Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2019 dan Cabutan 15 Tahun SSPN-i

Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2019 dan Cabutan 15 Tahun SSPN-i

Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2019 dan Cabutan 15 Tahun SSPN-i diadakan bagi menggalakkan rakyat Malaysia mengutamakan penabungan di samping membuat simpanan secara konsisten dan bagi menghargai rakyat Malaysia yang memilih SSPN-i sebagai produk simpanan utama untuk pendidikan anak-anak, di samping meraikan produk ini yang telah berada di pasaran selama 15 tahun.

Bagi pendeposit yang mempunyai akaun SSPN-i Plus dan SSPN-i, mereka adalah layak untuk berpeluang memenangi kedua-dua cabutan ini.

 

Setiap pendeposit berpeluang memenangi hadiah berikut:

Cabutan Wow! Siri

Hadiah Siri Bilangan Hadiah
Siri 1: Hadiah Tunai bernilai RM3,000 15
Siri 2: Hadiah Tunai bernilai RM3,000 15
Siri 3: Hadiah Tunai bernilai RM3,000 15
Jumlah Keseluruhan 45

Cabutan Wow! Tahunan

Pemenang Hadiah Tahunan Bilangan Hadiah
Utama Kereta Proton X70 Premium 2WD 1
Saguhati Hadiah Tunai bernilai RM1,500 150
Jumlah Keseluruhan 151

KELAYAKAN

Kelayakan Umum Cabutan Wow! SSPN-i Plus 2019

  1. Terbuka kepada pendeposit SSPN-i Plus;
  2. Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh:
    1. Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
    2. Kakitangan HLMT dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
  3. Pendeposit perlu memastikan akaun tiada tunggakan sehingga tarikh cabutan yang ditetapkan;
  4. Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap RM50 (simpanan + takaful) bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan;
  5. Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan.
  6. Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif sehingga tamat tempoh promosi.

Kelayakan Khas Cabutan Wow! Siri

Terbuka kepada pendeposit yang membuka akaun baharu dalam Tempoh Promosi.

Kelayakan Khas Cabutan Wow! Tahunan

  1. Terbuka kepada pendeposit baharu dan pendeposit sedia ada.
  2. Pendeposit sedia ada perlu membuat penambahan simpanan semasa Tempoh Promosi.
  3. Pendeposit sedia ada yang membuka akaun melebihi tiga (3) tahun dan telah membuat pengeluaran, bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih RM50 (simpanan + takaful) bersamaan dengan satu (1) cabutan.

Untuk soalan lazim, sila klik di sini.

Untuk maklumat lanjut terma dan syarat, sila klik di sini.

Setiap pendeposit berpeluang memenangi hadiah berikut:

Cabutan Siri

Hadiah Siri Bilangan Hadiah
Siri 1: Hadiah Tunai bernilai RM15,151.15 5
Siri 2: Hadiah Tunai bernilai RM15,151.15 5
Siri 3: Hadiah Tunai bernilai RM15,151.15 5
Jumlah Keseluruhan 15

Cabutan Tahunan

Pemenang Hadiah Tahunan Bilangan Hadiah
Utama Hadiah Tunai bernilai RM151,515.15 1
Saguhati Hadiah Tunai bernilai RM151.15 1,514
Jumlah Keseluruhan 1,515

KELAYAKAN

  1. Terbuka kepada pendeposit SSPN-i yang baharu dan sedia ada sahaja;
  2. Pendeposit perlu membuat penambahan simpanan dalam Tempoh Promosi;
  3. Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
  4. Bilangan cabutan adalah berdasarkan kepada setiap simpanan bersih bernilai RM100 bersamaan dengan satu (1) cabutan. Tiada had bilangan cabutan;
  5. Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan.

Untuk soalan lazim, sila klik di sini.

Untuk maklumat lanjut terma dan syarat, sila klik di sini.