Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn
WhatsApp
Pemenang Cabutan Siri Kempen Cabutan WOW

Senarai Pemenang Cabutan Siri Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah melancarkan Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN pada tahun ini. Sebelum ini Kempen Cabutan WOW! diadakan khas untuk pendeposit Simpan SSPN Plus sahaja, namun kini buat pertama kalinya cabutan ini turut diperluaskan kepada pendeposit Simpan SSPN Prime. Inilah tanda penghargaan PTPTN kepada semua pendeposit Simpan SSPN. Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN ini juga merupakan simbolik bagi meraikan kejayaan dalam memperkasakan amalan penabungan sempena 25 tahun penubuhan PTPTN.

Kempen Cabutan WOW! 25 Tahun PTPTN pada kali ini terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Cabutan Tahunan Jubli Perak, Cabutan Khas Babyku Simpan dan Cabutan Siri Silver 1, Silver 2 dan Silver 3. Bagi Cabutan Siri Silver 1, tempoh kempen bermula dari 1 April hingga 30 Jun 2022. Manakala bagi Cabutan Siri Silver 2, tempoh kempen bermula 1 Julai hingga 30 September 2022 yang lalu. Berikut adalah senarai pemenang:

Senarai Pemenang Cabutan Siri Silver 1:

Hadiah Senarai Pemenang

Tunai bernilai RM2,525 x 25 pemenang

Senarai Pemenang Cabutan Siri Silver 2:

Hadiah Senarai Pemenang

Tunai bernilai RM2,525 x 25 pemenang

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.