Pengecualian Bayaran Balik

Syarat-syarat pengecualian bayaran balik pinjaman:

  1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara Sepenuh Masa;

  2. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;

  3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;

  4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;

  5. Kursus/ Program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan;

  6. Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen; dan

  7. Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika menamatkan pengajian (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).

 

Kaedah pengecualian bayaran balik pinjaman:

Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN - Pengecualian Ijazah Kelas Pertama selewat-lewatnya dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen.

 

Dokumen yang perlu disertakan:

Peminjam yang menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2019
Peminjam yang menamatkan pengajian mulai 1 Januari 2019

Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol).

Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol).

Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.

Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.

Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).

Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).

Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).

Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).

Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).

Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).

  Dokumen pendapatan
*(Peminjam/Ibubapa/Penjaga/Pasangan)
  • Slip Gaji Terkini.
  • Surat Akuan Sumpah (pengesahan pendapatan).
  • Penyata Cukai Taksiran Terkini.
  • Penyata KWSP Terkini / Surat Pengesahan Bukan Ahli KWSP.
  • Penyata Pencen.
  • Penyata Pencen Penakat (PERKESO).
  • Sijil Kematian.
  • Sijil Cerai.
  • Surat Akuan Sumpah (Bagi Kes Tidak Dapat Dikesan).
  • Surat Akuan Sumpah (Penjaga).

*Mana-mana yang berkaitan.

*Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.