Pengeluaran / Penutupan Akaun SSPN-i

Pendeposit boleh membuat pengeluaran/ penutupan akaun pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN.

Dokumen yang diperlukan:

  1. Slip Pengeluaran Deposit/ Tuntutan Geran Sepadan atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.

  2. Mengemukakan nombor akaun bank pendeposit sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun pendeposit.(Akaun mestilah atas nama pendeposit dan bukan akaun bersama).

Nota : Sila pastikan tandatangan pendeposit adalah sama dengan tandatangan pada Borang Pembukaan Akaun SSPN-i.

 

Penutupan Akaun Bagi Kematian Pendeposit SSPN-i

Dokumen yang diperlukan:

  1. Slip Pengeluaran Deposit/ Tuntutan Geran Sepadan atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan;

  2. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera Pendeposit;

  3. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris; dan

  4. Sijil Kematian pendeposit.

 

Sekiranya simpanan dalam akaun SSPN-i kurang daripada RM3,000.00

Dokumen yang diperlukan:

  1. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan;

  2. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris;

  3. Salinan Sijil Kematian pendeposit;

  4. Borang Pengesahan Waris kepada pendeposit SSPN-i (si mati);

  5. Borang Bon Tanggung Rugi yang disediakan oleh PTPTN serta dimatikan Setem Hasil bernilai RM10.00;

  6. Nombor akaun bank peribadi waris sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun waris.

 

Bagi simpanan dalam akaun SSPN-i berjumlah RM3,000.00 dan ke atas

Dokumen yang perlu dikemukakan oleh waris:

  1. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.

  2. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris yang disahkan oleh pihak yang diberi kuasa.

  3. Salinan Sijil Kematian pendeposit.

  4. Mengemukakan salah satu dokumen berikut daripada mana-mana badan yang dilantik (asal dan salinan):

    1. Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau

    2. Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah; atau

    3. Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).

Nota:
Butiran perihal wang simpanan SSPN-i hendaklah disenaraikan atau dinyatakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet bagi membolehkan pengeluaran wang SSPN-i dari akaun pendeposit (simati).