Pelancaran Aplikasi Mudah Alih PTPTN

Pelancaran Aplikasi Mudah Alih PTPTN

Kini, semua peminjam PTPTN boleh mengakses penyata melalui aplikasi mudah alih PTPTN (mobile apps) yang telah dilancarkan bermula 28 November 2018. Melalui perkhidmatan aplikasi mudah alih ini, peminjam PTPTN dan pendeposit SSPN boleh membuat semakan maklumat pinjaman, semakan penyata pinjaman terkini serta semakan penyata terkini SSPN dihujung jari sahaja!

Untuk menikmati kemudahan melalui aplikasi mudah alih PTPTN ini, peminjam perlu hadir sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN yang berhampiran terlebih dahulu untuk membuat pendaftaran aplikasi mudah alih PTPTN ini. Selepas pendaftaran selesai, aplikasi mudah alih PTPTN boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau pengguna boleh muat turun fail apk melalui pautan berikut:

Google Drive

Buat masa sekarang, perkhidmatan aplikasi mudah alih PTPTN hanya boleh di gunakan oleh pengguna telefon pintar ‘Android’ sahaja.

Adalah diharapkan dengan pelancaran aplikasi mudah alih PTPTN ini dapat membantu peminjam PTPTN dan pendeposit SSPN membuat semakan maklumat dengan mudah dan pantas.

Langkah-langkah penggunaan aplikasi mudah alih PTPTN adalah seperti berikut: