Amboi, Amboi, Raya! 2018

Amboi, Amboi, Raya! 2018

Syarat Penyertaan Cabutan Hadiah Amboi, Amboi Raya...Simpanlah Duit Raya

Syarat Umum:

  1. Tempoh promosi adalah mulai 01 Jun 2018 hingga 30 Jun 2018.

  2. Terbuka kepada transaksi yang berlaku di kaunter PTPTN termasuk kaunter promosi.

  3. Tidak perlu menyertakan borang penyertaan.

  4. Cabutan diadakan di setiap negeri.

  5. Seramai lima (5) pemenang bagi setiap kategori.

  6. Pemenang boleh menerima lebih daripada satu hadiah cabutan bagi dua (2) kategori.

  7. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai.

  8. Segala kos yang berkaitan dengan menuntut hadiah cabutan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

  9. Pemenang akan dimaklumkan secara bertulis/telefon/email daripada PTPTN.

  10. PTPTN berhak menggunakan gambar pemenang/nama/maklumat atau hal-hal berkaitan untuk tujuan pengiklanan, promosi dan sebagainya tanpa meminta kebenaran daripada atau notis kepada para pemenang.

  11. Sekiranya berlaku kematian pendeposit dalam tempoh promosi, akaun itu masih layak untuk menyertai cabutan.

  12. Pengecualian penyertaan dari kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak) serta kakitangan HLMT.

  13. PTPTN berhak membuat pindaan atau mengubah syarat dan terma peraduan pada bila-bila tanpa membuat kenyataan kepada mana-mana pihak.

Syarat Kategori 1  (Geran Sepadan RM500)

  1. Terbuka kepada pendeposit yang membuat pembukaan akaun atau penambahan simpanan di dalam SSPN-i/SSPN -i Plus sekurang- kurangnya RM500 secara sekaligus dalam tempoh promosi bagi setiap akaun.

  2. Setiap simpanan RM500 layak untuk mendapat satu cabutan. Jika jumlah simpanan yang dibuat adalah RM1,500.00, pendeposit tersebut layak mendapat 3 cabutan.

  3. Simpanan mesti dikekalkan sehingga 31 Julai 2018.

Syarat Kategori (SSPN-i Plus)

  1. Terbuka kepada pendeposit yang membuat pembukaan akaun atau penambahan simpanan di dalam SSPN-i Plus sekurang-kurangnya RM200 bagi setiap akaun (amaun pakej) dalam tempoh promosi

  2. Setiap simpanan RM200 layak untuk mendapat satu cabutan.

  3. Simpanan mesti dikekalkan sehingga 31 Julai 2018.