Penangguhan Bayaran Balik

Bil Kategori Kelayakan Tempoh Penangguhan

1.

Peminjam yang telah menamatkan pengajian terdahulu dan menyambung semula pengajian secara sepenuh masa.

Sepanjang tempoh pengajian baru.

2.

Peminjam yang mengikuti kursus berkembar secara 2+1 atau 2+2 yang memerlukan peminjam tersebut meneruskan pengajian di luar negara.

Sepanjang tempoh pengajian di luar negara.

3.

Peminjam yang menambah tempoh pengajian (Extend Semester).

Sepanjang tempoh perlanjutan yang dibenarkan oleh IPT.

4.

Tidak bekerja.

Tempoh penangguhan hanya diberikan 6 bulan pada setiap permohonan dan tidak melebihi tempoh maksimum 24 bulan.

Nota: Peminjam yang tidak termasuk dalam kategori di atas, tidak akan dipertimbangkan penangguhan.

  1. Permohonan perlu dikemukakan kepada PTPTN melalui surat permohonan rasmi penangguhan atau borang permohonan penangguhan.

  2. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

    1. Surat tawaran pengajian terkini daripada IPT menyatakan tarikh sebenar tamat pengajian;
    2. Surat akuan sumpah tidak bekerja;
    3. Penyata KWSP terkini atau Surat pengesahan dari KWSP yang mengesahkan peminjam belum mencarum.
    Nota:
    • Bagi pemohon yang masih belajar dokumen yang diperlukan adalah item (i) sahaja.
    • Bagi pemohon yang belum bekerja dokumen yang diperlukan adalah item (ii) dan (iii).

  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.

  4. Kos upah dikenakan sepanjang tempoh penangguhan bayaran balik.

  5. Tempoh penangguhan bayaran balik ditetapkan oleh PTPTN.

  6. Permohonan penangguhan hanya akan diluluskan setelah pertukaran Ujrah dilakukan.

  7. Adalah dimaklumkan penangguhan yang diberikan hanya mengecualikan daripada tindakan penguatkuasaan sahaja dan tidak menghalang PTPTN mengambil tindakan berikut, iaitu:

    1. Menyenaraikan nama peminjam di dalam rekod Central Credit Reference Information System (CCRIS); dan
    2. Menyalurkan nama kepada pihak ketiga lain bagi maksud pemantauan.

  8. Ansuran bulanan dan kos upah sepanjang tempoh penangguhan adalah jumlah tertunggak yang perlu dibayar sebaik sahaja tempoh penangguhan tamat/batal.

  9. Kelulusan penangguhan akan dimaklumkan melalui surat kepada peminjam.

  10. Bagi peminjam yang telah diluluskan penangguhan tetapi berhasrat untuk memulakan bayaran balik pinjaman lebih awal, peminjam boleh berunding untuk penstrukturan semula pinjaman.

  11. PTPTN berhak membatalkan kelulusan penangguhan ini sekiranya:

    1. Didapati peminjam menerima gaji atau elaun dalam tempoh penangguhan.
    2. Didapati peminjam memberikan maklumat palsu untuk mendapatkan kelulusan permohonan penangguhan.