Jom Beraya, Jom Menyimpan

Jom Beraya, Jom Menyimpan

Sempena Aidilfitri tahun ini, PTPTN menganjurkan promosi 'Jom Beraya, Jom Menyimpan' bermula pada 20 Mei - 30 Jun 2019.

 

Kategori & Hadiah

Kategori Hadiah
Kategori 1 : Kempen Raya Tanpa Tunai 100 unit smart watch
Kategori 2 : Kempen Raya Peringkat Negeri

Hadiah Utama - Satu (1) unit Smart TV 40’

Hadiah Misteri - Tiga (3) unit smart watch dan Dua (2) unit barangan elektrik

Terma dan syarat:

Kelayakan Umum

  1. Terbuka kepada pendeposit SSPN;

  2. Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);

  3. Pendeposit perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh promosi;

  4. Bilangan cabutan mengikut simpanan yang dibuat oleh pendeposit sama ada SSPN-i atau SSPN-i Plus atau kedua-duanya sekali. Simpanan minimum bernilai RM100 sepanjang tempoh kempen dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan;

  5. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif sehingga 31 Julai 2019.

  6. PTPTN mempunyai hak mutlak untuk menukar atau meminda tempoh kempen ini sekiranya perlu tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Kelayakan Khas Kategori 1 : Kempen Raya Tanpa Tunai

  • Pendeposit perlu memilih saluran TANPA TUNAI dalam tempoh promosi.

Kelayakan Khas Kategori 2 : Kempen Raya Peringkat Negeri

  • Terbuka kepada pendeposit yang membuat transaksi di kaunter PTPTN dalam tempoh promosi.