Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) berjumlah RM1,500.00 bagi persediaan pelajar sebelum mendaftar di IPTA dan Politeknik.

Syarat-Syarat Pemberian WPP

Pelajar harus memenuhi kriteria seperti berikut:

  1. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;

  2. Pelajar adalah Warganegara Malaysia;

  3. Ibu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M);

  4. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;

  5. Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.

* Syarat-syarat lain yang ditentukan oleh PTPTN bagi memastikan pelajar layak menerima WPP membuat permohonan pinjaman PTPTN.

 

Semakan Penerima Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)

 

Kaedah Pengagihan dan Pengeluaran WPP

  1. Pengeluaran WPP diuruskan dengan menggunakan konsep waran dan tarikh sah laku waran adalah dalam tempoh enam puluh (60) hari dari tarikh dikeluarkan.

  2. Waran WPP diagihkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mendapat tempat di IPTA dan Politeknik melalui dua kaedah iaitu serahan tangan atau pengeposan ke alamat pelajar.

  3. Pelajar perlu hadir ke cawangan bank yang dilantik (CIMB Bank) dengan membawa MyKad untuk menunaikan waran tersebut.

  4. Wakil adalah tidak dibenarkan untuk menunaikan waran.

  5. Waran hanya boleh ditunaikan melalui KAUNTER BANK SAHAJA.