya secara bulanan bagi simpanan simpan SSPN Plus berdasarkan maklumat di atas.
-
Saya mengaku bahawa keterangan yang diberikan di atas adalah benar menurut Akta Akuan Berkanun 1960 dan segala kenyataan dan sekiranya didapati maklumat yang diberikan tidak benar, PTPTN berhak untuk menolak permohonan saya dan PTPTN juga boleh menarik diri daripada memberikan perkhidmatan tanpa memberikan sebarang notis.
-
Arahan ini akan terus berkuat kuasa selagi PTPTN tidak dimaklumkan mengenai pembatalan dan pemberitahuan pembatalan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sebelum pembayaran simpanan yang seterusnya.
-
PTPTN telah melaksanakan Akta Perlindungan Data Peribadi (APDP) 2010 (Akta 709) dan telah berkuat kuasa pada 15 November 2013. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI www.ptptn.gov.my/aktaperibadi.
-
Sekiranya auto debit tidak berlaku, sila pastikan penambahan deposit dibuat melalui kaedah pembayaran yang lain dahulu untuk mengelakkan berlakunya tunggakan.