Piagam Pelanggan

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) komited untuk menguruskan pinjaman pendidikan kepada pelajar, menerima deposit untuk skim simpanan dan lain-lain fungsi mengikut Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) dengan profesionalisma dan akauntabiliti yang tinggi dan berkesan.

Kami berjanji akan :

  1. Memproses permohonan pinjaman yang lengkap dalam tempoh 5 hari bekerja selepas tarikh tutup permohonan mengikut kelompok yang ditetapkan;

  2. Memaparkan keputusan permohonan pinjaman pada hari bekerja pertama selepas tarikh akhir proses permohonan;

  3. Memastikan pengeluaran pinjaman baru dibuat tidak melebihi 21 hari bekerja selepas dokumen perjanjian pinjaman yang sempurna diterima mengikut kelompok yang ditetapkan;

  4. Memastikan pengeluaran pinjaman berikutnya dibuat tidak melebihi 7 hari bekerja dari tarikh pemprosesan pengeluaran pinjaman;

  5. Memproses permohonan pembukaan akaun SSPN-i tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan dokumen permohonan yang lengkap;

  6. Memproses permohonan pengeluaran/ penutupan akaun SSPN-i tidak lebih 14 hari bekerja selepas penerimaan borang permohonan yang lengkap; dan

  7. Memberi jawapan segera ke atas semua pertanyaan dan aduan pelanggan dalam tempoh tidak lewat dari 7 hari bekerja selepas pertanyaan dan aduan diterima.

Klik pada senarai di bawah untuk melihat Laporan Prestasi Piagam Pelanggan PTPTN. Untuk makluman, dokumen adalah di dalam format Adobe Acrobat (*.pdf).

Tajuk Muat Turun
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan Disember 2017
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan November 2017
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan Oktober 2017
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan September 2017
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan Ogos 2017
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan Julai 2017
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan Jun 2017
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan Mei 2017
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan April 2017
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan Mac 2017
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan Februari 2017
Laporan Prestasi Piagam Pelanggan Januari 2017