Pelepasan Taksiran Cukai Bagi SSPN-i Plus

Pelepasan taksiran cukai pendapatan hingga RM12,000

  1. Pelepasan taksiran cukai pendapatan diberikan maksimum hingga RM6,000 bagi simpanan bersih SSPN-i Plus dan SSPN-i tahun semasa di bawah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

  2. Melalui SSPN-i Plus,pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful maksimum hingga RM6,000 di bawah Insuran Nyawa dan KWSP.

  3. Jika berlaku kematian ke atas penerima manfaat, pendeposit tidak lagi layak menuntut pelepasan taksiran cukai pendapatan atas simpanan bersih yang dibuat selepas tarikh kematian penerima manfaat.