Simpan & Terbang Percuma

Simpan & Terbang Percuma

  1. PTPTN dan BigPay (AirAsia) telah bekerjasama menganjurkan peraduan memenangi 400,000 mata ganjaran yang dikenali “SIMPAN & TERBANG PERCUMA” bermula 10 Disember 2018 hingga 10 Mac 2019. Peraduan ini berkonsepkan cabutan, di mana pelanggan yang melakukan transaksi dengan PTPTN melalui penambahan deposit SSPN-i dan membuka akaun baharu SSPN-i Plus secara automatik layak menyertai peraduan ini.

  2. Hadiah pemenang adalah seperti berikut:

    HADIAH UTAMA
    1 Pemenang x 50,000 mata ganjaran AirAsia BIG
    50,000 mata ganjaran AirAsia BIG

     

    HADIAH BULANAN
    SIRI 1

    10 Disember 2018 hingga 9 Januari 2019
    10 Pemenang x 10,000 mata ganjaran AirAsia BIG

    100,000 mata ganjaran AirAsia BIG
    SIRI 2

    10 Januari hingga 9 Februari 2019
    10 Pemenang x 10,000 mata ganjaran AirAsia BIG

    100,000 mata ganjaran AirAsia BIG
    SIRI 3

    10 Februari hingga 10 Mac 2019
    15 Pemenang x 10,000 mata ganjaran AirAsia BIG

    150,000 mata ganjaran AirAsia BIG
  3. Untuk mendapatkan Mata Ganjaran AirAsia BIG bagi transaksi di PTPTN, pelanggan hendaklah terlebih dahulu mendaftar sebagai ahli AirAsia BIG di pautan www.airasiabig.com dan melakukan transaksi yang telah ditetapkan untuk kempen "SIMPAN & TERBANG PERCUMA". Pelanggan yang telah mendaftar sebagai ahli AirAsia BIG perlu memastikan emel yg digunakan adalah sama dengan emel yang didaftar di akaun PTPTN (SSPN-i/ SSPIN-i Plus). Sekiranya emel yang digunakan adalah berbeza, pelanggan dinasihatkan untuk mengemaskini emel dengan kadar segera kerana ia akan memberi kesan kepada pemberian mata ganjaran AirAsia BIG.

  4. Untuk Soalan Lazim mengenai kempen “SIMPAN & TERBANG PERCUMA”, sila klik di sini.

  5. Untuk terma dan syarat mengenai kempen “SIMPAN & TERBANG PERCUMA”, sila klik di sini.