Facebook
X
Telegram
LinkedIn
WhatsApp

Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) Tahun 2025 di Negeri Kedah

PTPTN terus menyemarakkan bulan Ramadan melalui Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) yang diadakan di Kolej Komuniti Sungai Petani, Kedah. Bagi lokasi kedua program ini membawakan kerjasama di antara PTPTN, kakitangan dan pelajar kolej dalam gotong – royong penyediaan bubur lambuk yang diagihkan kepada warga Kolej Komuniti Sungai Petani serta komuniti setempat.

Hadir sama dalam program ini adalah YBrs. Encik Azhar Ahmad, Ketua Pegawai Kewangan PTPTN, YBrs. Dr. Reezlin Abd Rahman, Pengarah Kolej Komuniti Sungai Petani dan Puan Che Anishah Aziz, Pengurus Besar PTPTN.

Semoga dengan adanya program ini dapat mengimarahkan lagi suasana bulan Ramadan dengan konsep bantu membantu dan bekerjasama serta meningkatkan ukhwah silaturahim di antara PTPTN dengan pengurusan IPT dan pelajar.

#PTPTNPrihatin
#KamiKongsiKamiBantu