Sertai siri jelajah pendidikan tinggi negara Jom Masuk U 2023 yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang akan mengembara ke enam (6) lokasi di seluruh Malaysia bermula pada 20 Mei 2023 hingga 5 Jun 2023. Dapatkan perkhidmatan nasihat dan kaunseling berkenaan program-program pendidikan tinggi khusus daripada para pengunjung termasuk lepasan sekolah, ibu bapa, dan pendidik di booth pameran yang memaparkan IPT awam dan swasta dari seluruh negara.
Pelbagai aktiviti menarik seperti sesi konsultasi permohonan UPUOnline, sesi interaktif, lawatan kampus, temu ramah bersama alumni, cabutan bertuah, persembahan seni dan banyak lagi untuk menarik pengunjung ke Jom Masuk U kali ini.
Jangan lupa luangkan masa anda untuk temui wakil PTPTN yang juga akan membuka kaunter promosi pada tarikh dan lokasi berikut:
Zon | Lokasi | Tarikh | Hari |
Selatan | Stadium Tertutup Arena Larkin, Johor Bahru, Johor | 20 & 21 Mei 2023 | Sabtu & Ahad |
Sarawak | Times Square Megamall Bintulu, Sarawak | 20 & 21 Mei 2023 | Sabtu & Ahad |
Sabah | Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2 Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah | 27 & 28 Mei 2023 | Sabtu & Ahad |
Utara | Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah, Kedah | 27 & 28 Mei 2023 | Sabtu & Ahad |
Timur | Dewan Sultan Mizan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu | 3 & 4 Jun 2023 | Sabtu & Ahad |
Tengah | Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaysia (UM), Kuala Lumpur | 4 & 5 Jun 2023 | Sabtu & Ahad |