Holla Contest

Holla Contest

Peraduan Holla! Contest ini dianjurkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan kerjasama BonusKad Loyalty Sdn Bhd (BonusLink). Peraduan ini menawarkan hadiah berupa “Mata Ganjaran berjumlah 3.3 juta” bermula pada 1 November 2018 sehingga 31 Disember 2018.

Transaksi Layak:

  1. Bayaran Balik Pinjaman
    Penyelesaian penuh pinjaman sahaja.

  2. SSPN-i
    Penambahan simpanan bersih bulanan, tertakluk kepada minimum RM100

  3. SSPN-i PLUS
    Pembukaan akaun baharu bagi mana-mana pakej SSPN-i PLUS sahaja

Hadiah

 

Pemenang Hadiah
1 x Hadiah Utama 1,000,000 Mata Ganjaran
1 x Hadiah Kedua 500,000 Mata Ganjaran
1 x Hadiah Ketiga 300,000 Mata Ganjaran
150 x Hadiah Saguhati 10,000 Mata Ganjaran untuk setiap pemenang

TERMA DAN SYARAT

  1. Tempoh peraduan adalah dari 1 November hingga 31 Disember 2018.

  2. Terbuka kepada semua ahli BonusLink yang merupakan pendeposit dan/atau peminjam PTPTN (“Peserta”). Pengecualian penyertaan dari kakitangan PTPTN, BonusLink dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak).

  3. Peserta yang membuat penyelesaian penuh pinjaman, penambahan simpanan bersih SSPN-i dan pembukaan akaun baharu SSPN-i Plus (“Transaksi Layak”) layak mendapat Mata Ganjaran BonusLink, serta berpeluang untuk mendapat cabutan bertuah (lucky draw).

  4. Peserta akan mendapat satu (1) cabutan bertuah yang ditawarkan untuk setiap Transaksi Layak.

  5. Pemenang boleh menyemak Mata Ganjaran BonusLink yang dimenangi selepas 20 Januari 2019.

  6. PTPTN dan BonusLink berhak untuk membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya didapati peserta tidak mengikut syarat yang telah ditetapkan;

  7. Keputusan pemenang yang diumumkan oleh PTPTN dan BonusLink adalah muktamad. Sebarang surat menyurat, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan;

  8. PTPTN dan BonusLink tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kerugian, kehilangan, kerosakan atau tuntutan lain-lain akibat penyertaan ini;

  9. Dengan menyertai peraduan ini, pemenang yang layak akan memberikan kebenaran dan juga persetujuan untuk PTPTN dan BonusLink menggunakan, menerbit dan/ atau mempamerkan nama, alamat, maklumat dan/ atau gambar pemenang untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/ atau urusan perniagaan tanpa memberi sebarang imbuhan mahupun pemberitahuan kepada pemenang.