Pengecualian Bayaran Balik

Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Bagi Peminjam Yang Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas Pertama:

  1. Peminjam mendapat Kepujian Kelas Pertama bagi Ijazah Sarjana Muda.

  2. Syarat-syarat kelulusan serta dokumen sokongan bagi pengecualian bayaran balik seperti di Jadual di bawah.

 

Syarat Dan Kaedah Kelulusan Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman PTPTN

Tamat Pengajian Sebelum Tahun 2010 Tamat Pengajian Mulai 1 Januari 2010

Peminjam yang diluluskan tajaan pinjaman selepas 1 Julai 2005 dan menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya sebelum 1 Januari 2010 berdasarkan kelulusan Senat dan memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Mengikuti kursus secara sepenuh masa.

  2. Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen tawaran pinjaman PTPTN.

  3. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.

  4. Kursus yang diikuti oleh peminjam di IPTS telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

Peminjam yang menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya bermula 1 Januari 2010 berdasarkan kelulusan Senat dan memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Mengikuti kursus secara sepenuh masa.

  2. Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam dokumen tawaran pinjaman PTPTN.

  3. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain.

  4. Peminjam hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh dua belas (12) bulan daripada tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.

  5. Kursus yang diikuti oleh peminjam di IPTS telah memperolehi Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

Dokumen yang perlu disertakan:

  1. Akuan Peminjam yang telah lengkap diisi.

  2. Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan.

  3. Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.

  4. Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).

  5. Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan "Kelas Pertama" pada Ijazah).

Nota:

  1. Salinan dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa seperti ditetapkan oleh PTPTN iaitu Bahagian Akademik IPT atau Bahagian Yang Mengeluarkan Transkrip dan Skroll di mana peminjam mengikuti pengajian sahaja.

  2. Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

  3. Bagi tranksrip yang tidak dinyatakan maklumat permarkahan/penggredan, surat makluman pengiraan dan penentuan permarkahan/penggredan daripada IPT perlu disertakan.

Proses permohonan pengecualian bayaran balik pinjaman kerana mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama akan mengambil masa 60 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.